Bermula minggu ini, kerajaan telah mula menkreditkan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 yang layak.
BPN merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang rata-rata terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Bantuan dalam bentuk tunai tersebut mampu membantu ramai rakyat menampung perbelanjaan dalam mengharungi waktu yang cukup mencabar.
Menerusi Pakek Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada golongan yang tercicir untuk mendapat bantuan daripada kerajaan.
Tapi apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini cukup menarik sekali. Jejaka bernama Rinizan Razali telah berkongsi menerusi satu hantaran di Facebook kendaliannya tentang proses bagaimana dia memulangkan semula wang BPN yang ‘tersilap masuk’.
Jelasnya, wang BPN yang dikreditkan ke dalam akaunnya dipulangkan semula kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana terdapat kesilapan pada data yang sedang dikemas kini olehnya.
“Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak.”
Tambahnya lagi dia harus memulangkan wang itu kerana ada yang lebih berhak. Bukan tidak boleh diamkan diri tetapi tambahnya lagi Allah itu Maha Mengetahui.
Beliau turut berkongsi cara-cara untuk memulangkan semula wang bantuan BPN kepada LHDN.
“Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak,pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:-
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.”
Menerusi satu lagi posting, Rinizan turut berkongsi foto surat rasmi yang ditulis olehnya berserta cek di atas nama Akauntan Negara Malaysia.
Beliau juga menyeru orang ramai tidak menyalahkan LHDN kerana berlaku rapat pada sistem itu perkara biasa.
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi…Allah Maha Mengetahui
2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak,pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.
Ternyata tindakan yang diambil olehnya mendapat pujian ramai dari warganet. Ada juga berkata bahawa ini merupakan satu tindakan yang sangat patriotik dan cintakan negara.
MASKULIN juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabar buat saudara Rinizan Razali. Semoga lebih ramai yang mencontohi apa yang dilakukan oleh beliau.
Stay home & stay safe!
Kredit & sumber: Rinizan Razali