Bila Hari Raya Aidilfitri menjelma, tradisi ziarah kubur ahli keluarga yang telah meninggal telah menjadi satu perkara wajib dan rutin bagi kebanyakan kita semua. Tapi, ada yang bertanya-tanya, apa sebenarnya hukum melakukan ziarah kubur pada hari raya ini, boleh ke tak boleh?
Mengikut sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tradisi ini awalnya tidak disarankan oleh Rasulullah SAW, namun kemudian dibenarkan, merujuk pada hadis yang mengatakan, “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim).
Melihat kembali kepada asas perbuatan ini sebenarnya ziarah kubur boleh menjadi sumber keinsafan dan memberi dorongan untuk terus beribadat sebagai peringatan kepada kematian dan bekalan untuk hari akhirat.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakr, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan ada dua pandangan tentang ziarah kubur di hari raya.
Pertama, ia dibolehkan kerana tidak ada larangan khusus atau spesifik terhadapnya. Manakala ada ulama menilainya sebagai sunat, terutamanya di hari raya, seperti yang dinyatakan dalam Fatawa al-Hindiyyah.
Pandangan kedua menilai ziarah kubur pada hari raya sebagai makruh atau tidak digalakkan kerana tiada nas Rasullah SAW menziarahi kubur pada hari Raya.
Namun, baginda SAW beliau biasa melayani tamu dan bertukar kunjungan sebagai menzahirkan kegembiraan hari raya.
Dalam meneliti berbagai sumber, pendapat yang lebih mendominasi adalah membolehkan ziarah kubur di hari raya dan bulan Ramadan, atau pada hari-hari lain. Ini didasarkan pada pandangan umum bahwa ziarah kubur dianjurkan dan dilaksanakan oleh banyak salafus soleh.
Jadi, bottom line, jika tujuan ziarah kubur adalah untuk mengambil pelajaran, mengenang yang telah pergi, dan berdoa memohonkan rahmat Allah SWT untuk mereka, maka melakukannya setelah solat hari raya tidaklah menjadi masalah. Ini adalah cara kita, sebagai lelaki yang peduli dan bertanggungjawab, menghormati dan mengingati mereka yang telah berpulang, sambil memelihara nilai-nilai kekeluargaan dan keagamaan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.