Untuk pengguna tegar YM atau Yahoo Massenger, kami ada berita buruk untuk anda. Aplikasi yang telah berjaya mengeratkan hubungan rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan baharu seluruh dunia bakal menamatkan perkhidmatannya pada 17 Julai ini!
Buat anda yang masih mempunyai mesej-mesej kenangan manis dalam aplikasi itu, anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini.
Tentunya mereka yang menggunaka YM ini merupakan anak muda 90 ke atas. Pastinya, ramai yang tidak akan dapat melupakan emoji Yahoo! Messenger untuk menggambarkan emosi ketika sedang berinteraksi chat room YM.
Ads
Emoji ‘smiley’, ‘lovestruck’, ‘call me’, ‘hug me’, ‘blushing’, ‘clown’ dan ‘surprise’ begitu ikonik!
Yahoo dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menghargai pengguna Yahoo! Messenger sejak awal penubuhannya pada tahun 1997.
Ads
Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun, pihak Yahoo lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak pengguna.
Ads
Tambahnya, penghentian operasi Yahoo! Messenger tidak akan menjejaskan servis aplikasi lain seperti Yahoo Mail dan Yahoo Fantasy.
Sumber: AstroAwani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi lelaki yang mempunyai tubuh badan kurus, pemilihan pakaian yang tepat boleh memberikan ilusi tubuh yang lebih tegap dan macho.
Selain memilih rekaan dan warna yang sesuai, beberapa trik dalam menggayakan pakaian boleh membantu lelaki kurus tampil lebih yakin dan menarik perhatian.
Berikut adalah 10 tips fesyen untuk kelihatan lebih maskulin dan macho.
1. Pilih Potongan Slim Fit, Bukan Skinny
Ramai lelaki kurus tertarik kepada potongan skinny, tetapi hakikatnya potongan ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih kecil. Pilih potongan slim fit yang lebih seimbang, memberikan ilusi tubuh yang padat dan tegap tanpa terlalu ketat.
2. Layering untuk Tambah Dimensi
Layering atau melapisi pakaian adalah teknik fesyen yang sangat membantu untuk lelaki kurus. Anda boleh memakai t-shirt asas, diikuti dengan kemeja atau jaket. Teknik ini bukan sahaja menambah dimensi pada penampilan anda, tetapi juga memberikan gaya yang lebih sofistikated.
3. Fokus Pada Bahu
Memiliki bahu yang lebih lebar adalah satu ciri macho. Jaket atau blazer dengan padding di bahu atau potongan yang lebih luas di bahagian bahu boleh membantu mengimbangkan bentuk badan dan memberikan ilusi tubuh lebih tegap.
4. Jangan Terlalu Panjang
Baju yang terlalu panjang boleh membuatkan anda kelihatan lebih kurus dan tinggi secara tidak seimbang. Pilih kemeja atau jaket yang jatuh tepat di pinggul untuk proporsi yang lebih seimbang.
5. Warna Gelap untuk Ilusi Lebih Padat
Warna seperti hitam, navy, dan kelabu gelap memberikan efek padat dan tegap. Walaupun warna gelap biasanya dikaitkan dengan ilusi lebih kurus, ia juga boleh memberikan kesan yang macho jika dipakai dengan tepat. Kombinasikan warna ini dengan aksesori atau kasut yang lebih terang untuk gaya yang menarik.
6. Corak Garis Melintang
Corak ini boleh memberikan ilusi lebih lebar pada tubuh badan. T-shirt atau sweater dengan garis melintang di bahagian dada adalah pilihan terbaik untuk lelaki kurus kerana ia dapat menonjolkan bentuk dada dengan lebih baik.
7. Kain Bertekstur
Pilih kain bertekstur seperti corduroy, tweed, atau denim yang lebih tebal untuk memberi dimensi tambahan. Pakaian yang bertekstur boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi, selain memberikan sentuhan fesyen yang unik.
8. Jangan Lupa Aksesori
Aksesori seperti jam tangan besar atau rantai boleh menambah gaya macho anda. Pastikan aksesori tidak terlalu kecil atau terlalu banyak. Fokus pada satu atau dua aksesori sahaja untuk mengekalkan gaya yang maskulin tanpa kelihatan berlebihan.
