Bila sebut tentang konsert jelajah, ramai bayangkan pentas megah, sorakan peminat dan dentuman speaker di stadium terbuka. Tapi untuk legenda rock tanah air, Wings, pentas kali ini bakal berada di lokasi yang cukup luar biasa iaitu di penjara!
Ya, anda tidak tersalah dengar. Sempena ulang tahun ke-40 penubuhan kumpulan ini, vokalis ikonik Datuk Awie mengumumkan perancangan sebuah siri jelajah konsert dalam penjara di seluruh negara. Ia merupakan satu idea yang bukan sahaja di luar kotak, malah penuh nilai kemanusiaan dan keberanian.
“Kami merancang untuk mengadakan konsert jelajah tapi kali ini bukan di tempat terbuka tetapi di penjara. Perkara ini sudah pun dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri.
“Beliau sudah pun bersetuju dan suka dengan projek ini dan mahu projek ini direalisasikan. Ini adalah sesuatu yang orang lain tidak fikirkan,” jelas Awie.
Bukan Sekadar Rock & Roll
Konsert ini bukan sekadar mahu memecah sunyi dinding penjara dengan irama rock. Sebaliknya, ia menjadi satu bentuk terapi jiwa dan motivasi untuk para banduan – ramai antara mereka yang membesar dengan muzik Wings.
“Niat kami hanyalah untuk memberikan keriangan kepada mereka di dalam sana. Mereka hanya duduk di dalam sel dan tidak melihat apa yang berlaku di luar bertahun-tahun.
Ads
“Jadi, apalah salahnya kami memberikan sedikit hiburan agar mereka mendapat ketenangan dan ketenteraman,” kata Awie, penuh ikhlas.
Konsert ini bakal dijalankan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Wings dengan kerjasama Rumah Produksi Merah. Ia tidak melibatkan penjualan tiket dan memerlukan sokongan penaja bagi menjayakannya sepenuhnya.
“Saya harap anda semua dapat uar-uarkan perkara baik ini supaya kita mendapat sokongan daripada pihak penaja. Ini adalah program kebajikan. Sebaik sahaja ada penaja, kita akan teruskan projek ini,” tambahnya.
Ads
Lebih Dari Nostalgia
Sehingga kini, lebih 40 penjara di seluruh Malaysia telah diluluskan sebagai lokasi potensi, namun pemilihan akhir akan bergantung kepada bajet semasa. Jika perlu disaring, satu penjara di setiap negeri akan menjadi destinasi, dengan Penjara Kajang sebagai pembuka tirai.
Buat para lelaki yang membesar dengan era rock 90-an, inisiatif ini bukan sekadar nostalgia — ia adalah bukti bahawa muzik masih menjadi bahasa paling ampuh untuk menyampaikan mesej, menyentuh hati, dan menyatukan jiwa manusia tanpa mengira latar.
Nampak unik namun menakutkan. Pernah dengar cerita tentang lukisan yang hidup dan berhantu? Ini adalah barisan lukisan yang paling menakutkan di dunia!
1. HEADS SEVERED
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Theodore Gercault. Lukisan ini merupakan lukisan yang paling terkenal dari berbagai macam karya seni yang di hasilkannya, lukisan ini juga terkenal dengan gaya artistik dari sang pelukis.
Konon lukisan yang menggambarkan 2 kepala mayat ini diinspirasikan dari dirinya yang melihat beberapa organ tubuh manusia di rumah mayat mahupun potongan tubuh manusia di lab rumah sakit.
2. STUDY AFTER VELAZQUEZ’S PORTRAIT OF INNOCENT X
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh seniman terkenal pada abad 20, iaitu Francis Bacon.
Gaya lukisannya terkenal dengan elemen berani dan memiliki unsur gelap dalam bentuk figura atau tokoh tertentu, lukisan ciptaanya terjual sangat mahal walau hanya sebuah kanvas saja.
Dalam lukisan ini di gambarkan bahawa manusia tersebut sedang termenung dan seakan seperti sedang berbicara, dan menjerit.
3. THE HANDS RESIST HIM
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Bill Stoneham pada tahun 1972 di Oakland, California. Lukisan ini juga dikenali sebagai lukisan paling menyeramkan di dunia.
Dalam lukisan ini digambarkan adik perempuan bersama abangnya dan banyak tangan sedang cuba untuk keluar di balik pintu, hanya sebuah kaca rapuh yang menahan mereka.
Di katakan bahawa mereka berdua pada lukisan ini bergerak pada malam hari bahkan bergaduh.
4. THE CRYING BOY
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Bruno Amadio. Lukisan ini mengambarkan seorang anak kecil dengan air mata yang mengalir ke pipinya.
Sang pelukis mengekspresikan kesedihan mendalam pada lukisan anak ini, dimana tidak ada seorang pun yang dapat menahan emosinya ketika melihat tangisan anak kecil ini.
Lukisan ini terkenal akan berbagai legenda dimana kebakaran dan kematian menghantui lukisan ini, bahkan lukisan ini terkenal dimana terjadi kebakaran pada gedung dimana lukisan ini di pamerkan.
5. THE SCREAM
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Edvard Munch, dan juga merupakan lukisan yang paling terkenal di dunia kerana harganya yang sangat mahal.
Di khabarkan bahawa orang-orang merasa sakit, bahkan turut berasa tekanan ketika mendalami lukisan ini. Ia juga turut dikatakan lukisan ini membawa nasib malang pada orang yang menyentuh atau menjatuhkan lukisan ini.
sumber: tahupedia.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masa untuk papa hot! Siapa kata jika sudah berkahwin lelaki tidak mampu tampil stylo dan steady? Ayuh lihat barisan selebriti yang sudah bergelar ayah namun masih kekal menarik dan menawan.
HAIRUL AZREEN
Siapa yang bisa menyangkal tentang ketampanan pelakon ini? Bekas juara Fear Factor Malaysia musim pertama ini antara kegilaan para wanita di luar sana terutamanya apabila dia mula berjinak dalam aktiviti bina badan. Tidak cukup dengan itu, akaun Instagram miliknya seringkali menjadi perhatian ramai saat dia bersama putera hatinya, Yusuf Iskandar. Nampak betul Hairul Azreen ini seorang bapa yang penyayang.
AWAL ASHAARI
Ikon fesyen ini sudah memang terkenal dengan gaya fesyennya yang sentiasa up-to-date. Bukan sahaja baju, malah dari penggayaan rambutnya juga menjadi bualan ramai hinggakan ada diantara kita yang menjadikan dia sumber inspirasi dalam berfesyen. Memiliki wajah yang tampan membuatkan ramai yang jatuh hati bila melihatnya. Mungkin ada di kalangan wanita yang memanggilnya, Mr. Perfect. Mana tidaknya, kemana sahaja Awal sentiasa kemas dan bersedia. Bertuah Lara memiliki bapa seperti Awal. Perkahwinannya bersama Scha Alyahya menambahkan lagi obsess orang ramai terhadap Awal. Dua-dua sama padan, sama cantik.
FARID KAMIL
Pelakon yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sentiasa kelihatan segak dan menawan. Akaun Instagram miliknya seringkali menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik gambar aktivit sukannya dan bersama anak kecilnya. Senyuman manisnya sentiasa menjadi dambaan para wanita. Biarpun Farid kini sudah bergelar bapa kepada dua anak.
ZAIN SAIDIN
Sudah tentu pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini menjadi popular apabila orang ramai sibuk mengatakan tentang jarak umur mereka. Namun, Zain membuktikan bahawa biarpun ada jurang umur, dia masih boleh menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, malah Zain juga digilai ramai wanita biarpun sudah mempunyai anak. Bentuk tubuh yang sasa serta rupa campurannya itu adalah bonus untuk dirinya.
FADZA ANUAR
Bijak dan berkredibiliti. Buka hanya isterinya, Vivy Yusof, malah Fadza juga menjadi perhatian dalam program reality Love Vivy. Dilihat sebagai seorang lelaki yang berkaliber, Fadza juga antara pilihan bapa yang sememangnya dicari-cari oleh kaum wanita. Bijak dalam mengagihkan masa antara kerjaya dan keluarga, laman Instagram Fadza juga selalu menjadi perhatian ramai terutamanya saat dia bersama keluarga, Vivy dan dua cahaya hatinya.
DATUK SERI KHALID (DATUK K)
Siapa kata usia itu penghalang untuk kekal segak dan menawa. Datuk K bukti tentang usia bukan penghalang! Orang ramai senang sekali melihat kemesraan diantara Datuk K dan Datuk Siti, sehinggakan ada yang tertunggu gamabr yang dimuat turun oleh Datuk Siti. Apa yang menjadikan Datuk K ini seorang papa yang hot bila dia masih menjaga rapi penampilannya dan bukan itu sahaja, dia juga aktif dalam aktiviti sukan, sebagai contoh berbasikal. Baru-baru ini kerap juga pasangan ini berbasikal. Sentiasa berjiwa muda!
Antara selebriti lain yang layak digelar papa hot pilihan kami:
DAVID MCKENZIE
ASHRAF SINCLAIR
Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Majlis perkahwinan adalah antara majlis yang ramai di antara kita akan ambil serius, lebih-lebih lagi dari segi perbelanjaan kewangan, yang mana ia adalah demi kelancaran majlis dan juga untuk meraikan tetamu, dan pengantin.
Namun begitu, jika ikutkan perkiraan pada masa kini, perbelanjaan majlis perkahwinan, sering kali menghampiri RM10 ribu, yang mana jika dilihat adalah satu jumlah yang besar.
Bagi pihak lelaki , pasti pening dan penat mengumpul duit untuk kahwin ni, Ini tip yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir yang mana boleh anda cuba sebaik mungkin untuk kawal perbelanjaan perkahwinan.
Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!