Y15ZR SE EDISI GP KINI DI PASARAN- HARGA LEBIH MAHAL

Share

Sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini (27-29 Oktober) di Litar Antarabangsa Sepang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model Y15ZR SE Edisi GP

.

Versi 2017 itu tampil berbeza menerusi grafik baharu bertemakan Movistar. Sudah pun berada di pusat jualan Yamaha, model moped berkenaan dijual pada harga RM 8, 891.28 seunit. Harga berkenaan termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.

Pihak HLYM hanya melakukan perubahan penampilan dan bahagian mekanikal masih sama tanpa talaan baharu. Yamaha Y15ZR SE Edisi GP masih mempertaruhkan enjin 150cc SOHC penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 15hp dan tork 13.5Nm

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan.

 

GALERI

 

Published by
webadmin