Zumba Tak Akan Buat Anda Kurus. Tidak Sesuai Untuk Anda Yang Baru Dalam Dunia Fitness

Share

 

Anda pasti sudah sinonim dengan Zumba kan? Tahukah anda bahawa Zumba merupakan satu senaman High-Intensity interval training (HIIT)? High-Intensity interval training (HIIT) bermaksud, senaman yang anda lakukan berbentuk berat, namun bertindak pantas untuk memecahkan lemak.

 

Apa itu Zumba?

Zumba merupakan satu senaman yang berbentuk tarian yang akan diketuai oleh Zin (trainer). Ia merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang biasanya akan ditarikan mengikut rentak, dan anda boleh mengikut step tarian yang telah disediakan untuk anda.

 

Mengapa Zumba tidak digalakkan kepada mereka yang baru dalam dunia Fitness?

Ini kerana berat badan anda tidak menggalakkan anda untuk bergerak secara agresif. Jika anda dikategorikan sebagai obese, anda harus memulakan senaman secara ringan. Zumba membuatkan anda bergerak secara agresif dengan steps tariannya yang akan menyebabkan lutut, pergelangan kaki anda rosak.

 

 

Apakah bentuk senaman untuk mereka yang baru mula ber diet?

 

Anda boleh mulakan dengan berjalan di taman sebanyak 10,000 langkah. Berjalan sahaja sudah boleh membakar kalori dengan banyak. Perlu ingat senaman sahaja tidak membantu anda untuk kurus, anda juga perlu mengamalkan diet secara sihat. Senaman hanya 20% manakala penjagaan pemakanan sebanyak 80%. Jadi, jika anda makan secara sihat, berjalan 10,000 langkah setiap hari sudah memadai untuk kurus.

 

Lambat lah kurus kalau macam tu

 

Ingat! Gemuk dah berapa lama? Tak kan sebulan anda sudah tak sabar nak tengok diri anda kurus? Anda perlu konsisten dalam menguruskan diet anda. Berbalik kepada Zumba, setelah anda cukup stamina, boleh bergerak dengan lebih pantas, ini masanya anda ke lantai tari-menari dan ber Zumba lah sepuas mungkin.

 

Published by
Maiya Deen