“We Stay United & Stay Focus!”, Ashwad Ismail Dalam Peranan Media Melawan Covid-19

Share

Kita masih belum menang. Malah kemungkinan besar kita masih jauh lagi untuk mencapai kemenangan secara total. Tapi dengan semangat rakyat Malaysia, kita boleh. MASKULIN sempat menemubual Pengarang Urusan Astro Awani, Ashwad Ismail tentang peranan media dalam menjadi antara senjata utama melawan pandemik global ini.

Media memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan maklumat tepat. Malah tanpa media kita semua mungkin tidak akan dapat sumber sahih atau terpedaya dengan fake news. Dan itu berkemungkinan besar boleh mencetuskan panik.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu hampir setiap hari kita akan setia menantikan berita terkini di kaca televisyen. Ashwad Ismail menjadi wajah yang muncul hampir setiap hari menemai kita dengan berita-berita sahih terkini tentang penularan Covid-19.

Tapi apakah yang berlaku di sebalik tabir serta apakah pengalaman yang dihadapinya sepanjang krisis ini? Ikuti temubual MASKULIN bersama Ashwad Ismail di bawah.

Boleh terangkan secara ringkas peranan di Astro AWANI dan ceritakan sedikit latar belakang anda dalam dunia penyiaran?

Jawatan saya sekarang ialah sebagai Pengarang Urusan Astro AWANI. Saya bertanggungjawab dalam menguruskan unit Berita dan Hal Ehwal Semasa. Saya bersama Astro AWANI sejak ia ditubuhkan lagi iaitu 13 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya bermula sebagai wartawan termuda di dalam pasukan perintis menubuhkan saluran berita 24 jam pertama di Malaysia.

Sepanjang COVID-19, apakah rutin harian di sebalik tugasan dan kehidupan peribadi. Sejauh manakah ia berbeza daripada biasa?

Covid-19 nyata membawa banyak perubahan di dalam kehidupan seharian, cara bekerja dan cara kita mengadaptasi perubahan. Dunia berbicara tentang kelaziman baharu, norma baharu atau new normal. Ini ‘real’. Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, kita menjadi susah hati.

Lebih perit apabila kita melihat mereka yang selama ini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan yang bekerja bergaji hari tidak dapat bekerja. Begitu juga peniaga, kedai tidak boleh buka.

Tetapi pada masa yang sama, ia menyerlahkan kekuatan masyarakat kita. Ramai yang cepat mengadaptasi perubahan, ‘pivot’ dengan pantas terutamanya SME mikro. Sebagaui contoh disebabkan PKP mereka pantas dalam mengubah rentak perniagaan secara online.

Sebagai media yang sentiasa di hadapan dalam menyampaikan maklumat dan berita tergempar, apakah cabaran terbesar anda hadapi?

Cabaran terbesar kami sebagai ‘tukang cerita’ ini sama dengan orang lain. Pertama, lebih berwaspada dalam aspek kesihatan . Wartawan secara keseluruhannya berada di lapangan bersama-sama barisan hadapan atau frontliners yang lain. Negara sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan di mata kasar.

Kedua, ia menyerlahkan keperluan untuk memanfaatkan teknologi dalam penyampaian berita serta operasi di sebaliknya. We are THE multi-platform breaking news channel. Keanjalan setiap petugas media juga sangat membanggakan. Mereka cepat untuk ‘menghadam’ cara yang sesuai untuk menyampaikan maklumat terus kepada masyarakat.

Pada pendapat anda, sejauh manakah peranan media sepanjang PKP dan penularan COVID-19 terutamanya di waktu puncak jumlah kes yang tinggi beberapa bulan lalu?

Falsafah asasnya adalah mudah; when we are at war, we stay united and stay focus. Musuh kita satu – Virus Covid-19. Ini keutamaan kita dalam membuat keputusan editorial. Kita hidangkan segala maklumat segenap aspek daripada penerangan.

Serta menyampaikan penjelasan saintifik mengenai cara memutuskan rantaian virus sehinggalah cara-cara menampan impak Covid-19 di dalam kehidupan seharian termasuk sektor perniagaan. Koordinasi maklumat dan komunikasi adalah nadi dalam menguruskan krisis. Ini bukan sahaja cerita Malaysia, ini cerita musuh tidak kenal sempadan.

Panik merupakan antara musuh yang kita semua takuti sepanjang penularan COVID-19. Namun rakyat Malaysia boleh dikatakan cukup berdisiplin dan tenang. Pada pendapat anda apakah yang menyumbang perkara ini?

Kerana majoriti rakyat Malaysia sentiasa rasional. Masyarakat kita faham tentang kepentingan mengenepikan perbezaan sesama kita dan mencari titik penyatuan untuk melindungi nyawa sesama insan.

Sejauh manakah pandemik ini mengubah perpektif anda yang bertugas sebagai pengamal media?

Pandemik ini menyerlahkan keperluan kita untuk segera berubah. Aspek kesihatan dan ekonomi digital. Kalau sebelum ini kita sekadar berlari-lari anak untuk dalam sektor teknologi. Kita perlu ‘quantum leap’ dan ‘game changer’ sekali gus di hadapan selaku peneraju aspek teknologi serantau.

#KitaJagaKita apakah antara momen yang anda ingat yang cukup memperkasakan rakyat kita dengan tanda pagar ini?

Orang kita sayangkan negara. Semua jadi frontliners.

Saksikan dokufilem ‘Malaysia vs Covid-19’ #kitajagakita pada 12 Sptember 2020 di Astro Ria, AEC, Vinmeen, Hello dan Astro Awani.

Foto: Ashwad Ismail

Published by
Farizul Izwany Ibrahim