
World #QuranHour 2025 kembali dengan tema #SavingTheUmmah yang berlandaskan Surah Al-Saff.
Acara yang berlangsung pada 25 Mac 2025 ini menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama ALLAH SWT.
Bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, program ini membawa semangat Hawariyyun sebagai model perjuangan.
Mengangkat Semangat Hawariyyun
World #QuranHour 2025 menyeru umat Islam untuk bersatu seperti satu barisan kukuh dalam mempertahankan agama.
Berlandaskan Surah Al-Saff, umat Islam digalakkan untuk mencontohi Hawariyyun, iaitu para pengikut setia Nabi Isa AS yang teguh dalam perjuangan mereka.
Matlamat utama program ini adalah untuk menjadikan al-Quran sebagai pedoman kehidupan, sekaligus mengajak umat Islam berjihad melalui harta dan jiwa bagi mempertahankan kebenaran (Surah Al-Saff, 61:11).
Lima tonggak utama #SavingTheUmmah yang ditekankan adalah :
1. Konsisten & integriti (61:2-3)
2. Kesatuan (61:4)
3. Kepimpinan & kepatuhan (61:5-6)
4. Komitmen harta & jiwa (61:11)
5. Kerjasama & saling membantu (61:14)
Inisiatif dan Aktiviti Menarik
Bagi menarik minat generasi muda, beberapa inisiatif diperkenalkan:
– Duit Raya #SaffChallenge – Pertandingan mengambil gambar dalam barisan saf bagi menyebarkan mesej Surah Al-Saff.
– Pasar Ummah Ikhlas – Inisiatif infak yang menggalakkan penyumbangan barangan preloved, keperluan asas, dan pakaian kepada mereka yang memerlukan. Semua hasil kutipan akan disalurkan ke Tabung Endowment UIAM.
– Cabaran Games Al-Saff – Peserta berpeluang memenangi hadiah melalui permainan berkonsepkan Surah Al-Saff.
Selain itu, sesi bacaan al-Quran dipimpin oleh para qari terkenal, termasuk Syeikh Mu’min Falah, Ustaz Shukri Ali dan beberapa tokoh lain.
Acara ini juga diserikan dengan kehadiran selebriti Fakhrul Radhi dan Daie Muda YADIM, Zaim serta diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat.
BACA LAGI : ‘RASA Bubur Lambuk Rewang Wira’ Saksikan Kerjasama Bersama Angkatan Tentera Malaysia
Sokongan Padu dari Pelbagai Pihak
World #QuranHour tahun ini turut disertai oleh tetamu kehormat termasuk Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, serta Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee.
Astro Oasis dan Bernama TV menjadi penyiar rasmi acara ini, dengan sokongan pelbagai media seperti TV AlHijrah, RTM, Astro Awani, Nu Ideaktiv, Sinar Harian, dan Media Prima.
Satu Dekad Mencetuskan Gelombang Al-Quran
Sejak penganjurannya, World #QuranHour telah berjaya menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
Sehingga 24 Mac 2025, sebanyak 1,370 lokasi di seluruh negara dan 25 lokasi di 19 negara telah berdaftar untuk menyertai acara ini.
Dengan capaian 7.72 bilion di media sosial dan lebih 313 lokasi di 76 negara, World #QuranHour membuktikan bahawa al-Quran terus menjadi cahaya dan panduan hidup umat Islam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI