Suatu ketika dahulu motosikal berenjin kapasiti rendah atau ‘kapcai’ dianggap sebagai antara kenderaan mampu milik. Motosikal dalam kategori ini sangat popular terutamanya di beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan negara-negara sekitar rantau.
Kebanyakan motosikal yang paling popular di kalangan peminatnya adalah model-model yang muncul kira-kira 20 tahun lalu. Dan salah satunya ialah Yamaha 125ZR.
Di negara kita sendiri model motosikal ini sangat popular oleh kerana reka bentuknya, kuasa enjin serta keunikan nilai sentimental itu sendiri kepada peminatnya.
Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja besar untuk memiliki motosikal ini, apatah lagi jika ia hadir dalam kondisi yang baru atau dalam istilah peminatnya, New Old Stock (NOS).
Bagi anda yang mungkin tidak berapa arif, NOS bermaksud barang baharu dari stok yang lama dan belum pernah digunakan atau dibuka plastik bungkusannya. Ia hanya disimpan sebagai koleksi malahan petrol pun belum pernah terisi ke dalam tangki minyaknya.
HARGA TINGGI
Baru-baru ini seorang peminat dan pengumpul motosikal di Vietnam telah menawarkan sebuah Yamaha 125ZR miliknya pada harga hampur RM90,000.
Memetik laporan MotoSaigon, jentera ini dikeluarkan pada tahun 2013 dan sejak itu tidak pernah digunakan lagi. Ini dibuktikan lagi dengan gambar-gambar yang dimuatnaik memaparkan tempat duduk, ekzos, cermin sisi masih lagi berbalut dengan plastik cuma berhabuk sedikit.
Di negara Vietnam komuniti peminat motosikal kapcai mempunyai jumlah yang sagat ramai. Kebanyakan mereka tidak segan untuk berbelanja besar demi memiliki motosikal idaman.
Pemilik jentera 125ZR itu dikenali sebagai Nguyen Cuong, yang merupakan pengumpul motosikal dua lejang di Vietnam, dan antara model 125ZR yang disimpan adalah 125ZR GO, model 2004 dan MoviStar edisi terhad!
Buat anda yang masih memiliki motosikal model ini, jagalah dengan baik-baik. Siapa tahu nilai harga secondhand pun akan melonjak naik pada masa akan datang!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI