Pasti ramai yang menggemari gaya fesyen dari penyanyi The Weeknd ini. Bukan hanya bersifat santai, dan streetwear, malah elemen suai padannya sentiasa on-point! dan tampak mewah biarpun bersahaja. Kali ini, The Weeknd mengumumkan kolaborasi nya bersama jenama gergasi H&M menerusi lama Instagram nya.
Kolaborasi kali kedua ini lebih eksklusif kerana The Weeknd yang mencurah idea sepenuhnya dan memilih 18 helaian untuk dilancarkan dan dipamerkan di H&M. Ia termasuklah bomber jacket, Hoodie, Parka, Sweater dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi laman sesawangnya, hm.com, dari 28 September ini. Selain itu, jangan lupa singgah dan mendapatkan koleksi eksklusif ini dari stor pilihan:
H&M Lot 10, Avenue K, One Utama, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Sunway Velocity, KL Festival Mall, IOI City Mall, KLIA 2, AEON Shah Alam, Aman Central, Gurney Paragon Mall, 1stAvenue, Jonker Building, Hatten Square, AEON Desa Terbau, Johor Bahru City Square, AEON Kota Bahru, KK Times Square and The Spring.
Bagi aktor popular, Aedy Ashraf, watak Beja dalam filem Kahar memberi satu makna yang cukup mendalam.
Selepas lebih 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni, ini adalah kali pertama beliau diberi peluang untuk membawa watak anak Kelantan dengan dialek asalnya sendiri.
Meskipun dilahirkan di Kelantan, Aedy membesar di Kuala Lumpur dan jarang sekali berkesempatan menggunakan dialek negeri kelahirannya dalam kerjaya lakonan.
Aedy bukanlah asing dengan watak berdialek lain – dia pernah membawa watak menggunakan dialek Perak, Kedah, dan Pahang.
Namun, berpeluang menggunakan dialek Kelantan buat pertama kali memberikan kepuasan yang tersendiri buatnya.
Baginya, watak ini adalah peluang yang tepat untuk kembali kepada akar umbinya, menyelami budaya negeri kelahiran yang tersemat dalam diri sejak sekian lama.
“Saya ni memang dari Kelantan, tapi mungkin ramai tak tahu. Jadi ini macam peluang saya untuk go back to my roots, memahami asal-usul saya yang sebenar,” jelasnya penuh semangat dalam satu temu bual bersama Gempak.
Menariknya, meskipun Aedy kurang fasih dengan dialek Kelantan kerana membesar bersama ibunya di Kuala Lumpur, beliau sanggup mengikuti kelas dialek bersama pengarah terkenal Che Wan – yang juga pengarah Budak Kelantan – dan pengarah filem ini, Razaisyam Rashid, yang kedua-duanya juga berasal dari Kelantan.
Bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka menjadikan penyampaian dialek Kelantan lebih natural dan mantap, seolah-olah dialek itu sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.
Tetapi, sokongan daripada pengarah dan rakan pelakon menjadikan proses itu lebih mudah dan menyenangkan.
“Saya tak kekok, cuma ada cabaran untuk buat dialek itu terdengar asli. Dengan bantuan pengarah dan pelakon lain, saya jadi lebih yakin dan lancar,” ujarnya.
Filem ‘Kahar: Kapla High Council’ akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November 2024.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adat masa bercinta semua benda nampak manis, kekadang kentut pun bau wangi. Tapi para lelaki perlu berhati-hati kerana sememangnya ada wanita yang ‘pisau cukur’, dia hanya perlukan duit anda sahaja, dan mempergunakan kecantikkannya untuk mengikis duit anda. Anda pula fikir bahawa yang wanita tersebut cintakan anda.
Ada wanita yang benar-benar tulus mencintai lelaki kaya yang tidak memerlukan duit lelaki untuk menanggung perbelanjaannya, namun anda harus berhati-hati dengan wanita yang pandai berlakon baik agar anda terpedaya dan terus hanyut dalam cintanya.
Bukan susah hendak tahu seorang wanita itu gila harta atau tidak, mari kita lihat.
Lihat reaksi
Berbohonglah dengan mengatakan bahawa anda pura-pura ‘bangkrup’. Wanita yang baik akan membantu anda untuk keluar dari masalah sedangkan wanita mata duitan akan lari meninggalkan anda. Wanita seperti ini anda haruslah berhati-hati, dia hanya akan muncul apabila anda ada duit sahaja.
Setiap hari minta belanja
Setiap kali keluar ada saja permintaannya, semua benda kalau boleh hendak minta anda belanja. Wanita yang tidak gilakan harta anda, dia tahu rasa malu untuk sering meminta kepada anda. Tetapi bagi wanita yang hendak kikis harta anda, pergi tandas bayar 50 sen pun dia minta dengan anda.
Pinjam duit lepas itu diam
Selalunya rakan-rakan sahaja yang jenis seperti ini. Tetapi jika teman wanita anda juga jenis jenis seperti ini, mungkin sekali dua anda akan rasa tidak kisah, tetapi jika sudah terlalu kerap, dan apabila anda memberi pinjam dia terus senyap membisu. Itu pelik namanya. Jangan sampai anda tertipu ya!
Tenggelam timbul
Bila anda ada duit, timbul la si dia. Tetapi jika anda dalam kesusahan, nak nampak muka dia pun susah. Ada saja alasannya apabila anda mengajaknya keluar untuk menceritakan masalah anda. Tetapi apabila dia tahu anda sudah berduit, tidak ajak pun dia sendiri minta dipelawa. Seram pulak.
Suka meminta
Kalau minta belanja makan itu mungkin perkara biasa kan? Tetapi jika dia minta barangan-barangan mahal seperti handphone, beg berjenama, kasut berjenama. Itu dah melampaui batas. Lain la jika dia sudah bergelar isteri anda, minta apa sahaja pun tidak mengapa kan?
Lari dari topik kahwin
Lelaki yang benar-benar serius akan ajak teman wanitanya berkahwin, Dan cara ini anda boleh cuba untuk melihat sejauh mana teman wanita anda serius dengan hubungan itu. Cuba bertanyakan dia tentang perkahwinan, jika dia memberi respon positif, itu bermakna dia serius. Tetapi dia suka mengelak dan mengatakan dia belum bersedia, anda harus waspada. Jika sudah setiap kali keluar meminta barangan mahal tetapi bila berbincang topik kahwin terus diam membisu nan memberi respon negatif, mungkin anda perlu jauhkan diri daripada wanita jenis ini.
Memilih pasangan hidup bukan perkara yang mudah, banyak benda hendak difikirkan dan harus membuat pilihan yang tepat. Jangan tengok wajah yang cantik terus terpikat tanpa selidik dahulu latar belakang dan tidak mengenal hati budinya terlebih dahulu.
Rupa itu tidak penting dan akan di mamah usia, cari pasangan yang mempunyai budi pekerti yang baik dan boleh berdikari sendiri. Itu lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi dalam mood meraikan Hari Kebangsaan dan juga kemunculan Hari Malaysia tidak lama lagi. Selepas menyaksikan pelbagai aktiviti bagi membangkitkan rasa patriotik, ketibaan Hari Malaysia pada 16 September juga bakal diraikan dengan cukup meriah.
Gembox yang terletak di Nilai dikenali sebagai Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia bakal menganjurkan konsert istimewa pada 15 September 2022.
Seramai 11 artis dan pempengaruh popular tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang akan muncul membuat persembahan sempena Hari Malaysia.
‘WOW! Malaysia Music Festival’ bakal menampilkan kemunculan penyanyi hebat dan legenda seperti Datuk Sheila Majid, Alvin Chong, Dolla, Masha Mashitah, Rynn Lim, Jeryl Lee, Phei Yong, Danny Koo, Chang Yong, Chang Le, Susan, Pink Tan, dan bakat baharu Lil J. Konsert ini akan berlangsung selama 180 minit, dan lebih daripada 30 buah lagu akan dipersembahkan pada malam tersebut.
Lebih menarik konsert yang berlangsung di Gembox, Nilai ini tidak mengenakan apa-apa cas bayaran atau dalam erti kata lain, masuk adalah percuma!
Selain itu, sekiranya pelawat menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke GEMBOX App, mereka boleh menebusi tiket ‘Rock Zone’ di kaunter yang disediakan.
Banyak aktiviti turut disediakan pada malam tersebut. Pelawat boleh menikmati makanan tempatan dari 13 negeri dan juga persembahan bunga api sempena menyambut Hari Malaysia.
Maklumat lanjut berkenaan dengan penebusan tiket, sila layari ke www.gembox.com.my atau pun ikuti media sosial Gembox.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.