Whatsapp Dan Instagram Turut Terjejas, Seluruh Dunia Jadi Panik!

Share

Walaupun Facebook mengesahkan gangguan yang berlaku kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos, majoriti netizen di pelbagai negara sedang panik apabila dua lagi ‘adik-beradik’ kepada Facebook turut terjejas.

Ujar laman web downdetector dot com, gangguan yang berlaku hari ini dianggap antara yang terbesar kerana pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah paling ramai terkesan dan mencatatkan angka tertinggi.

Tidak boleh hantar foto & video

Sejak beberapa jam lalu, pengguna Facebook dikatakan tidak boleh log in ke akaun masing-masing.

Manakala menerusi Whatsapp pula, gambar dan video kebanyakannya tidak boleh dihantar dan jika Instagram, tiada sebarang update

terbaharu yang boleh dilakukan.

Malaysia turut terkena tempias

Kejadian ini bukan sekadar melanda negara Eropah malah Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila banyak laporan yang serupa diterima.

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Memandangkan Facebook juga merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.

Sumber : Astro Awani

Published by
Akyem Samad