Tidak dinafikan air nabeez atau air rendaman kurma elok diminum kerana memiliki banyak khasiat. Selain menurunkan berat dan menyingkirkan toksin, air nabeez juga elok diamalkan oleh lelaki.
Dengan kandungan fiber yang tinggi, air nabeez dapat membantu sistem penghadaman dan menguatkan daya ingatan. Malah air nabeez juga bagus untuk prostat, begitu juga untuk pesakit arthritis dan gout.
Menurut pakar nutrisi Dr Anju Sood menerusi laman web Food NDTV, air nabeez yang direndam merupakan cara terbaik yang perlu diamalkan berbanding menjamah buah kurma begitu sahaja.
Khasiat tentang air nabeez ini dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai menerusi entri Facebooknya. Bagi yang tak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian ini.
BACA: Doktor Ini Kongsi Cara Terbaik Makan Kurma, Barulah Khasiatnya Berkesan Untuk Badan!
Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam erti kata lain ~ sebagai detox! (Tak payah nak popularkan lemon. Guna kurma lagi bagus. Ikut sunnah)
Bagus untuk lelaki
Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sebab itu kaum lelaki amat digalakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit arthritis & pesakit gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit gout.
Cara nak buat
Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yang amat. Selepas Isya’, rendam kira-kira 100gm kurma/ 100gm kismis di dalam 1 liter air. Kurma Ajwa adalah yang terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma-kurma yang lain. Kalau kismis, Manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yang hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis untuk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil. Tutup gelas tersebut dan biar semalaman @ kira-kira 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jangan dicampur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja. Nabi larang campur kurma & kismis bersama.
BACA: Amalkan Minuman Kurus Guna 4 Bahan Ini Kalau Nak Perut Kenyang Tanpa Makan Malam!
Elak campur kurma & kismis
Menurut kajian, gabungan gas yang dikeluarkan oleh kurma & kismis boleh memudaratkan badan. Esok pagi, keluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu boleh dimakan begitu jek atau dikisar dengan air nabeez tadi dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi.
Cara nak minum
Minum sebaik-baiknya SELEPAS MAKAN, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging sebab air nabeez membantu untuk digest heavy food (mencerna makanan). Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Untuk lebih selamat, simpan dalam peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.
Abdullah r.a berkata; “Aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez,” Nabi menjawab; “Buatlah di malam hari dan minum ketika pagi”. Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745.
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; “Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yang telah masak bersama-sama, dan jangan mencampurkan anggur (kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah dilakukan secara berasingan.” Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi SAW akan diminum oleh Baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, Baginda akan minum dan memberi kepada sahabatnya. Baki air tersebut akan dibuang. Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI