Ads
Ads

PENGENALAN

Buat pertama kalinya, Maskulin menerusi Nu Ideaktiv membawakan sebuah rancangan realiti berkonsepkan kecergasan yang penuh dengan suntikan adrenalin, ‘Who’s Your Bro’!
 
Merupakan siri pertandingan yang mendebarkan dan membawa dimensi baru dalam definisi persaudaraan antara lelaki, kerjasama dan mencapai matlamat sebenar, rancangan ini tampil dengan 10 episod penuh aksi.
 
12 peserta bakal berdepan dengan cabaran fizikal dan emosi yang menguji kekuatan, daya tahan, kelajuan, ketangkasan, keseimbangan dan pemikiran strategik. Datang dari pelbagai latar, kesemua mereka bakal menyajikan aksi penuh inspirasi.
Dengan penyingkiran sentiasa menghantui, setiap peserta perlu menggali kekuatan bukan sahaja secara fizikal tetapi juga emosi untuk menyokong satu sama lain melalui kesetiaan, konflik dan ujian yang mencabar.. 
 
Menerusi persaingan sengit dan ikatan yang benar-benar diuji di setiap langkah, siri ini menjanjikan aksi, kehangatan emosi, dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan. Who’s Your Bro bakal disiarkan di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024 jam 9 malam.

TOP 12

ARTIKEL

6 Cara Mudah Bakar 500 Kalori Sehari Tanpa Beban!

Jangan risau! Ada pelbagai cara mudah untuk membakar sekurang-kurangnya 500 kalori sehari tanpa perlu berusaha terlalu keras.

Episod 10 Uji Brotherhood Ikmal & Hakimi!

Siapa tak sangka duo yang pernah berkonflik akhirnya membuktikan kekuatan brotherhood dengan menjuarai Who’s Your Bro.

Ikmal & Hakimi Buktikan Pelakon dan Model Mampu Jadi Juara MASKULIN Who’s Your Bro!

Ikmal Amry dan Hakimi Noordin buktikan kehebatan, menepis skeptis, dan muncul juara MASKULIN Who’s Your Bro!

VIDEO

SeeNI ×