
Selepas pengenalan warna dan grafik baharu pada model Y15ZR diikuti pengenalan versi MotoGP 125ZR, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) kini menawarkan warna dan grafik baharu pada model Y135LC.
HLYM lebih ‘selesa’ mengambil pendekatan mengemas kini model sedia ada di pasaran agar lebih kekal relevan dan segar. Tambahan model-model yang diperkenalkan oleh pengeluar berkenaan sememangnya di antara produk ‘hot’ dalam kalangan pengguna.
Maka, tiada usaha untuk mempelbagaikan produk di pasaran dan HLYM lebih mengambil pendekatan selamat menurut penulis.
Untuk versi 2017 ini, Y135LC kini ditawarkan dengan empat warna baharu iaitu merah, biru, hitam dan perak.
Kesemua warna baharu berkenaan sudah pun berada di pasaran. Serentak dengan pengenalan warna tersebut, warna sedia ada sebelum ini ditamatkan pengeluaran.
Bahagian mekanikal masih tidak berubah yang mana 135LC menggunakan enjin bersesaran 134cc yang mampu menghasilkan kuasa 12hp pada 8, 500rpm dan tork 11.8Nm pada 5, 500rpm.
HARGA
Yamaha 135LC – RM7,167.72 seunit.
(Harga termasuk GST, tanpa insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran).
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

Bau hapak dan berkepam dalam kereta bukan sahaja boleh mengganggu pemanduan, bahkan boleh menimbulkan rasa kurang selesa apabila orang lain menumpang kereta kita.
Kebiasaannya bau hapak dan berkepam ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya bau peluh atau rokok, karpet basah, tumpahan makanan dan minuman, bau daripada barang-barang pasar serta sebagainya. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menimbulkan bau busuk yang menusuk ke hidung.
Bagi mengembalikan aroma segar, kita akan menggunakan bahan pewangi kenderaan yang banyak dijual di pasaran. Namun sesetengah orang cukup alah dengan bau daripada bahan pewangi kenderaan ini sehingga menimbulkan rasa pening dan mual.
Jadi sebagai alternatif untuk tidak menggunakan bahan pewangi kenderaan, anda boleh bertukar kepada bahan semula jadi untuk mewangikan kereta. Selain mudah didapati, bahan semula jadi ini juga boleh menjimatkan wang.
Untuk menghilangkan bau hapak dan berkepam dalam kereta, ini antara bahan semula jadi yang boleh anda gunakan.
1. Baking soda
Baking soda juga antara bahan alternatif yang boleh menyerap bau. Ia efektif untuk menghilangkan bau busuk, hapak, kepam dan bau hancing dalam kereta. Penggunaannya mudah iiatu anda hanya perlu letakkan baking soda ke dalam sebuah bekas ataupun anda taburkan baking soda di tempat yang berbau busuk. Kemudian, biarkan ia selama dua hingga tiga jam sebelum mencucinya atau menyedut baking soda tadi dengan vakum.
2. Serbuk kopi atau Nescafe
Aroma segar daripada serbuk kopi atau serbuk Nescafe juga boleh membantu mewangikan kenderaan. Anda hanya perlu masukkan serbuk ini ke dalam uncang kain dan gantung berdekatan air-cond untuk memberi bau yang segar. Paling penting, gunakan serbuk kopi atau Nescafe yang original dan bukannya serbuk segera 3 dalam 1.
3. Lemon atau limau kasturi
Untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta, gunakan jus lemon atau limau kasturi yang dicampur bersama air dan sedikit cuka sebagai bahan semburan untuk mewangikan kereta. Semburan ini akan menyegarkan kereta sekali gus menghilangkan bau busuk kesan daripada makanan atau minuman yang tertumpah di dalam kereta.
4. Daun pandan atau daun limau purut
Hiris nipis daun pandan atau daun limau purut lalu masukkan ke dalam kain uncang yang berlubang dan gantung di dalam kereta. Aroma daripada daun ini akan menyerap bau hapak sekali gus menghilangkan bau busuk di dalam kenderaan. Apabila daun pandan atau daun limau purut semakin layu, gantikan uncang ini dengan uncang yang baharu.
5. Arang
Setelah membersihkan bahagian di dalam kereta, masukkan arang yang telah dipecahkan kecil-kecil ke dalam satu bekas yang tidak bertutup dan letakkan ia di atas lantai. Selain cara ini, anda juga boleh balut arang tersebut menggunakan tisu dan letakkan di tempat yang berbau hapak. Setelah beberapa hari, bau busuk tadi akan beransur hilang.
Follow Instgram MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Petanda Awal Kotak Gear Rosak, Antaranya Rasa Berat Nak Tukar Gear

Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa adalah bila gearbox rosak!
Kalau rosak memang anda kena sediakanlah wang yang agak banyak juga untuk baiki. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?
Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
1.
Berdepan kesukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
2.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
3.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
4.
Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
5.
Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.

6.
Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.
7.
Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
BACA: Tip Jaga Bateri Kereta Agar Tak ‘Kong’ Dengan Cepat, Anda Pun Boleh Berjimat!
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tak Sedar Oil Cap Enjin Bocor, Salah Satu Punca Minyak Hitam Boleh Kurang Dengan Cepat

Salah satu perkara yang agak mengecewakan dalam penjagaan kereta ialah kita rasa sudah melakukan servis berkala tetapi muncul masalah lain yang tidak disangka-sangka. Sebagai contoh anda telah melakukan servis dan menukar minyak enjin atau minyak hitam mengikut masa.
Namun dalam keadaan tidak disangka berlaku pula kebocoran minyak hitam yang merupakan satu masalah lain pula. Ia merupakan satu bencana kepada pemilik kereta yang pastinya resah apatah lagi tidak mengetahui di manakah berlakunya kebocoran tersebut.

Tidak dapat dinafikan pemeriksaan minyak hitam dari semasa ke semasa boleh mengelak berlakunya masalah ini namun ia boleh berlaku terutamanya kereta yang sudah berusia.
Terdapat beberapa kemungkinan di mana kebocoran ini berlaku. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Zordaq Motorsport yang menyenaraikan beberapa kemungkinan tersebut. Ikutinya di bawah:
ROCKER COVER GASKET
Jenis kebocoran seperti ini kebanyakannya berlaku pada kereta campro. Ini terutamanya bila kereta tersebut sudah mencecah atau melepasi perjalanan 60,000 kilometer. Simptom kebocoran ini boleh diperhatikan dan nampak jika ‘head’ mula ada kesan hitam dari minyak hitam.
OIL SEAL
Oil seal juga boleh menjadi penyebab berlakunya kebocoran. Perkara ini boleh berlaku terutamanya bila menukar timing belt dan pakai oil seal tiruan atau tersilap pasang oil seal. Pada enjin anda terdapat 4 oil seal iaitu oil seal iaitu 2 cam oil seal, 1 crank oil seal dan 1 flywheel oil seal. Kebocoran boleh diperhatikan bila kawasan timing belt dan water pump dibasahi minyak enjin. Flywheel oil seal pula akan bocor di antara kotak gear dan blok enjin.

OIL SUMP
Oil sump atau tangki simpanan minyak hitam terletak di bahagian bawah enjin. Jadi ada kemungkinan juga ada kebocoran di sini. Jika ada masalah ia akan menyebabkan kebocoran pada drain plug atau diantara oil sump dan blok enjin.
OIL CAP ENJIN
Ini di antara kelemahan oil cap enjin. Seal boleh menjadi keras dan minyak hitam keluar di sekitar kawasan penutup minyak enjin. Jadi berlakulah kebocoran yang tidak diingini.
OIL PUMP
Biasanya kalau ada kebocoran ia meninggalkan kesan dia atas lantai kerana dia keluar terlalu sedikit. Jadi untuk tahu sama ada bocor atau tak boleh perhatikan kawasan oil pump dan blok kereta kita. Kalau ada bocor ia akan berminyak di kawasan tersebut.
STICK OIL LEVEL GAUGE
Ini alat yang kita guna untuk perhatikan atau sukat minyak hitam. Kebocoran di kawasan ini boleh berlaku di bahagian pangkal. Mungkin disebabkan seal sudah putus atau sudah kecut akibat usia.
HEAD GASKET
Biasanya minyak keluar area sini jika kereta pernah overheat atau head gasket terbakar atau terputus. Biasanya gasket carbon banyak terjadi kes seperti ini.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Zordaq Motorsport
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI