Gaya Hidup

Wanita Kongsi Petua Sakit Gout Guna 3 Bahan, Suami Sembuh Lepas Sebulan Amalkan!

Share

Sakit gout yang sinonim dengan orang lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun, lazimnya selalu menyerang ibu jari kaki. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Sakit gout ini sebenarnya boleh sembuh jika anda benar-benar pantang dalam pemakanan serta mengambil langkah-langkah penjagaan untuk mengatasinya.

Seorang pengguna Facebook, Salwa Zain berkongsi di page Masak Apa Hari Ni (MAHN) petua sakit gout menggunakan bahan yang mudah. Suaminya yang menderita sakit gout selama 15 tahun sembuh selepas sebulan mengamalkan petua sakit gout ini.

Nak tahu cara membuatnya. Jom baca perkongsiannya.

Hari ni saya nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. ??????

Macam2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 terpaksa la makan ubat farmasi. Allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!

Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan Insha Allah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha…

Bahan-bahan:

  • 1 biji timun
  • 2 batang saderi @ celery
  • 3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas. Saya dapat dua gelas jus.

Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido (malam).

Tips kalau malas macam saya sebab nak kena basuh bekas2 jus, jadi buat jus untuk dua hari siap2. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.

Insha Allah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan ni. Makan udang dekat 1kg. Suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi, perut kosong dan malam sebelum tido kot. Jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe…

Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan. Setiap penyakit ada penawarnya. Kita cuma berusaha bagi yang tiada gout, jaga makan, jangan terlalu obses dengan makanan laut macam suami saya. Hehe makan berpada2 ya. ✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️

Published by
Roselinda