Tiada perkara yang lebih memilukan dan menyedihkan di dunia ini melainkan kehilangan ibu tersayang. Jika anda pengikut setia Zul Ariffin, pastinya anda mengetahui bahawa Zul sangat mengutamakan ibunya, Robiah Nasir dalam segala perkara.
Pelakon berbadan sasa ini memuat naik menerusi media sosial disambut dengan berita sedih mengenai kematian ibu kandungnya, Robiah Nasir pagi tadi. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira pukul 3.40 pagi Selasa akibat serangan jantung di rumah kakak Zul dekat Sungai Penchala, Damansara, Selangor
“Ibu saya memang sakit jantung. Saya tidak sangka dia meninggalkan kami seawal ini kerana sebelum ini tidak tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Saya reda dengan pemergiannya dan berdoa agar urusannya di sana dipermudahkan,” kata Zul dipetik dari sebuah portal tempatan.
Menurut portal Astro Gempak, Allahyarhamah akan dikebumikan selepas selesai solat fardu Zohor dan disembahyangkan di Masjid Sungai penchala.
Ads
Menerusi ruangan Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), ramai peminat telah meninggalkan komen ucapan takziah atas kehilangan wanita tersebut.
Ads
Dalam masa yang sama, kekasih hati Zul, Zahirah Macwilson turut memuat naik gambar ucapan takziahnya mengenai berita kehilangan tersebut.
Ads
Salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti.
Sumber : Mynewshub
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pilihlah keperluan pakaian asas, praktikal, bergaya serta ringkas untuk dibawa dalam bagasi anda. Namun begitu, sebelum mengemas pakaian, senaraikan terlebih dahulu aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti supaya ia bersesuaian dengan tempat dan acara yang dikunjungi.
Antara aspek penting yang perlu difikirkan sebelum anda buat pemilihan pakaian:
-Saiz beg atau bagasi yang sesuai dan muat untuk keperluan yang perlu dibawa (termasuk ruang untuk kelengkapan dandanan diri)
-Cuaca di tempat destinasi anda
-Apa perkara utama yang akan dilakukan di sana
-Durasi percutian
Kita perlu fokus tentang jenis pakaian dan aksesori yang diperlukan serta sesuai, praktikal tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat pulang ke rumah.
Ingat, percutian adalah sesuatu yang ceria. Pastikan anda bawa pakaian dalam warna kegemaran. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani bereksperimen, anda boleh memilih rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, biru dan hijau zaitun (olive) yang juga sangat menarik digayakan dengan warna terang dan reka corak. Warna kasut yang paling mudah untuk disuai padan pula adalah hitam, putih ataupun perang (tan).
Tetapi semuanya adalah pilihan individu. Apa yang penting anda bijak serta berani bereksperimen. Pemilihan fabrik pakaian pula adalah untuk keselesaan. Pilih pakaian dalam fabrik yang mudah dijaga (low maintenance). Contohnya fabrik kapas (cotton), linen, denim dan khaki.
Perlindungan kulit dari matahari juga jangan diabaikan. Anda disarankan membawa topi, kaca mata hitam dan paling penting krim pelindung matahari. Kita semua tahu bahawa jika kulit terlalu lama di bawah panahan matahari, proses penuaan akan lebih mudah berlaku serta kesan-kesan sampingan yang lain.
Cadangan pakaian bagi percutian yang panjang
-2 helai jean – biru, kelabu, hitam atau putih
-Sehelai seluar pendek
-Sehelai chinos
-Sehelai seluar formal (dress pants)
-2 kemeja polo
-2 kemeja
-Sepasang but atau kasut untuk beriadah
-Sepasang loafers
-Sehelai blazer
-Sehelai sweater
-Stoking dan pakaian dalam (underwear) untuk 7 hari
-Sepasang stoking sukan
-Pakaian untuk ke gym
-Pakaian untuk berenang
Cadangan pakaian untuk cuti hujung minggu (3 hari)
-Sehelai blazer
-Sehelai kemeja jalur (striped shirt)
-2 helai kemeja kasual – polo atau kemeja-t
-Sehelai chinos
-Sehelai jeans
-But atau kasut untuk beriadah
-3 pasang stoking – sekurangnya sepasang stoking sukan
-2 helai pakaian dalam (underwear)
-Pakaian renang
-1 tali pinggang
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Yang ini memang tak boleh elak. Kalau dapat bini yang pandai masak, macam mana nak tolak. Memang bertambah nasi tu. Bukan itu je, bila dah kahwin makan minum semua dah tersedia. So janganlah nak mengeluh bila tengok perut laki korang dah mula ke depan sikit.
