
Model kapcai Honda RS150R dilancarkan pada Jun 2016. Setelah setahun berada di pasaran, Boon Siew Honda (BSH) tidak menunggu lama untuk melakukan kitaran produk pada motosikal popular mereka itu.
Model RS150R 2017 kini diperkenalkan dengan tiga warna baharu iaitu Pearl Metalloid White (putih), Candy Scintillate Red (merah) dan Pearl Nightfall Blue (biru). Tidak ketinggalan warna sedia ada iaitu edisi Repsol.
Selain tawaran warna baharu, pihak BSH turut mengemas kini penampilan RS150R. Pada bahagian badan kapcai tersebut kini dipadankan dengan grafik jalur baharu.
Bahagian mekanikal masih kekal sama menggunakan enjin 150cc DOHC sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 15.4hp dan tork 13.5Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear enam kelajuan.
Honda RS150R sudah pun berada di pusat jualan bermula hari ini. Harga yang disarankan oleh BSH ialah RM 8,478.94 bagi varian berwarna merah dan biru manakala RM 8,796.94 (putih dan edisi Repsol). Jika dibandingkan, anggaran harga jualan RS150R meningkat berbanding harga saranan pertama kali ia dilancarkan.
Model tersebut didatangkan dengan waranti dua tahun atau jaminan kilang 20,000 kilometer (yang mana tiba terdahulu).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buat Anda Ingin Balik Kampung & Rentas Negeri, Memandulah Dengan Baik Awasi Sindrom Microsleep!

Berita tentang kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah disambut dengan penunh kegembiraan oleh rakyat Malaysia.
Selepas sekian lama sempadan negeri ditutup kini kita berpeluang untuk meneruskan aktiviti seperti menziarahi ibu bapa di kampung atau bercuti di negeri-negeri lain.
Buat ramai di antara kita mungkin sudah terlalu lama tidak memandu jarak jauh. Jadi tidak mustahil ramai nanti yang agak kekok walaupun keterujaan itu jelas terpancar pada wajah.
Salah satu perkara yang kita tidak ingini berlaku ialah terlibat dengan kemalangan. Tahukah anda banyak kemalangan melibatkan kenderaan berpunca daripada masalah tertiddur atau terlelap? Sindrom ini juga dikenali sebagai microsleep.
MAKSUD MICROSLEEP
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan sindrom microsleep?
Microsleep merupakan kondisi yang sangat berbahaya dan telah meragut banyak nyawa di jalan raya. Malah ia kini dikenali pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.

Jadi apakah penyebab utama microsleep?
Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk anda maka rasa lebih tinggi berdepan risiko sindrom microsleep.
Dan microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada mereka yang rasa tubuh badan sihat.
Jadi bagaimanakah anda sebagai pemandu boleh mengelak daripada berdepan risiko bahaya microsleep?
MASKULIN ingin kongsi beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi mengelak jadi mangsa kemalanagan akibat microsleep.
Pilih waktu sesuai
Pertama sekali, elak elak memandu ketika anda rasa diri kurang aktif atau peka. Sebaiknya mulakanlah perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.
Tidur yang cukup
Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.

Ada peneman
Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.
Sentiasa fokus
Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.
Berinteraksi
Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.
Sentiasa bergerak
Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.
Tempoh berhenti
Bagi perjalanan yang lebih efisyen berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.
Guna Aplikasi
Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.
Buat anda yang merancang membawa keluarga untuk pulang ke kampung atau bercuti, memandulah dengan berhemah. Semoga kita terus dilindungi dari sebarang muisabah. Dan pastikan sentiasa untuk patuhi SOP ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Terkejut, Ini Beberapa Jenis Kuman & Bakteria Mungkin Ada Dalam Kereta Anda!

Pernah tak anda terfikir dalam tempoh sehari berapa lama anda luangkan atau habiskan masa di dalam kereta. Termasuk waktu terperangkap dalam kesesakan jalan raya. MASKULIN syak memang agak lama juga bukan?
Kita juga banyak menggunakan kereta untuk ke pelbagai destinasi lalu menjadikannya sebagai lokasi yang banyak kita luangkan masa. Tapi sejauh mana anda jaga kebersihan tempat duduk kereta atau carseat? Apatah lagi dengan sekarang musim hujan lebat dan juga banjir.
Tahukah anda bahawa kajian pernah dilakukan dan mendapati ia lebih kotor daripada tandas? Malah banyak kotoran dan kuman yang didapati di atas carseat tidak jauh bezanya dengan apa yang ada di dalam tandas.

