Berita

Warga Emas Tak Sangka Ada Wang Wang Tidak Dituntut Berjumlah RM18,000, Macam Durian Runtuh!

Share

Seorang warga emas dari Miri, Sarawak, tidak menyangka bahawa beliau memiliki Wang Tidak Dituntut (WTD) sebanyak RM18,000.

Perkara tersrbut diketuainya selepas mengunjungi reruai Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di Pameran Malaysia Madani (PMR) yang sedang berlangsung di Boulevard Mall, Miri.

Penemuan ini benar-benar mengejutkannya yang pada asalnya hanya singgah di reruai MOF untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

PMR Miri yang berlangsung sepanjang minggu ini menyediakan pelbagai perkhidmatan awam, termasuk peluang kepada orang ramai untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut.

Reruai MOF yang menjadi tumpuan pengunjung menawarkan khidmat terus untuk memeriksa WTD yang mungkin dimiliki tanpa pengetahuan mereka.

DIKREDITKAN TERUS

Warga emas berkenaan berjaya mengenal pasti sejumlah wang yang tidak dituntut, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaunnya dalam masa 30 hari selepas Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Cawangan Miri) melengkapkan proses dokumentasi.

Semakan Wang Tidak Dituntut merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat mencari wang mereka yang mungkin tersimpan di akaun lama, cek yang tidak ditunaikan, atau sumber lain yang tidak pernah dituntut.

Foto hiasan

Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka memiliki sejumlah wang yang boleh dituntut, dan inisiatif ini memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menyemak status kewangan mereka.

Jika anda rasa anda ada wang tidak dituntut, bolehlah melakukan semakan secara atas talian melalui laman web eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my.

Laman sesawang ini menyediakan platform mudah dan selamat untuk rakyat Malaysia menyemak WTD mereka tanpa perlu hadir ke mana-mana kaunter fizikal.

Di reruai MOF semalam, warga emas turut berpeluang bergambar bersama-sama pegawai-pegawai yang membantu beliau.

Antara mereka yang hadir ialah Timbalan Pengarah Operasi Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Azli bin Ali, Pegawai Kewangan Persekutuan Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Leonard Wilfred Yussin, Pengarah Akauntan Negara Sarawak, En Zainuddin bin Manaf, dan Pengarah Cawangan Akauntan Negara Miri, Mohd Nazri Hassan.

BACA: 8 Tanda Anda Silap Pilih Pekerjaan Yang Sering Orang Ramai Lakukan

Inisiatif seperti PMR ini membuktikan bahawa kerajaan komited dalam membantu rakyat menyelesaikan urusan kewangan mereka dengan lebih mudah dan efisien.

Dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai WTD, lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh mendapat manfaat daripada inisiatif ini, memastikan wang mereka dikembalikan ke tangan yang berhak.

Orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang ini, terutama mereka yang tinggal di kawasan sekitar Miri dan Sarawak. Jangan lepaskan peluang untuk menyemak Wang Tidak Dituntut anda hari ini!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: X Kendalian MOF

Published by
Farizul Izwany Ibrahim