Ingatan ini buat para lelaki terutamanya anak-anak muda. Anda berhak “design” diri dan hidup anda!
Ini dia kami kongsikan perkongsikan daripada Azizan Osman yang di ambil dari official pagenya. Harap perkongsian ini berguna buat kamu semua.
1. Jaga Solat. – Lelaki yang mendahulukan dan mengutamakan solat dalam kehidupan. Terutamanya solat 5 waktu dan terbaik adalah secara berjemaah terutamanya Suboh dan lain-lain waktu. Masjid sentiasa menjadi rumah keduanya. Boleh menjadi makmum yang baik dan imam yang bagus.
2. Sentiasa jaga solat-solat sunat- Lelaki yang melakukan solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha dan solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu
3. Lelaki yang memahami hukum-hakam perkara Fardhu Ain, Tauhid, Hal Ehwal Ibadat serta Menjaga Adab.
4. Lelaki yang menjaga sahsiah diri serta adab di dalam urusan seharian serta perhubungan dengan orang sekeliling serta pandai menghormati orang lain terutamanya yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. Anak yang soleh.
5. Lelaki yang independent, seorang yang rajin berusaha, komited dalam melakukan sesuatu. Pandai cari duit dan simpan duit samada melalui kerja atau berniaga. Mempunyai pendidikan agama yang baik serta pendidikan dalam pelajaran adalah satu kelebihan.
6. Lelaki yang berzakat samada pendapatan atau perniagaan. Dan suka bersedekah.
7. Lelaki yang boleh menjadi pemimpin, imam dalam solat berjemaah dan baik bacaannya serta bagus amalannya. Buat apa yang Allah swt suka dan jauhi apa yang Allah swt tidak suka seperti merokok.
8. Lelaki yang boleh membaca Al-Quran serta hidup dengan Al-Quran.
9. Lelaki yang bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukannya. Bukan sekadar hidup tetapi hidup memberi manfaat kepada ramai orang lain. Bukan sekadar hidup tetapi memberikan kehidupan!
10. Lelaki yang boleh memahami orang sekeliling dan boleh bertolak ansur. Dia boleh menjadi pendengar yang baik serta menyokong usaha orang sekeliling bila diperlukan.