2. Tanda cinta dan sudah rasa selesa
Sebab utama adalah kerana sudah memiliki cinta dan selesa dengan status mereka. Kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin kurang menjaga penampilan, tidak lagi mengawal dan menjaga makan. Ya lah dah ada yang sayang, tapi jangan teruskan pula, nanti sakit pula laki anda.
3. Tanggungjawab pada anak & isteri
Ini juga sering dijadikan alasan oleh lelaki untuk tidak lagi bersukan seperti waktu bujang. Tu yang perut boroi je tu. Sibuk dengan anak dan isteri, habis badan dah macam lori lepas kahwin.
4. Semua kerja rumah dilakukan oleh isteri
Masa bujang semua benda nak kena buat sendiri. Cuci baju, kemas rumah dan memasak, semuanya dilakukan sendiri. Bila dah kahwin semuanya isteri yang buat. Tapi kena ingat isteri kau bukan orang gaji!
5. Tak bersukan
Bila nak bersukan je kena beli barang dapur, barang rumah, cuba sesekali jalan kaki ke kedai. Boleh kurangkan sikit lepak di perut.
Jadi lagi mengeluh kalau tengok memang ramai suami-suami orang dah ada perut ke depan sekarang. Bersyukur kerana cintanya masih setia buat anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Satu demi satu lagu rancak dimainkan dan peserta seakan-akan enggan berhenti walaupun ramai yang kepenatan. Nyata hayunan kaki dan tangan berjaya memujuk diri untuk terus menari hingga tamat sesi.
Sememangnya senaman zumba bukan rejim senaman biasa. Sekali pandang ia seperti aerobik, tapi zumba lebih tertumpu kepada gerakan tarian di samping latihan tentangan mudah.
Seiring pentingnya menjaga kesihatan menerusi senaman berterusan, pendedahan dan kesedaran mengenai aspek itu juga perlu dititikberatkan.
Zumba bermula dengan pergerakan tarian lalu mencipta dinamik senaman yang menarik, menyeronokkan serta berkesan.
Setiap sesi zumba menggabungkan irama perlahan dan pantas yang membantu kepada pembentukan otot tubuh yang lebih baik.
Zumba juga menjadi alternatif kepada mereka yang tidak gemar bersenam menggunakan peralatan atau mesin kerana ia menekankan aspek keseronokan ketika bersenam.
Hampir kebanyakan tarian antaranya salsa, soca, samba, jazz, hip hop dan pop disatukan menjadi program senaman lengkap.
Menariknya, zumba bukan saja membantu meningkatkan kecergasan tubuh, malah turut membentuk otot tangan, mengempiskan perut serta memejalkan punggung, kaki dan paha.
Zumba sememangnya mudah diikuti wanita, juga lelaki, pelbagai peringkat usia terutama antara empat hingga 65 tahun kerana rentak tarian yang mudah diikuti.
Zumba adalah kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang koreografer sekitar 1990an sebagai program kecergasan di Colombia . Sejak itu, zumba semakin popular.
Tarian kecergasan zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan di samping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
Jangan tidak percaya, satu sesi zumba boleh membuatkan anda membakar 500 hingga 1000 kalori dalam masa antara 30 hingga 60 minit.
Jika anda seorang yang aktif, suka menari dan suka untuk mencuba ‘aerobic dance workout’ yang berlainan, apa kata anda masukkan zumba dalam senarai aktiviti anda.
6 Kebaikan Senaman Zumba
Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan yang menawan, langsing dan ‘fit’ ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!
1. Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?
2. Tubuh lebih mantap
Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih mantap dan tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
3. Kenalan baru
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
4. Lebih bertenaga dan menyeronokkan
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
5. Bebas tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
6. Sesuai semua usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Sudah bersedia untuk berzumba? Ayuh, mulakannya sekarang!!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.