ZEGNA Lancar Kempen Definisi Baru Lelaki Moden, #WHATMAKESAMAN

Share

Sejak 110 tahun yang lalu, Ermenegildo Zegna telah menjadi peneraju pakaian premiun Itali dan meletakkan istilah ‘Made in Italy’ di peta fesyen antarabangsa. Hasil kerja penuh seni dan juga usaha kerasnya menghasilkan pelbagai rekaan versatail menjadi salah sebuah penanda aras industri fesyen.

Dengan pengaruh kuat jenama Zegna dalam industri ini, Emenegildo Zegna melancarkan kempen #WHATMAKESAMAN. Kempen ini bakal mengetengahkan isu-isu penting serta dialog tentang definisi terbaru lelaki moden – di mana ia meletakkan sifat maskuliniti itu bukan hanya pada fizikal tetapi minda.

Mahershala Ali, selebriti Hollywood yang turut mendukung kempen ini.

Kempen ini turut mengetengahkan pelbagai aspek emosi seperti cinta, kegagalan, perjuangan, risiko, impian, gerakan dan juga kebebasan sebagai elemen-elemen menentukan definisi lelaki pada zaman dini.

Nicholas Tse

Menerusi kempen ini juga Zegna ingin melontarkan idea bahawa lelaki moden kini lebih komplekas dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa serta budaya. Sebagai meraikan kepen ini, Zegna turut melancarkan koleksi t-shirt istimewa yang bakal dipasarkan di butik eksklusifnya.

Hasil jualan secara sepenuhnya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan global yang membantu program pendidikan seluruh dunia. Selaras dengan itu, Zegna menyeru sebarang sokongan terhadap kempen ini menggunakan hashtag #WHATMAKESAMAN dan tag mereka di Instagram, @zegnaofficial.

Published by
Farizul Izwany