Gaya Hidup

Wanita Mudah Jatuh Hati Dengan Lelaki Yang Miliki 5 Sifat Ini, Salah Satunya Kelakar

Share

Lelaki Macho tidak semestinya diukur pada rupa paras yang tampan sahaja malah ia sering dikaitkan dengan keperibadian tertib yang dimiliki seseorang lelaki itu.

Kerana bagi wanita, andai kata lelaki itu cuma memiliki wajah tampan tetapi tidak pandai menjaga hati pun, memang tiada gunanya.

BACA: Ini Adalah 6 Tip Lelaki Kurang Kacak Untuk Tampil Lebih Bergaya & Stailo, Tak Pakai Banyak Duit!

Jadi para lelaki yang masih single di luar sana usah risau, anda akan tetap dipandang macho andai memiliki 5 sifat keperibadian dambaan wanita seperti yang MASKULIN

senaraikan ini :

1. Pandai

Lelaki yang pandai sudah pasti tahu bagaimana hendak memulakan perbualan, membuat keputusan dan membuat kerja pun tanpa perlu disuruh. Apa yang paling penting, lelaki tersebut boleh mencari penyelesaian pada waktu kecemasan. Lelaki yang pandai juga senang nak uruskan pelbagai hal lagi-lagi soal wanita urban yang rata-rata berpesonaliti.

2. Kelakar

Boleh dikatakan 80% perempuan di dunia memilih lelaki yang kelakar berbanding lelaki tampan. Sebabnya, lelaki kelakar boleh membuat wanita rasa bahagia. Tambahan pula, lelaki kelakar boleh menceriakan keadaan jika tepat pada masanya.

3. Family guy

Jika anda nak layan keluarga sendiri pun susah, macam mana nak cairkan hati si dia yang begitu jelita dan mahukan kemanjaan selepas berkeluarga itu? Lagi pun, bukankah lelaki yang jenis ‘family guy’ ini nampak lebih penyayang?

4. Pandai masak, main muzik, menyanyi & menari

Kebiasaannya, perempuan memang suka apabila bertemu dengan lelaki yang ada talent tertentu. Tapi sesetengah perempuan lebih suka lelaki pandai masak, atau memang pandai main muzik. Jika ada hobi seperti ni, maksudnya anda ada daya penarik.

BACA: Lelaki Berjambang Mudah Tarik Perhatian Wanita, Ini 5 Cara Mudah Untuk Lebatkan Jambang

5. Pemurah

Perempuan suka lelaki pemurah tapi pandai kawal kewangan. Lelaki yang ada sifat-sifat penderma, ikhlas, bertanggungjawab, perihatin. Perempuan suka jika lelaki pandai merancang hal kewangan, barulah nampak serius dalam kehidupan.

Jadi, anda yang mana satu? Kongsikan bersama Maskulin!

Published by
arif.karim