
Tipu la kalau kat smartphone korang tak ada aplikasi whatsapp kan.Kebanyakkan dari kita memang bergantung pada aplikasi khidmat pesanan ringkas WhatsApp untuk berhubung dengan kenalan rapat. Menyedari ramai netizen yang ‘bergantung’ kepada aplikasi itu, pengarah Whatsapp, Mubarik Iman mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan dimuatkan dalam Whatsapp dalam masa terdekat.
Mubarik berkata Whatsapp akan memperkenalkan ciri baharu iaitu panggilan video secara berkumpulan.
Bagaimanapun, beliau tidak menunjukkan cara panggilan video berkumpulan itu akan berfungsi tetapi berdasarkan penyampaiannya, ciri berkenaan mengumpulkan 4 orang dalam satu panggilan.
Beliau juga mendedahkan seramai 450 juta pengguna setiap hari dan lebih 2 juta panggilan video dan audio dilakukan menerusi Whatsapp semasa persidangan konvensyen F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California.
Ciri lain yang bakal menarik perhatian anda, Whatsapp juga bakal dimuatkan dengan pelekat atau sticker yang telah digunakan di media sosial seperti Facebook dan sebagainya.
Malah anda juga berpeluang menghasilkan pelekat mengikut citarasa sendiri! Tak sabarnya nak bergosip dengan geng BFF guna ciri baharu ini. Tak payah lepak kedai mamak lagi!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Semburan Terowong Nyah Cemar COVID-19 Boleh Beri Kesan Buruk Kepada Anggota Badan

Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19 berskala global banyak pihak tampil ke depan memberikan pelbagai ciptaan dan inovasi dengan tujuan membantu pihak kerajaan dan juga orang ramai.
Di antara alat yang diperhatikan semakin diketengahkan ialah terowong nyah cemar atau penggunaan semburan nyah cemar yang dikatakan mampu mencegah penularan COVID-19.
Niat murni yang datang daripada pelbagai insitusi atau pertubuhan yang memperkenalkan alat ini cukup difahami. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk membantu orang ramai.

Namun sebenarnya menggunakan penyembur nyah cemar ke atas manusia adalah tidak disarankan. Perkara ini dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood.
Pemakluman mengenai perkara ini turut diutarakan oleh beliau menerusi satu ciapan di Twitter kendaliannya.
Jelasnya, penggunaan penyembur nyah cemar terhadap orang ramai juga tidak disarankan oleh World Health Organization (WHO) seperti yang termaktub dalam garis panduan pengendalian COVID-19.
“Pertama sekali ia seharusnya tidak membahayakan. Penggunaan cara ini tidak disarankan dan bertentangan dengan garis panduan ditetapkan WHO. Hentikan sebelum ia memberi kesan buruk kepada orang ramai”.
First rule is that above all do NO harm. This is NOT recommended & against @WHO guidelines. Stop this please @utm_my before you hurt and harm anyone! @KKMPutrajaya @DGHisham @ZainiUjang2 https://t.co/Pa5foETibK
— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) April 14, 2020
Beliau yang juga merupakan Pengasas Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) melakukan hantaran di Twitter membalas laporan oleh sebuah portal berita tempatan yang melaporkan sebuah universiti tempatan menghasilkan peralaran nyah cemar dengan sistem semburan ke atas badan.
Dear Universities and Companies practicing spraying people. STOP. Please read this https://t.co/rnv8Exdxe6 @utm_my @MinistryofEd https://t.co/RlPTW7xPGV
— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) April 14, 2020
Penggunaan semburan seluruh badan tidak digalakkan kerana penggunaan klorin atau alkohol tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.
Malah bahan tersebut juga boleh membahayakan anggota badan seperti mata dan mulut. Oleh itu lebih baik kita terus mengamalkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitizer serta menjaga penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jauhkan Diri Dari 5 Makanan Ini Untuk Dapatkan Kulit Licin

KULIT BERMASALAH, MACAM-MACAM PRODUK DAH GUNA, TAPI HASILNYA MENGECEWAKAN. INI ANTARA MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN REAKSI KULIT KEPADA JERAWAT. AYUH KURANGKAN PENGAMBILANNYA.
MAKANAN BERLEMAK DAN BERGORENG
Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
MAKANAN DARIPADA PRODUK TENUSU
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
MAKANAN DARIPADA KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT
Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
MAKANAN YANG DIPROSES ATAU DITINKAN
Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari
- Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar
- Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tribute Istimewa Zayn Malik Buat ‘Bro’-nya, Liam Payne

Kehilangan seorang kawan baik yang masing-masing membina karier dari bawah hinggalah mencipta nama sebagai bintang besar pastinya cukup memberi kesan. Zayn Malik kembali ke pentas dengan persembahan tribute istimewa memperingati sahabatnya yang telah pergi, Liam Payne.
Konsert istimewa itu berlangsung di O2 Academy Leeds, England, pada 23 November, lebih sebulan selepas Zayn menangguhkan jelajah solonya kerana pemergian mendadak bekas rakan grupnya, One Direction.
Walaupun Zayn tidak menyebut nama Liam secara lisan sepanjang persembahan, mesej penuh emosi terpancar di layar pentas ketika dia melangkah pergi. Kata-kata “Liam Payne, 1993-2024, Love you Bro” diiringi simbol hati merah mengundang hiba di kalangan peminat yang hadir, seperti dilaporkan oleh The Telegraph.

Tragedi kehilangan Liam pada 16 Oktober akibat terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires telah mengejutkan ramai pihak.
KEHILANGAN BESAR
Pemeriksaan toksikologi mendedahkan kehadiran alkohol, kokain, dan ubat antidepresan dalam tubuhnya. Kehilangan ini menjadi satu tamparan buat Zayn, yang kemudiannya memaklumkan di Instagram bahawa beliau akan menangguhkan bahagian jelajah AS albumnya, Stairway to the Sky.
“Keputusan ini saya buat kerana kehilangan besar yang dialami minggu ini. Saya perlu memberi ruang untuk bernafas,” ujar Zayn kepada peminatnya.
Konsert yang berlangsung di Leeds itu adalah sebahagian daripada perjalanan muzik Zayn sebagai artis solo selepas meninggalkan One Direction pada 2015.
Walaupun karier solonya dipenuhi cabaran, persembahan ini menjadi bukti kasih dan penghormatannya terhadap Liam, seorang sahabat yang berkongsi sejarah besar dalam hidupnya.
Liam disemadikan pada 20 November di England, dengan kehadiran penuh emosi ahli keluarga, rakan, dan sahabat terdekat.
Zayn bersama tiga ahli One Direction yang lain iaitu Harry Styles, Niall Horan, dan Louis Tomlinson telah melakukan reunion buat kali pertama sejak mereka berpecah. Sekali gus memperlihatkan hubungan persaudaraan mereka yang tidak pernah pudar walau berdepan masa dan jurang karier masing-masing.
Momen penuh keikhlasan itu turut dihadiri tokoh penting dalam kehidupan Liam, termasuk Cheryl Cole, bekas pasangan dan ibu kepada anak lelaki Liam, Bear yang berusia 7 tahun, serta Simon Cowell, individu yang membawa One Direction ke puncak populariti menerusi rancangan The X Factor.
BACA: Ikmal Amry Cabar Stereotaip Hero Romantik, Sertai Program ‘MASKULIN WHO’S YOUR BRO’
Tribute Zayn pada malam itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi lambang persahabatan dan penghormatan kepada memori yang tidak ternilai.
Zayn Malik membuktikan bahawa lelaki juga boleh meluahkan emosi mereka dengan tulus dan berani, terutama ketika mengenang insan yang pernah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup mereka.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Kredit: E Online
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI