Kita sebelum tidur mesti handphone di tangan kan. Sibuk nak check apa yang trending di laman sosial masing-masing. Tapi start besok apa kata kita ubah tabiat kita ni kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Maskulin senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Ads
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ads
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
5. Surah Al-Mulk dan As-Sajadah
Ads
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. InsyaAllah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
Sebenarnya pores tidak boleh tertutup dan terbuka macam pintu rumah kita. Tapi boleh kecilkan dengan sentiasa bersihkan pores dari debu, kulit mati, bakteria dan sebum yang aktif keluarkan minyak berlebihan.
Jadi untuk merawat masalah ini, cuba pakai regular BHA liquid, claymask dan double cleansing method, kemudian boleh teruskan dengan normal skincare routine. Buatlah seminggu sekali. Untuk pastikan pores kita sentiasa bersih.
Cara nak pakai seperti yang tertera.
Sebelum pakai product dari acid exfoliate macam bha dan aha. Pastikan BASIC routine skincare dah konsisten selama 6 bulan ke atas. Supaya tiada irritation dan purging berlaku.
Sebaceous filaments biasa terdapat di bahagian hidung. Beza dengan blackhead. SF terjadi bila sebum tersumbat dengan kulit mati, debu dan bakteria. Normal memang ramai yang alami benda ini.
Bila pores tersumbat. Itu yang nampak pores kita nampak sangatluas. Bile pores bersih. Pores akan jadi kecil dan nampak bersih.
Apply BHA dalam 20 ke 25 minit di kawasan yang bermasalah seperti hidung.
Apply claymask sehingga 10 minit. Kulit kering boleh pakai tapi cari claymask yang hidrating. Supaya kulit tak terlampau kering.
Untuk oily dan combination. Pakai macam biasa.
Kemudian bilas claymask dengan air biasa. Keringkan muka.
Dah kering muka. Sapu oil cleanser. Gosok lembut bahagian hidung tadi. Nanti kotoran akan keluar. Macam whitehead, kemudian sambung dengan cleanser biasa dan skincare routine
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai pasangan suami isteri hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal amat diperlukan dalam sesuatu hubungan. Kesibukan, keletihan dan kekangan masa bukanlah satu alasan untuk tidak memberi sokongan emosi kepada pasangan kita iaitu dengan cara berpeluk.Pelukan akan dapat merembeskan ‘Hug Hormones’ yang bernama Oxytocin. Bila hormon oxytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.
Satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, apa kata anda amalkan 4 jenis teknik pelukan untuk suami isteri berdasarkan perkongsian ini. Tak payah nak segan depan anak-anak. Jika ibubapa pancarkan kasih sayang dihadapan anak-anak, mereka pun akan membesar dengan sifat kasih sayang yang kuat.
CUBA AMAL TEKNIK 4 PELUKAN NI UNTUK HIDUP LEBIH BAHAGIA
1. PELUK KETIKA BANGUN
Pagi adalah permulaan bagi hari yang baharu. Jadi bila bangun tidur tu, apa kata anda peluk dahulu pasangan atau pergi ke bilik anak-anak untuk memberikan pelukan. Macam apa yang kita tengok dalam filem tu kan? Dengan cara ini, aura positif sudah berada di sekeliling sebelum anda memulakan hari yang panjang.
2. PELUK KETIKA NAK BERANGKAT KERJA
Salah satu amalan yang perlu diterapkan adalah bersalaman dan juga memeluk pasangan sebelum berangkat ke tempat kerja. Pasangan pun rasa bersemangat nak bekerja kan? Bukan itu sahaja, sebelum anak-anak berangkat ke sekolah pun, ibubapa disarankan untuk memberi pelukan kepada mereka supaya sentiasa bersemangat.
3. PELUK KETIKA BALIK KERJA
Setelah penat seharian bekerja, antara apa yang diperlukan oleh pasangan kita adalah pelukan dan masa bersama keluarga. Jangan lah bila pasangan balik dari kerja tu, anda mula membebel. Makin bertambah penat dibuatnya dan mulalah masalah dalam hubungan berlaku.
4. PELUK SEBELUM TIDUR
Sebagai mengakhiri hari, pelukan sebelum tidur amat penting untuk memastikan hubungan antara suami isteri berada dalam keadaan yang stabil. Dengan pelukan sebegini, barulah pasangan masing-masing tahu bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun usia perkahwinan sudah lama. Peluk anak-anak sebelum mereka tidur juga perlu dijadikan amalan supaya hubungan kekeluargaan makin erat!
*Ini la hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Bukan terhadap suami isteri sahaja, teknik pelukan ini juga boleh diterapkan terhadap anak-anak supaya mereka pun rasa disayangi oleh ibubapa.
Sumber: Taufiq Razif
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda berasa sakit atau pedih ketika ingin membuang air kecil? Jika itu yang anda alami, berhati-hatilah kerana mungkin ada jangkitan pada saluran kencing anda atau sering dipanggil ‘kencing kotor’. Bukan hanya wanita, lelaki juga tidak terlepas mengalami masalah kencing kotor ini.
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan manusia untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. Sebanyak 80 peratus daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
Keradangan uretra atau uretritis.
Sebenarnya wanita lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek daripada lelaki. Ini menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan gejala
Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
Terasa sakit ketika melakukan hubungan intim.
Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu boleh mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor penyumbang
Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing dan ia membiak terus ke buah pinggang.
Penyebab UTI yang paling lazim adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Ini akan menggalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
Hubungan intim juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau kemaluan lelaki yang kotor.
Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
Dapatkan rawatan segera jika anda disyaki menjangkiti UTI.
Jika terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
Elak mengambil alkohol, kafein dan makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpalah doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan).
Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap enam jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian, ia akan menyukarkan diagnosis).
Mengecualikan anda daripada penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
Memberi antibiotik tertentu.
Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
Mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
Amalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
Elak daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI. Misalnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stoking nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
Elakkan daripada mandian berbuih, sabun wangi.
Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
Kurangkan minuman manis dan berkafein.
Jadi waspadalah selalu. Bakteria atau kuman berada di mana-mana. Jika ada kesan kepada kesihatan, segeralah bertindak.
Petua Kencing Kotor
Kepada yang tidak pernah kena atau yang baru pertama kali kena, ini ada petua yang boleh anda ikuti.
1. Mula-mula basuh dahulu biji barli macam anda membasuh beras.
2. Selepas itu, rebus dalam periuk yang berisi air.
3. Rebus lama sedikit, biar biji barli itu betul-betul lembut supaya mudah untuk dimakan.
4. Untuk menambahkan kesedapan, masukkan sedikit gula sebagai perasa.
5. Perahkan jus lemon atau masukkan daun pandan untuk membangkitkan rasa serta keharumannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.