Gaya Hidup

Yang Serius Nak Diet, Baca Coach Ini Kongsi 12 Idea Mudah & Jimat Nak Pilih Makanan!

Share

Jika anda serius nak diet, ini ada idea mudah dan jimat untuk anda pilih makanan bersesuaian agar misi anda tercapai. Lebih baik masak sendiri di rumah kerana anda lebih tahu kalori yang bakal anda ambil. Nak pilih makanan pun kena ada caranya agar memudahkan anda untuk masak.

Perkongsian idea Coach Ina Fitlife ini boleh dijadikan panduan bagi memudahkan anda nak pilih makanan dan keperluan dapur. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang serius nak diet.

DIET MURAH KEDAI RUNCIT

Seperti yang ina janjikan kelmarin, ina akan share tips tips mudah yang Ina selalu gunakan setiap kali nak restock bahan bahan dapur atau bahan basah di rumah. Almaklumlah, hujung minggu kan ? Dah restock ke bahan dapur?

Sharing is caring. Tips yang pertama sekiranya anda serius nak turun kan berat dan lemak badan :

1. Kurangkan makan makanan yang berproses.

2. Pilih bahan segar.

3. Make it simple dan tak perlu complicated. Nak kurus tak semestinya ikan salmon dan rempah oregano dan parlsey je. Banyak lagi idea idea menarik yang lain. ❤️

4. Bila shopping di pasar raya. Ikut tips mudah ini. Boleh klik di link ini faham dengan lebih mudah tips tips mudah ketika membeli.

Tips simple yang saya amalkan. Kadang kadang saya restock bahan bahan di kedai runcit depan rumah. Tak pun di pasar malam.

Sape cakap nak kurus tu susah dan mahal. Lagi senang dan jimat tauuu. Sebab kite dah kurangkan makan makanan yang unhealthy seperti fast food dan sebagainya. Jom cuba ??

LANGKAH 1

Nak turun berat, tak semestinya kena beli ikan salmon je. Banyak lagi pilihan protein yang kita boleh pilih.

Cara masakan juga mempengaruhi penurunan lemak dan berat. Jadi elakkan lauk bergoreng atau lauk yang dimasak dua kali seperti ayam goreng kicap dan sambal ikan.

Kalori makanan yang bergoreng ni double tau. Kenapa double, sebab penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng.

Ikan merah boleh buat sup.

Ikan kembung boleh buat bakar bakar atau asam pedas.

Ikan tenggiri boleh buat singgang.

Ikan bawal boleh buat steam / masak schezuan atau bakar. Wah banyak ideaaaa.

Ikan kerisi boleh buat apa ya? ???

Tauhu tu saya boleh buat tofu pedas ala ala korea tu. tak pun buat tauhu sumbah.
Wahhhhh ❤️❤️❤️

Tempeeeeee tu boleh buat sup ?

Wrap tu saya beli di Ikea

LANGKAH 2

Peti ais lebih organize. Untuk yang berkeluarga, anda boleh simpan stok ikan/ayam seperti ini dan boleh bahagikan mengikut hari hari.

Contoh nak buat tomyam ke , kari ke , ayam masak kunyit ke dan sebagainya.

INGAT !!!

Cara masakan sedikit sebanyak mempengaruhi penurunan berat badan anda.

Di bahagian atas, saya dah asingkan ikan mengikut jenis jenisnya.

Ikan merah boleh buat sup.

Ikan kembung boleh buat bakar bakar atau asam pedas

Ikan tenggiri boleh buat singgang.

Ikan bawal boleh buat steam / masak schezuan atau bakar. Wah banyak ideaaaa.

Ikan kerisi boleh buat apa ya ? ???

LANGKAH 3

Simple je kan rempah yang saya gunakan untuk masakan setiap hari 

LANGKAH 4

3 benda wajib yg saya gunakan setiap kali nak buat rencah atau “sos” ikan percik.

Gabugan 3 beradik ni memang best. Macam macam rencah saya boleh buat ?

LANGKAH 5

Wahh dah siap tersusun. Simple kan ?

No problem kalau anda boleh beli rempah seperti oregano, parsley, dan sebagainya. Ini adalah contoh mudah.

LANGKAH 6

Wajib lahhhh setiap kali restock bahan dapur.

LANGKAH 7

Untuk sayur, ikut lah kreativiti anda dan jenis masakan yang anda nak masak minggu itu.

LANGKAH 8

Salah satu tips yang paling powerful sekiranya anda betul betul nak turunkan berat badan adalah kurangkan pengambilan makanan yang berproses seperti nugget, fries, air kotak, biskut, dessert, bebola dan sebagainya.

Makanan yang berproses ni mengandungi kandungan Garam, pengawet, MSG dan lemak yang tinggi. Jangan tertipu dengan iklan di packaging. Semak dulu nutrition label.

Penuhkan peti ais anda dengan makanan “real food”

LANGKAH 9

Untuk snacking, saya prefer ( buat pilihan salah satu ) sama ada :

1. Epal hijau
2. Epal merah
3. Lai kuning
4. Plain Almond ( almond lebih baik kandungan lemak berbanding gajus dan walnut. Elak kacang salut salut tau )
5. Roti wholemeal sekeping sahaja
6. Jambu batu

Buah yang tidak dikunyah seperti tembikai dan anggur yg mempunyai air yg banyak mengandungi kandungan gula yg agak tinggi.

Buat pilihan buah yang betul juga ya

LANGKAH 10

Untuk snacking, roti wholemeal.

Saya sarankan roti wholemeal Yang berwarna Unggu dan Hijau tua.

Yang purple lebih bagus kerana kandungan GI nya yang lebih rendah, pada masa yang sama lebih membantu untuk kita kenyang dan turunkan berat badan.

LANGKAH 11

Pilihan peanut butter yang sesuai.

LANGKAH 12

Variasikan pilihan snacking. Kadang kadang snek pagi sy ambil buah. Snek petang saya ambil badam 10 biji. Elakkan badam yang bersalut atau dipackaging. Tak lah bosan kan.

Published by
Roselinda