Ini kemungkinan besar berlaku apabila kondisi di dalam kereta tidak dibersihkan dengan baik terutamanya di bahagian tempat duduk. Apabila tidak dijaga dengan baik pelbagai jenis kuman boleh muncul dan hidup dengan bebdas di dalam kereta.
Kalau tahu beberapa jenis kuman di bawah boleh wujud dalam kereta pasti anda nak pergi basuh kereta sekarang.
SALMONELLA
Ramai orang suka makan dalam kereta. Mungkin disebabkan ingin cepat atau jimat masa terutamanya apabila dalam perjalanan ke tempat kerja. Tapi tanpa sedar makanan lebihan yang terjatuh je dalam kereta boleh menjadi penyebab bakteria seperti salmodella untuk membiak.
Kanak-kanak serta warga emas yang mempunyai tahap sistem imunisasi rendah berdepan risiko tinggi bila terdedah kepadanya. Biasanya ia boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk.
BACILLUS CEREUS
Ada sesetengah orang suka mengangkat kaki di atas belakang atau di atas tempat duduk. Kemungkinan sebelum itu anda berkaki ayam di luar dan membawa masuk kotoran tanah lalu terjatuh ke bahagian letak minuman.
Malang menimpa apabila kotoran itu mengandungi bakteria bacillus cereus yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain itu binatang peliharaan juga ada potensi membawa masuk bakteria ini ke dalam kenderaan.
E.COLI
Bayangkan tisu yang anda pernah gunakan untuk lap hidung ketika memandu dan ditinggalkan di dalam kereta. Ini membuatkan ada kemungkinan bakteria E.coli diindahkan ke atas tempat duduk.
Dan seperti mana yang kitatahu bakteria ini boleh menyebabkan cirit-birit dan juga kegagalan buah pinggang berfungsi dalam kes yang lebih serius.
KULAT & FUNGI
Lebihan makanan yang terjatuh di dalam kenderaan juga boleh menjadi punca pembiakan kulat dan fungi. Ini terutamanya makanan atau minuman yang basah dibiarkan terlalu lama di dalam kenderaan. Walaupun ia tidaklah membawa risiko terlalu tinggi namun ia boleh beri kesan buruk kepada individu mempunyau alahan dan lelah.
Jadi bersihkanlah kenderaan anda terutamanya di bahagian dalam dengan kerap.
Jangan lupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk kandungan video yang menarik tentang gaya hidup trendy lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
#TMS2017: KAWASAKI NINJA 250 2018 LEBIH BERKUASA DARIPADA HONDA CBR 250RR

Pendedahan model Kawasaki Ninja 250 2018 di Tokyo Motor Show (TMS) 2017 membawa satu evolusi perubahan dengan imej lebih agresif dan gaya tunggangan yang sporty.
Akhirnya kemunculan model tersebut di reruai Kawasaki menjawab penantian pencinta motosikal segmen berkenaan.
Masih tiada lagi informasi terperinci didedahkan, Ninja 250 tersebut difahamkan lebih besar berbanding model sedia ada, bahkan beratnya juga lebih ringan iaitu 167kg.
Menerusi penglihatan mata kasar, model tersebut menampilkan lampu depan baharu dengan ciri LED bersama penambahan lips spoiler pada bahagian bawah lampu utama.
Tarikan garis tegas mendominasi setiap bahagian badan Ninja 250 bersama lekuk fairing baharu. Seolah diinspirasikan menerusi Ninja H2. Bahkan fender depan juga kini didatangkan dengan lubang di kiri dan kanan.
Pereka Kawasaki juga mengambil langkah bijak menerusi keseimbangan warna. Sebagai contoh paduan warna krom pada varian berwarna hijau dan merah pada varian berwarna hitam.
Sementara, bahagian belakang tampil lebih muda menerusi pelindung ekzos yang meningkatkan imej Ninja 250 bersama lampu berhenti LED.
Sayangnya suspensi depan masih mempertaruhkan teleskopik dan tidak memilih suspensi USD.
Menerusi informasi ringkas dimensi Kawasaki Ninja 250 2018 memiliki panjang 1990 mm, lebar 710 mm dan tinggi 1120 mm serta tangki bersaiz 14 liter.
Soal mekanikal, Ninja 250 2018 menggunakan enjin bersesaran 249 cc twin inline yang mampu menghasilkan tenaga 38.4 hp pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 10,000 rpm. Enjin itu lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.
Foto Kredit: Zigwheels
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI