Jika perut anda buncit, apa kata cuba air detoks kempiskan perut ini. Selain berkhasiat kerana menggunakan teh hijau dan halia, ia juga dapat membuang angin dalam badan anda.
Bila usus dalam badan anda bersih dari segala toksin dan lemak, barulah mudah untuk anda menurunkan berat. Bukan hanya perempuan, lelaki juga boleh amalkan air detoks kempiskan perut ini.
Miera Johan berkongsi di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) cara-cara nak buat air detoks menggunakan empat bahan mudah dari dapur sahaja.
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat & bertenaga. Ecehhh..
Ads
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2x perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa & kentut-kentut rasa lega sangat. Takda la nak berangin je x tentu pasal.
– Green tea cap boh 1 uncang
– Halba 1sb
– Halia suka hati nak buh banyak mana (lagi banyak lagi bagus)
– Air kosong 2 cawan
Note: Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/ kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu x boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku. Minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ye.
Detox ni laki pompuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawak keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya nih. Doakan saya pun mampu konsisten eh!
Yang nak try tu. Saya ucapkan selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Protein semula jadi terutamanya telur sangat penting diambil ketika bersarapan kerana ia boleh membangkitkan tenaga sebelum anda bekerja. Bagi yang ingin berbadan sado, anda patut mengamalkan pengambilan sarapan telur ini.
Kajian telah merangkumkan bahawa banyak manfaatyang boleh anda dapat daripada telur jika mengambilnya pada waktu pagi. Ini 10 sebab kenapa sarapan telur sangar penting. Jom baca.
1. Pelengkap Protein
Telur memainkan peranan yang unik dalam sintesis protein otot dan isyarat insulin. Protein dalam telur sangat tinggi manfaatnya untuk dimakan ketika sarapan agar perut kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
2. Mencegah Penyakit Jantung
Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 212 mg kolesterol. Sesuai dengan saranan penyelidik, dalam seminggu seseorang yang mengambil empat kuning telur setiap minggu berkemungkinan besar dapat mencegah risiko penyakit jantung.
3. Beri Sumber Nutrisi
Kuning telur mengandungi nutrisi yang lebih besar berbanding putih telur. Termasuk di dalamnya mengandungi sumber lemak tak tepu, protein, vitamin dan mineral
4. Menu Sarapan Yang Sihat
Dua biji telur separuh masak yang diambil setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
5. Membantu Pembentukan Otot
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja. Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
6. Membantu Penurunan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.
7. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.
8. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
9. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
10. Baik Untuk Mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada beberapa punca, kenapa anda cepat lapar walaupun anda sudah makan dengan banyak. Sebahagian daripada anda, berusaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan, namun ia menyebabkan anda semakin lapar. Saya bawakan di sini, antara punca yang berkaitan dengan cara pemakanan.
1) Kurang protein
Protein penting untuk tenaga. Jika anda tidak memasukkan sumber protein di dalam hidangan anda, anda akan cepat letih dan mula mengambil makanan semula.
2) Kurang Fiber (serat)
Fiber atau serat mampu merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes dan sakit jantung serta memastikan paras gula yang baik dalam darah. Serat menyerap lemak dan gula dalam usus yang mampu melambatkan proses penyerapan dan pencernaan. Ini mengelakkan anda cepat lapar. Masukkan hidangan buah-buahan dan makanan yang mengandungi serat yang baik untuk tubuh anda.
3) Kurang sayuran hijau
Ramai orang yang tidak suka makan sayuran hijau. Sayuran hijau sangat penting terutamanya yang mengandungi kuantiti air yang tinggi. Ia membantu anda merasa kenyang serta memberikan anda nutrien yang penting untuk badan.
4) Minuman Yang Manis atau Minuman Berkarbonat.
Gula menyebabkan anda cepat rasa lapar. Mereka yang minum air berkarbonat bukan sahaja akan cepat lapar bahkan akan mendapat banyak masalah kesihatan. Kandungan gula yang tinggi diketahui di dalam kebanyakan produk minuman, namun ramai yang masih memilih minuman yang manis berbanding air kosong. Gula tidak memberikan apa-apa nutrien, malah nutrien diperlukan untuk memetabolismakannya. Ia juga melenyapkan nutrien di dalam tubuh
5) Kurang Minum Air.
Adakah anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari? Jika kurang, itu menyebabkan anda rasa lapar. Anda sebenarnya tidak perlukan makanan untuk hilangkan rasa lapar tetapi anda memerlukan air. Apabila anda berasa lapar, cuba anda minum air kosong, mungkin rasa lapar anda akan cepat hilang. Salah satu cara untuk anda kurangkan pengambilan makanan adalah dengan meminum air kosong beberapa ketika sebelum anda mengambil makanan.
Indeks glisemik (IG) bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah.
Apabila anda makan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah yang pantas akan menyebabkan paras glukosa memuncak. Insulin akan dirembeskan sebagai tindak balas tubuh kerana paras gula yang memuncak, untuk menurunkan paras glukosa ini dengan segera. Tubuh manusia tidak sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak. Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama. Tubuh akan mula merasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.
Sumber : supplementlelaki4u
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dari sudut kesihatan dan kecantikan, kekurangan nutrien selalu dikaitkan sebagai sebab utama masalah kulit kering. Ini kerana pembentukan lapisan lipid di bawah kulit memerlukan nutrien asid lemak perlu. Begitupun, jangan mudah membuat kesimpulan sendiri.
Jika masalah kulit dihadapi tidak berkurangan selepas pengambilan diet seimbang, vitamin dan amalan gaya hidup yang sihat, ada baiknya jika merujuk terus kepada doktor. Boleh jadi masalah kulit yang dihadapi berisiko untuk menjejaskan kualiti hidup dalam jangka panjang.
Berikut beberapa jenis penyakit kulit yang sebahagiannya dianggap remeh kebanyakan orang terutama golongan lelaki.
Folikulitis
Folikutis disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul (jerawat yang mengandungi nanah) terbentuk. Masalah ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejalanya biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.
Untuk merawat masalah ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akan menjadi kronik dan berlanjutan.
Ekzema
Ekzema atau dermatitis atopik ialah penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi pada orang yang mewarisi kulit sensitif atau terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.
Oleh kerana kulit terasa gatal, pesakit biasanya cenderung menggaru sehingga kulit bercalar. Perlu diketahui bahawa ekzema tidak boleh diubati. Rawatan hanya boleh membantu melegakan rasa ketidakselesaan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.
Kudis buta
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, paha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.
Pesakit akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang menghidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh tungau.
Jerawat
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja membabitkan muka, malah turut menjejaskan bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersumbat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak. Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.
Sekalipun jerawat tidak membawa risiko maut, namun ia boleh mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Ia boleh dielakkan dengan meningkatkan kebersihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan jerawat, tetapi perlulah mengikut perskripsi dan arahan doktor.
Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C serta kurangkan pengambilan lemak.
Sopak
Dalam bahasa perubatannya disebut sebagai vitiligo. Ia sejenis penyakit kulit yang membuatkan kulit penghidapnya bertompok putih dan tidak mempunyai pigmen. Sopak dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi. Melanosit iaitu sel yang menghasilkan pigmen akan dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok putih pada kulit, termasuklah pada bahagian tubuh yang memiliki rambut atau bulu. Begitupun, penyakit ini tidak mendatangkan rasa sakit atau gatal mahupun berjangkit.
Epidermolysis Bullosa (EB)
Dikenali dengan penyakit kulit rapuh, EB merangkumi kumpulan penyakit kulit yang diwarisi. Bagi seseorang yang mempunyai penyakit EB, lepuhan air mudah terbentuk pada kulit dengan hanya trauma kecil seperti geseran, gosokan, garu atau pita pelekat. Bagi kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus.
Secara amnya, kulit mempunyai dua lapisan, iaitu epidermis dan dermis yang dipanggil zon perantara. Kedua-dua lapisan terikat bersama oleh 15 jenis protein kulit seperti kolagen, keratin dan plektin. Bagaimanapun, EB boleh berlaku apabila salah satu protein kulit ini berkurangan atau tiada langsung. Kerosakan atau mutasi pada gen yang membentuk protein kulit boleh menyebabkan kekurangan ini.
Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar dikenalpasti turut memainkan peranan.
Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.