
Malunya bila orang tengok mata anda berlingkar dengan dark circle. Nampak sangat anda selalu tidur lambat ataupun terlebih tidur. Takkan nak pakai mask untuk tutup mata dark circle tu kan?
Selalunya bila jadinya dark circle ini, orang akan gunakan hirisan timun dan macam-macam lagi petua. Kalau antara petua-petua ini tidak berjaya menghilangkan dark circle anda, apa kata cuba pula petua yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai ini.
Mana tahu petua buat serum menggunakan aloe vera ini berkesan dan berjaya menghilangkan dark circle anda. Cara nak membuatnya juga mudah. Jom buat!
BACA: Tip Rawat Mata Ketumbit Guna Sudu Besi, Doktor Ini Kongsi Caranya!
HILANGKAN DARK CIRCLE GUNA ALOE VERA
Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.
Memacam petua Aisyah dah try tuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun. Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat naa, still tak kurang sampai la Aisyah jumpe satu petua ni.
Jeng jeng jeng. Ingat tak semalam Aisyah cakap aloe vera ni boleh buat macam-macam. Yess, sila lah percaya. Aloe vera ni sebenarnya bahan utama untuk banyak petua kulit.
Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best. Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat.?
Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni.
BACA: Bagaikan ‘Nyawa Kedua’, Optometris Ini Kongsi Tip Jaga Cermin Mata Elak Rosak & Calar!
BAHAN NAK BUAT SERUM:
– 2 sudu besar gel aloe vera
– 2 kapsul minyak vitamin E
Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.
CARA NAK PAKAI:
Cara pakai serum ni senang jek. Korang amik calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek. Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bahan-Bahan Semula Jadi Ini Bantu Rambut Jadi Lebih Lebat & Bersinar

Ada setengah orang cakap rambut merupakan mahkota bagi seorang perempuan. Ya, mungkin ada benarnya. Tapi sebenarnya rambut itu juga sebenarnya sebahagian daripada penampilan yang sangat penting buat seorang lelaki.
Malah mengikut kajian penampilan seseorang lelaki itu biasanya akan dilihat terlebih dahulu pada bahagian matanya, kemudian senyuman dan seterusnya rambut.
Bertindak sebagai pelengkap kepala, rambut merupakan antara bahagian yang akan menjadi profil seorang lelaki sampai bila-bila. Malah tak keterlaluan dikatakan rambut membawa identiti seorang lelaki walau ke mana sahaja dia pergi.
Tapi ‘kemerosotan’ jumlah rambut di kepala seiring dnegan peningkatan usia. Ada orang akan alami rambut gugur dengan banyak pada usia 30-an namun ada juga yang mampu menjaga rambut lebat sampai ke usia tua.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 jenis bahan semulajadi yang mampu melebatkan rambut dengan baik. Belum cuba belum cuba belum tahu bukan? Lagipun kesmeua bahan ini adalah bahan semulajadi yang tidak membahayakan pun.
Daun lidah buaya
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Begitulah juga dengan daun lidah buaya yang banyak khasiatnya. Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang dalam daun tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit kepala dan rambut.
Biarkan selama setengah jam kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali atau dua kali seminggu untuk dapatkan rambut sihat dan lebat. Ambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Minyak kelapa
Pokok yang mempunyai 1001 kegunaan daripada akar hinggalah hujung daunnya. Begitu juga dengan minyak kelapa yang ada banyak khasiat. Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari.
Lakukan urutan dengan bentuk bulat dan jangan tekan terlalu kuat. Kemudian balut rambut dengan tuala yang dituam dengan air suam. Biarkan selama setengah jam dan cuci rambut dengan syampu. Ulang langkah tersebut sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.
BACA: Kesan Sampingan Jika Anda Sering Mewarnakan Rambut
Daun inai
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Pastikan ia dikisar hingga menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam.
Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.
Telur
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.
Avokado & pisang
Kedua-dua jenis buah ini kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya potassium. Dan kmbinasu ini juga sesuai bagi melebatkan rambut anda. Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata.
Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.
Daun pandan & santan
Kombinasi daun pandan dan santan juga mampu melebatkan rambut. Tumbuk hingga lumat daun pandan dan campurkan ia dengan sedikit air. Ambil perahan tersebut dan campurkan dengan santan. Kemduian kacau sehingga rata.
Biarkan ia selama setengah hari dan anda boleh sapukan campuran tadi pada rambut anda. Dalam masa 45 minit atau lebih anda sudah boleh bilas dengan air. Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk dapatkan hasilnya.
Kulit buah oren
Okay, selalunya ramai yang gemar makan buah oren dan buang kulitnya ke dalam tong sampah kan? Lepas ni kalau nak makan, sila ingat untuk simpankan kulit tersebut ya. Ambilkan kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat.
Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Punca Kulit Kepala Selalu Gatal-Gatal, Salah Satunya Sebab Kurang Tidur

