
Ramai yang tidak menyangka jus timun boleh menjadikan muka kita kelihatan awet muda dalam masa 30 hari.
Anda boleh mendapatkan wajah awet muda jika ering menjadikan timun sebagai bahan serta rutin pemakanan yang utama di samping menu lain.
Dalam masa sama, anda juga harus tahu khasiat lain yang terkandung dalam jus timun seperti yang dinyatakan dalam entri di bawah :
1. Bantu cegah kanser
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
2. Boleh turunkan berat badan
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
3. Mencegah tekanan darah naik
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
4. Mencegah penuaan dan melawan radikal bebas
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makan Ayam Disuntik, Jangan Diambil Kerap

Ayam bukan sahaja lazat tetapi ia juga lebih sihat berbanding daging lain. Walaubagaimana pun, orang yang memakan ayam perlu memikirkannya semula menu masakan akibat penggunaan ayam boleh menyebabkan bahaya, yang mana ayam berkenaan mungkin telah disuntik.
Manfaat daging ayam
Daging ayam memberikan banyak faedah, seperti pembinaan otot, menjaga kesihatan, meningkatkan imuniti, menggalakkan kesihatan jantung atau mengurangkan simptom PMS. Di samping itu, apabila dimasak dengan betul, rasa daging ayam sangat sedap untuk dinikmati. Disebabkan itu permintaan daging putih ini semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, peningkatan permintaan terhadap daging ayam memang mendatangkan risiko kesihatan maut kerana penyalahgunaan antibiotik, terutamanya pada ladang ayam sederhana dan besar.
Risiko memakan daging ayam
Para saintis mendakwa bahawa para petani sewenang-wenang menyuntik burung dengan antibiotik untuk merangsang pertumbuhan, menghalang penyakit yang berlainan dan menggemukkan ayam dengan cepat. Jumlah dan jenis ubat yang disuntikkan kepada ayam mestilah tepat mengikut apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Walaubagaimana pun, sebagai petani ayam yang inginkan keuntungan yang lebih tinggi, mereka menyuntik lebih banyak jenis ubat dengan dos yang lebih tinggi. Tindakan ini tidak berbahaya untuk kesihatan manusia.
Ubat tahan “Super bug”
Apa yang mereka lakukan membuat ubat yang tahan “super bug”, bakteria yang masih dapat bertahan dan berkembang tanpa menghiraukan apa-apa ubat. Dengan kata lain, super bug menyebakan orang sakit menentang pelbagai jenis antibiotik. Oleh itu, selesema biasa boleh hilang, kerana antibiotik tidak berfungsi pada pemakan ayam.
Virus lain
Menurut satu kajian yang dilakukan tahun lepas oleh Institut Penyelidikan Perubatan Kenya (Kemri), ayam runcit yang dijual di Nairobi tidak hanya tercemar oleh paras ubat yang tinggi tetapi juga mengandungi patogen berpotensi E.coli.
Biologi bakteria E.coli yang terdapat di dalam usus manusia dan haiwan lain seharusnya tidak mendatangkan kemudaratan. Walaubagaimana pun, E.coli yang terdapat dalam ayam runcit amat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan keracunan makanan teruk yang membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan baik.
Kajian itu mendakwa bahawa kira-kira 75% daripada isolat bertahan sekurang-kurangnya 1 daripada 12 antibiotik yang diuji, dan 40.4% daripadanya positif untuk 10 gen yang memudaratkan.
Salmonella, kumpulan lain bakteria yang biasanya menyebabkan keracunan makanan juga menjadi antibiotik yang ditentang. Daripada daging ayam, salmonella juga boleh didapati dalam pelbagai jenis produk, dari daging, telur hingga susu. Sama seperti E.coli, apabila seseorang mempunyai salmonella, mereka akan mengalami cirit-birit, kekejangan perut, muntah serta demam yang teruk.
Daging ayam memberikan pelbagai faedah dari segi mengekalkan kesihatan dan kesihatan. Walaubagaimana pun, kerana dagingnya boleh tercemar dengan suntikan, pastikan sumber ayam anda legit dan legal.
Sumber : (https://hellodoktor.com/)
Oleh : Farah Aziz
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Badan Fit, Bertenaga & Berpotensi Untuk Kurus, Jom Cuba 6 Aktiviti Kardio Yang Mudah Ini

Senaman kardio atau Cardio Workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.
Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.
CONTOH SENAMAN KARDIO
1. BERLARI
Salah satu latihan kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama
2. BERJOGING
Buat dalam tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging samada di gym, taman ataupun di pantai
3. BERBASIKAL
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
4. BERENANG
Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search pada google tentang kebaikan berenang
5. BERSUKAN
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan
6. NAIK TURUN BANGKU
Ini juga cara paling simple untuk melakukan latihan kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak?
**Tips
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam latihan kardio. Bila dah bosan, memang anda akan LEBIH malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilo dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat Bersenam
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selalu Pergi Gym & Jaga Makan Tak Bermakna Lelaki Itu Subur, Dr Say Shazril Kongsi Cerita ‘Dalam Kain’

Kesihatan lelaki bukan hanya tertumpu pada fizikal semata-mata, namun ia turut mempengaruhi nilai kecergasan juga tahap kebolehan seseorang lelaki itu dalam perihal reproduktif. Apabila berbicara mengenai masalah mati pucuk, kemandulan rata-rata lelaki akan berpaling dan menyalahkan kaum wanita, terlalu ego dan malu untuk berjumpa pakar, akhirnya rumah tangga derita menanti retak. Bersama Dr Say Shazril berbicara santai mengenai isu yang punya kaitan rapat dengan gaya hidup sihat lelaki yang sering kali dipandang remeh ini.
Namun, beberapa siri perkongsian doktor tampan lagi popular, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, menerusi laman Instagram ternyata membuka mata ramai pihak khususnya golongan lelaki berhubung topik itu.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
LELAKI CUKUP EGO BILA BERBICARA MENGENAI ISU KESUBURAN MEREKA
Menerusi tiga siri perkongsian di Instagram, doktor berusia 30 tahun itu bercerita mengenai kisah rumah tangga termasuk ujian kesuburan yang dilakukannya.
Biarpun berkecimpung dalam bidang perubatan, Dr Say berkata, dia juga sama seperti insan lain yang tidak terlepas daripada masalah kesihatan.
“Kesihatan diri mencerminkan identiti kita sebagai doktor. Namun, disebabkan kekangan jadual kerja yang padat kadang-kala kita terlepas pandang.
“Apabila saya membuat pemeriksaan, saya mendapat tahu pengambilan kafein dan minuman berkarbonat menjadi punca masalah kesuburan saya.
“Maka bermulalah perubahan gaya hidup saya. Sesiapa yang ikuti Instagram mesti perasan saya rajin masak sendiri, pagi-pagi sarapan ambil tea instead of coffee, pepsi black memang saya buang. Semua demi bini,” ujarnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Dr Say mengakui ramai golongan suami yang menghubunginya bagi bertanya mengenai soal rawatan kesuburan setelah dia membuat perkongsian di Instagram. Dia yang sudah menjalani pemeriksaan sekitar Julai lalu turut positif dan berharap agar usahanya untuk memperolehi cahaya mata akan berhasil tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Dr Say turut menggariskan beberapa tip untuk kesuburan lelaki.
Katanya, aspek pemakanan sangat memainkan peranan penting, termasuklah pengambilan rokok, alkohol dan aspek pemakaian khususnya seluar yang ketat.
“Kepada mereka di luar sana, fikir masa depan dan pasangan. Kalau ego dan malu, cuba letakkan diri kat tempat isteri,” ujarnya lagi.
Namun, beberapa siri perkongsian doktor tampan lagi popular, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, menerusi laman Instagram ternyata membuka mata ramai pihak khususnya golongan lelaki berhubung topik itu. Semoga daripada perkongsian Dr Say ini dapat memberi manfaat dan membantu anda diluar sana.
Sumber : Instagram say_shazril
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI