Kalau siapa yang minat drama melayu mesti kenal Ako Mustapha, antara wajah pelakon lelaki dan hero yang sering kali menghiasi wajah drama-drama tempatan. Tapi dia secara tiba-tiba ‘menghilangkan diri’ dan dikhabarkan lebih selesa bekerja di belakang tabir.
Ako Sudah Kurus
Apakah rahsia pelakon ini untuk menurunkan berat badannya? Segalanya bermula dengan ketegasan isterinya yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya. Jauh berbeza bukan penampilannya terdahulu dengan sekarang?
Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan mungkin boleh minta dorongan daripada mereka yang terdekat sebagai inspirasi!
Gambar : Instagram Ako Mustapha