Jerawat di kulit kepala akan berlaku apabila liang rambut tersumbat dengan kotoran dan minyak.
Dan ini menyebabkan folikel kulit kepala membesar dan berkemungkinan dijangkiti bakteria jika ianya tidak dibersihkan.
Berikut adalah 8 sebab bagaimana jerawat di kulit kepala boleh terjadi dan cara mengatasinya.
Malas Cuci Rambut
Sikap malas anda untuk mencuci rambut bukan sahaja akan menyebabkan rambut anda kusam dan berbau malahan anda juga akan mengalami masalah jerawat di kulit kepala serta gatal .
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mencuci rambut anda dengan syampu dan seeloknya dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Ianya bukan sahaja berkesan untuk mencegah dan menghapuskan kelemumur tetapi juga menghalang kehadiran jerawat di kulit kepala anda.
Kurang Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca kepada munculnya jerawat pada kulit kepala. Rutin ini boleh membuatkan tubuh badan anda terganggu untuk membiak semula sel sel kulit yang mati dan menjadikan proses metabolisme tubuh berjalan dengan tidak sempurna.
Itulah sebabnya mengapa tidur yang cukup dapat menjadikan tubuh badan anda sihat.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam.
Syampu Tak Dibilas Dengan Bersih
Apabila anda mencuci rambut dengan tujuan untuk membersihkannya, berkemungkinan anda tidak membilasnya dengan bersih. Disebabkan itu ianya mampu mengakibatkan masalah jerawat di kulit kepala kerana liang rambut anda akan tersumbat.
Oleh itu, seeloknya anda menggandakan aktiviti membilas rambut selepas menggunakan syampu bagi mengelakkan perkara ini terjadi.
Kurang Jaga Kebersihan
Antara sebab utama hadirnya jerawat di kulit adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika anda sering meletakkan pakaian kotor di atas katil. Semua kotoran dan kuman akan bergerak ke baju, ke bantal dan kemudian ke wajah anda.
Bayangkan, wajah dan kulit kepala anda terdedah kepada sarung bantal yang kotor selama berjam-jam semasa tidur. Dan berapa banyak bakteria yang telah bergerak ke kulit anda? Anda boleh menanganinya dengan mengelakkan meletak pakaian kotor anda di atas katil dan hendaklah menukar cadar dan sarung bantal anda sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
Stres
Stres atau tekanan adalah sesuatu yang sering dialami oleh kebanyakan individu terutamanya jika harus menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang singkat. Tekanan yang tidak terkawal untuk masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti jerawat pada kulit kepala.
Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk menguruskan tekanan dengan baik dan betul agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap penampilan anda.
Cuaca Panas
Kulit kepala yang terdedah kepada cuaca panas dan berhabuk turut menyumbang kepada kehadiran jerawat . Ini kerana cuaca panas diiringi dengan minyak dan habuk di liang pori dan menjadi punca bakteria merebak dan menyebabkan jerawat.
Oleh itu, digalakkan memakai topi untuk melindungi kulit kepala daripada habuk dan cuaca panas, akan tetapi topi haruslah dibuka sekiranya tidak berada di kawasan yang terdedah kepada panas kerana pemakaian topi yang lama memberi kesan yang tidak baik kepada kulit kepala anda.
Tak Jaga Makan
Diet makanan perlu dititikberatkan . Kurangkan pengambilan makanan gatal seperti udang, ketam dan kerang kerana ianya mampu merangsang kulit kepala untuk menjadi gatal dan berjerawat.
Hindari atau kurangkan juga makanan manis , berminyak dan berlemak yang berlebihan. Ianya bukan sahaja mampu menghindari perkara tersebut tetapi juga mampu menyihatkan tubuh badan anda.
Pakai Topi Terlalu Lama
Ya, pemakaian topi tidak dinafikan elok untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan habuk , akan tetapi jika anda terlampau kerap memakai topi setiap masa walaupun cuaca tidak panas ia dapat menjadi penyebab munculnya jerawat di kulit kepala.
Kulit kepala yang tertutup terlalu lama boleh menyebabkan peluh dan membuatkan pori pori kulit kepala tersumbat dan menghasilkan jerawat yang terhasil daripada campuran bakteria dan kotoran.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Pilih Syampu Tepat Untuk Kulit Kepala Sensitif dan Berkuping, Elak Jadi Lebih Teruk!

Masalah kulit kepala berkuping dan kelemumur yang teruk bukan sahaja menjengkelkan, malah ia juga boleh menjejaskan keyakinan diri.
Bagi mereka yang berkulit kepala sensitif, memilih syampu yang sesuai adalah langkah pertama dan paling penting untuk mengurangkan gejala yang menyusahkan ini.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara memilih syampu terbaik untuk kulit kepala sensitif dan berkuping, serta beberapa tip tambahan untuk memastikan masalah ini tidak berulang.
Kenali Jenis Kelemumur dan Penyebabnya
Sebelum memilih syampu, penting untuk memahami punca utama kelemumur dan kuping pada kulit kepala. Masalah ini sering berpunca daripada beberapa faktor:
- Kulat Malassezia – Kulat ini biasanya terdapat pada kulit kepala, tetapi apabila ia tumbuh secara berlebihan, ia boleh menyebabkan iritasi dan kelemumur.
- Kulit Kepala Kering – Keadaan kulit kepala yang terlalu kering boleh menyebabkan pengelupasan dan kelemumur.
- Dermatitis Seborrheic – Satu keadaan kulit kepala yang berlebihan minyak dan menyebabkan kulit menjadi merah, berkuping, dan sering mengelupas.
Memahami punca ini boleh membantu anda memilih syampu yang sesuai untuk mengurangkan masalah ini.
Bahan Aktif dalam Syampu Anti-Kelemumur
Terdapat beberapa bahan aktif dalam syampu yang terbukti berkesan untuk merawat kelemumur dan masalah kulit kepala berkuping. Berikut adalah antara bahan yang perlu dicari ketika membeli syampu anti-kelemumur:
- Zinc Pyrithione – Bahan ini membantu mengawal pertumbuhan kulat dan bakteria pada kulit kepala, yang merupakan antara punca utama kelemumur.
- Ketoconazole – Ketoconazole adalah agen anti-kulat yang kuat dan sering digunakan dalam syampu anti-kelemumur untuk merawat kelemumur yang teruk.
- Selenium Sulfida – Bahan ini mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan dan mengawal pertumbuhan kulat pada kulit kepala.
- Asid Salisilik – Bahan ini membantu pengelupasan sel-sel kulit mati, menjadikannya sesuai untuk mengurangkan masalah kulit kepala berkuping.
Apabila memilih syampu, pastikan anda membaca label dan memilih syampu yang mengandungi salah satu atau kombinasi bahan ini.
Elakkan Bahan yang Boleh Merengsakan Kulit Kepala
Kulit kepala sensitif memerlukan penjagaan yang lebih lembut. Oleh itu, elakkan syampu yang mengandungi bahan-bahan berikut:
- Sulfat – Sulfat seperti sodium lauryl sulfate (SLS) boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan iritasi. Pilih syampu bebas sulfat untuk memastikan kulit kepala kekal lembut.
- Paraben – Paraben adalah bahan pengawet yang boleh menyebabkan alahan pada sesetengah individu. Cari syampu bebas paraben untuk pilihan yang lebih selamat.
- Pewangi Sintetik – Pewangi yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala sensitif. Pilih syampu tanpa pewangi atau dengan pewangi semula jadi jika perlu.
Memilih Syampu Berasaskan Bahan Semulajadi

Syampu yang menggunakan bahan semulajadi sering lebih lembut pada kulit kepala. Antara bahan semulajadi yang boleh membantu merawat kulit kepala sensitif dan kelemumur ialah:
- Minyak Tea Tree – Minyak ini mempunyai sifat anti-kulat dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan kelemumur secara semula jadi.
- Aloe Vera – Aloe vera boleh menenangkan kulit kepala yang meradang dan mengurangkan kekeringan.
- Ekstrak Kamomil – Kamomil mempunyai sifat anti-inflamasi yang boleh membantu meredakan kulit kepala sensitif.
Penggunaan Tepat
Cara anda menggunakan syampu juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kelemumur dan kulit kepala berkuping. Ikuti langkah berikut untuk hasil yang lebih berkesan:
- Basahkan Rambut Secukupnya – Pastikan rambut dan kulit kepala benar-benar basah sebelum anda menggunakan syampu.
- Urut Syampu ke Kulit Kepala – Gunakan hujung jari untuk mengurut syampu pada kulit kepala, bukan kuku. Urutan yang lembut membantu bahan aktif menembusi kulit kepala tanpa menyebabkan iritasi.
- Bilas dengan Air Suam – Air yang terlalu panas boleh mengeringkan kulit kepala. Gunakan air suam untuk membersihkan syampu dengan lembut.
BACA: Fakta Mengejutkan – Apa Sebenarnya Rambut Uban Dedahkan Tentang Kesihatan Lelaki
Tips Penjagaan Tambahan

Selain memilih syampu yang sesuai, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil untuk menjaga kulit kepala agar kekal sihat:
- Jaga Pemakanan – Nutrisi yang baik, terutama yang kaya dengan asid lemak omega-3, boleh membantu mengurangkan kelemumur. Makanan seperti ikan salmon, kacang, dan biji chia boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala.
- Kurangkan Penggunaan Produk Penggayaan Rambut – Produk seperti gel rambut dan semburan rambut boleh menyebabkan pengumpulan sisa yang menyumbat pori kulit kepala.
- Hindari Tekanan Berlebihan – Stres boleh memperburuk keadaan kulit kepala. Luangkan masa untuk berehat dan mengurangkan tekanan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI