Bagi yang baru berkahwin mesti inginkan privasi untuk miliki rumah pertama sendiri yang lebih privasi dan selesa. Namun jika anda bergaji kecil bawah RM2300, mesti rasa mustahil untuk membeli rumah pertama yang harganya melonjak tinggi dengan kos sara hidup yang juga meningkat.

Jangan bimbang! Masih ada cara untuk anda membeli rumah pertama dan miliki rumah sendiri tahun 2019 ini. Caranya, anda ikuti perkongsian Amir Syahir menerusi laman Facebooknya. Semoga perkongsiannya bermanfaat.

BACA: Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Semak Kelayakan Nak Beli Rumah. Guna Online Saja!

Jom Beli Rumah Pertama Tahun Ini, Khas Untuk Gaji Bawah RM2300

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.

Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.

Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Kriteria dan ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik ialah:

Ini Caranya Orang Gaji Bawah RM2300 Nak Beli Rumah Pertama Tahun 2019!

➡️Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300;

➡️Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000;

➡️Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; dan

IKLAN

➡️Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.

Korang boleh walk in ke institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut ye.

Best woo dapat rate 3.5% tu. Tempoh pembiayaan boleh 40 tahun pulak tu. Ansuran bulanan murah. Kerajaan dah tolong kau, kau pulak kena tolong diri sendiri. Kena jaga penyata gaji elok-elok supaya mudah lulus pembiayaan perumahan.

Nak beli rumah kena ada kewangan yang kukuh kerana komitmen ansuran bulanan sehingga 30-35 tahun. Jadi, kau kena buktikan kepada pihak bank kau mampu untuk bayar ansuran bulanan setiap bulan.

BACA: Lebih 119k Shares, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Nak Beli Rumah Pertama Di Usia 25 Tahun

Ini Caranya Orang Gaji Bawah RM2300 Nak Beli Rumah Pertama Tahun 2019!

IKLAN

Jangan buat perkara di bawah jika kau ingin beli rumah pertama. Jom baca!

1. Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 10% – 15% dari harga rumah.

2. Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.

3. Jangan buat pembiayaan peribadi. Kau akan dilabel individu berisiko nanti.

4. Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.

5. Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.

6. Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM500 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.

IKLAN

7. Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.

8. Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.

9. Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.

10. Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.

BACA: Berazam Nak Beli Rumah 2019? Ini 3 Fasa Anda Perlu Tahu Sebelum Berjaya Dapat Kunci!

Yang penting kau jangan memilih nak rumah harga RM400K la, nak atas tanah saja la, nak rumah yang baru la, yang ada kolam renang bagai.

Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.

TAG l SHARE jika bermanfaat ?

Rujukan: www.bnm.gov.my/

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI