Berlari mahupun bersukan sambil mengenakan windbreaker adalah satu kemestian. Bahkan, ia turut memberi kepuasan buat si pemakai kerana ia dianggap pakaian yang boleh membantu menurunkan berat badan dan membakar kalori dengan banyak.
Namun, adakah benar pakaian ini mempunyai fungsi yang begitu hebat atau sebaliknya? Sama-sama kita baca perkongsian Mohd Dziehan Mustapa ini.
Apa yang kita pakai semasa berlari adalah perkara yang penting. Pakaian yang sesuai akan buat kita rasa lebih selesa semasa berlari.
Saya sering berlari petang hari dan melihat beberapa pelari lain di taman rekreasi yang memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari.
Adakah pemakaian windbreaker/ sweatshirt ada kelebihannya untuk boleh bakar lebih kalori?
Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.
Apabila seseorang itu memakai windbreaker/sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.
Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori… Walau bagaimanapun idea ini tidak semestinya bagus.
Keletihan haba (heat exhaustion) berlaku apabila suhu badan meningkat dan tubuh badan tak mampu seimbangkan ia semula. Keletihan haba juga mungkin boleh berlaku dalam keadaan melakukan beberapa aktiviti fizikal/senaman secara berlebihan.
Oleh itu memakai windbreaker/sweatshirt semasa berlari cenderung untuk mendapat keletihan haba atau dalam keadaan lebih serius boleh menyebabkan stroke haba lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini.
Pembakaran jumlah kalori bergantung kepada dua perkara iaitu “intensiti dan tempoh” melakukan aktiviti fizikal. Peningkatan degupan jantung menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat.
Peningkatan degupan jantung menunjukkan intensiti sesuatu aktiviti fizikal itu. Walau bagaimanapun aktiviti fizikal berintensi tinggi sukar untuk dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Dalam erti kata lain adalah; ‘cepat penat’
Ads
Oleh kerana windbreaker/ sweatshirt akan meningkatkan intensiti senaman anda, ia mungkin mengehadkan tempoh senaman (cepat penat), seterusnya ia menafikan manfaat pembakaran kalori secara optimum.
HANYA SATU MITOS
Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.
Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.
Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.
Maka, jika berlari dengan windbreaker/ sweatshirt dan badan menjadi terlalu panas, dinasihatkan agar buka windbreaker/ sweatshirt tersebut dengan segera agar suhu tubuh kembali stabil semula dan minum air untuk hidrasi tubuh.
Ads
Sebaik-baiknya bagi pendapat saya, pakai baju berlari yang sesuai dan tidak perlu tambah dengan lapisan windbreaker/ sweatshirt. Terutama pada ketika musim panas sekarang ini.
Mungkin pemakaian windbreaker/ sweatshirt dilihat sesuai jika kita berlari pada ketika awal pagi dan suhu sekitaran yang sejuk.
Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.
Jom kita berlari dan pakai pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai. Oh yer, jangan lupa menutup aurat juga 😊
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Antara anggota badan yang sering menjadi perhatian para lelaki ialah peha. Silap amalkan senaman bahagian atas sahaja lain pula jadinya.
Maka muncullah istilah chicken leg! Sebenarnya jika anda amalkan senaman yang seimbang ia boleh dielakkan.
Walaupun semakin ramai lebih lebih fokus kepada senaman untuk mendapatkan tegap tapi masih ramai yang mengabaikan otot. Ini kerana ada antara anda beranggapan bahawa otot tangan dan perut lebih penting untuk dibesarkan.
Jom luangkan sedikit masa anda dan ikuti 5 langkah senaman di bawah bagi mendapatkan paha yang pejal dan kuat.
HIGH KNEES
Angkat lutut kiri separas dengan dengan pinggang dan tahan selama 3 saat. Tangan pula diangkat mengikut arah berlawanan dengan lutut yang diangkat.
Ulang untuk kaki yang berlawanan dan lakukan selama 2 minit.
TURNING KICKS
Berdiri dengan hanya menggunakan kaki kiri. Badan dicondongkan sedikit kekiri. Lutut kanan diangkat hingga ke paras pinggang. Tangan kanan pula dibengkokkan dihadapan dada.
Kedudukan posisi badan, kaki dan tangan masih lagi berada dalam posisi yang sama namun kaki kanan diangkat lurus (posisi menendang).
Ulang semula untuk kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 10 tendangan.
Bukan senang nak kurus dan dapatkan saiz badan S bila usia semakin meningkat. Namun semuanya tidak mustahil jika anda ada usaha untuk kurus dan menurunkan berat badan.
Caranya cukup mudah! Amalkan minuman mengenyangkan menggunakan Chia Seed dan kurma seperti yang dikongsikan Zamira Mohammad Ali menerusi laman Facebooknya.
Selain untuk kurus dan dapatkan baju saiz S, minuman ini mempunyai banyak khasiatnya untuk melawaskan pencernaan, menjadikan kulit wajah glowing, awet muda dan banyak lagi.
1. Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat Tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat Yusof Taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak taw. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha Kurma Ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
2. Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ado ni.
3. Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali ngan biji kurma tu. Jangan buang plak.
4. Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
5. Kacau bagi rata Chia Seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Okeh jom tido.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar aktiviti larian pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pasti satu berita yang cukup dinantikan.
Apa tidaknya selepas lebih 40 hari terkurung di dalam rumah tidak dapat melakukan aktviti larian pastinya ramai ingin melepaskan rasa rindu mengeluarkan peluh ketika berlari.
Walaupun kerajaan sudah melonggarkan dan membenarkan aktviti seperti larian dilakukan namun kita semua harus sentiasa mematuhi SOP seperti melakukan penjarakan sosial. Paling penting usah lakukan larian dalam berkumpulan dan ramai.
Cukup sekadar anda melakukannya secara berdua bersama pasangan contohnya.
Selepas lama tidak berlari anda juga pasti inginkan rentak larian semula. MASKULIN percaya ramai akan mudah rasa tercungap-cungap apabila sudah salama tidak melakukan aktviti larian,
Jadi kali ini MASKULIN ingin ‘refresh’ kembali teknik larian yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Berikut merupakan beberapa teknik pernafasan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan larian yang lebih jauh dan berkesan.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
HINGGA PERUT
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
POSTUR BADAN
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
IKUT HIDUNG
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
Elakkan memakai pelitup muka ketika berlari kerana ia boleh menghalang oksigen masuk dengan baik. Sebaliknya lakukan penjarakan sosial.
TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.