Seluar dengan potongan yang sedikit lebar di bahagian bawah boleh memberi keseimbangan pada bentuk tubuh yang kurus. Elakkan seluar skinny yang terlalu ketat. Seluar chinos atau seluar cargo adalah pilihan yang baik untuk gaya lebih maskulin.
10. Kasual dengan Layer Hoodie dan Jaket
Paduan hoodie dan jaket bukan sahaja selesa, tetapi juga memberikan kesan tubuh yang lebih tegap. Gayakan hoodie bersama jaket denim atau jaket kulit untuk penampilan yang macho dan berani.
Dengan mengikuti tips-tips ini, lelaki bertubuh kurus boleh tampil dengan lebih yakin dan macho.
Setiap individu memiliki gaya unik tersendiri, jadi jangan takut untuk bereksperimen dan mencuba pelbagai kombinasi. Yang penting, pilih pakaian yang membuatkan anda rasa selesa dan tampil yakin.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Fred Peery jenama pakaian eksklusif memperkenalkan sebuah konsep pop-up retail di ibu negara.
MASKULIN turut hadir pada sesi preview yang dijalankan oleh Fred Perry baru-baru ini. Pop-up store yang pertama kali diadakan oleh jenama terkenal dengan pelbagai sub-budaya ini juga merupakan yang pertama kali dianjurkan atau diadakan di Malaysia.
Dikenali dengan FRED PERRY REXKL, pop-up store ini hanya menawarkan barangan eksklusif daripada Fred Perry. Dan ia hanya menawarkan barangan high end dan koleksi kapsul sahaja.
Uniknya, pop-up store ini diadakan di sebuah bangunan yang merupakan bekas pawagam lama terkenal di tengah-tengah ibu negara Kuala Lumpur.
Dengan saiznya 560 kaki persegi terletak di REXKL, bangunan ini telah dibaikpulih dan kini digunakan sebagai pusat kegiatan seni, komuniti kebudayaan dan juga pelbagai kedai berkonsepkan kesenian.
Fred Perry juga mengetengahkan konsep outlet dengan feel modern industrial. Bagi koleksi ekslusif pula, Fred Perry menawarkan koleksi khas seperti Fred Perry x Raf Simnons, Fred Perry x Akane Utunomiya, Fred Perry x Nicholas Daley dan Fred Perry Made in Japan.
Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi pop-up store ini dan menyaksikan koleksi premium Fred Perry, ia dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
Kredit Foto: ALL IS AMAZING
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika semua teknik memikat sudah anda cuba dan sehingga kini masih belum berjaya jumpa Mrs. Right, mungkin anda perlu ambil langkah berlawanan.
Setiap lelaki punya teknik memikat tersendiri, ceduk satu dua cara mungkin anda akan bertuah nanti.
Ambil langkah pertama
Lelaki yang confident akan terus menegur dan mengambil langkah pertama seperti bertukar nombor telefon. Terus terang saja, tidak perlu membuang masa memberi isyarat-isyarat yang mungkin tidak berbalas nanti. Sesetengah wanita suka pada lelaki yang tahu apa yang mereka mahukan.
“Excuse me, kita pernah berjumpa sebelum ini?”
Ramai wanita sudah lali dengan taktik yang cheesy ini. Mungkin taktik ini boleh dikitar semula kepada wanita idaman anda. Ini merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian si dia, dalam masa sama menunjukan sisi kasual anda. Mudah saja, jangan lakukan cara ini dengan serius. Jika taktik ini berjaya menarik perhatian si dia, sudah tentu dia akan mengingati anda.
Malu bertanya, sesat jalan
Pernah menonton karaktor lakonan Ryan Gosling dalam filem ‘Crazy, Stupid, Love’? Teknik flirting lelaki untuk kenali wanita adalah dengan bertanya soalan-soalan asas. Jangan hanya berdiam diri. Mulakan perbualan dengan topik seperti kerjaya, hobi dan impian. Dari situ anda dapat ketahui serba sedikit tentang latar belakang si dia dan tahap keserasian antara anda berdua.
Elemen misteri
Pernahkah anda alami pengalaman si dia tiba-tiba berubah 180 darjah? Ataupun dia tidak lagi menunjukkan minat seperti minggu sebelumnya? Tiru dan lakukan perkara yanga sama. Cari alasan untuk menguji dia, tetapi anda harus berhati-hati supaya ia tidak dilakukan secara melampau. Hembuskan aura misteri, si dia pasti akan mengejar untuk menangkap anda kembali.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.