Wanita Ini Turun 40kg Dalam 8 Bulan Lepas Amalkan Menu Diet Suku-Suku Separuh!

2775

Orang kata nak turunkan berat badan kena amalkan pemakanan diet suku-suku separuh. Baru usaha nak turunkan berat badan berjaya. Ditambah dengan kesungguhan dan tekad, bukanlah satu yang mustahil untuk anda turunkan berat.

Buktinya boleh dilihat pada kesungguhan seorang pengguna Facebook bernama Siti Rohayatul Husni Moktar yang berjaya menurunkan berat 40kg selama 8 bulan ini. Rahsianya dengan mengamalkan diet suku-suku-separuh bersama 20 tip lain.

Nak tahu macam mana dia lakukan? Jom baca perkongsiannya. Moga impian anda tahun ini nak turunkan berat menjadi kenyataan. Selamat berjaya!

BACA: Biarpun Rasanya Tawar, Diet Putih Telur Boleh Kenyangkan Perut & Jadikan Badan Kurus!

FROM 90KG AND NOW 50KG…

Di sini adalah contoh menu2 untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku2 separuh. Kalau betul2 ikut menu dalam ni kurangkan garam, minyak dan gula, boleh lost sebulan 5kg.

Kak Chik mengambil masa selama 8 bulan untuk 40kg lost. Alhamdulillah sedikit perubahan hari nie. Berat untuk hari nie 50kg. Body fat 23%. Tinggi 160cm…

Kak Chik dah dapat BMI normal. Kak Chik dah berjaya lost sebanyak 40kg. Berkat usaha selama nie. Kak Chik happy.

Tq cik husband yg banyak bagi semangat. Tq geng dietku. Tq mak dan family serta sifu2. Tq kepada yg menghina saya selama nie. Kerana kutukan anda, saya bangkit ???????

Ok kak Chik ada sedikit tips untuk anda di luar sana.

(1) Cuba diet rendah kalori.

(2) Perhatikan pengambilan kalori.

BACA: Tak Perlu Makan Berat, Jus Diet Ini Boleh Buat Perut Kenyang & Badan ‘Maintain’ Fit!

(3) Minum air masak dengan secukupnya terutama sebelum makan. Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan Putih (~yang penting ambil air dari asas yang bersih tau. Barulah terhindar dari sebarang penyakit. Jom minum air Coway bersama Kak Chik ??????. Tahukan anda minum air putih nie banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Manfaat air putih juga bukan sekadar untuk tubuh badan tapi amat bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan & menyegarkan Kulit. Amalkan air putih yang banyak dari air manis ??????? ~)

(4) Lupakan diet dan makan secara seimbang (Apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet, anda akan tertekan).

(5) Banyakkan protein. Protein memainkan peranan utama dalam proses mengurangkan berat badan.

(6) Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi.

(7) Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup punca terjadinya obesiti.

(8) Buat sedikit senaman. Aerobik, cardio.

BACA: Makan Buah GI Rendah Ikut Waktu Yang Sesuai Masa Diet Kalau Nak Cepat Kurus!

(9) Katakan tidak pada gula. Pertama gula semula jadi sangat bagus yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan. Atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan dengan stevia atau palsweets. Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda.

(10) Banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi kita. Rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.

BACA: Nasi Tak Berdosa Sebabkan Anda Gemuk. Nak Kurus, Makan Nasi Ikut Cara Coach Ini!

(11) Teh hijau (Kak Chik guna Ahmad Tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.

(12) Minum air kopi (tanpa gula). Sebelum memulakan senaman, Kak Chik minum untuk lebih bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.

(13) Jangan berlapar. Bila anda berlapar anda akan makan lebih banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan. Metabolisma akan menurun.

(14) Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh (kecuali air gas yang zero kalori tu).

(15) Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.

(16) Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar Kalori.

BACA: Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Berat Guna Diet Sukusukuseparuh Walaupun Makan Nasi!

(17) Minum susu sebelum tidur. Kita ikut cara sunnah. Banyak manfaat. Melancarkan saluran pembuangan. Tidur lebih nyenyak dan lain2.

(18) Ikut sunnah Nabi kita berhenti sebelum kenyang.

(19) Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari.

BACA: ‘Cerai Talak 3 Dengan Gula’, Rahsia Turun 10kg Dalam 10 Minggu Cara Coach Asmadi!

(20) Last tips usaha dan tekad anda pasti berjaya. Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha. Sooo jom kta sama2 kurus dan sihat.

Sekian terima kasih coretan daripada Kak Chik. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang daripada saya sendiri.

Ya Allah…
Terima kasih atas semua nikmat yang telah diberikan untukku. Diberi kesihatan yang baik. Bantulah kami mengingatimu bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu. Pimpinlah kami ke jalan yang diredhai-Mu. Murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami. Ampunkanlah dosa2 kami, ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat kami. Dan peliharalah kami dari siksa neraka. Aamiin.

Yang penting diet tak perlu stress. Pelbagaikan menu supaya kita tak mudah bosan dan tak selalu cheat.

Tips saya yang paling utama adalah SABAR! Percayalah, dengan kesabaran anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri, hinggakan takkan percaya ‘Aku Dah Kurus’.

Diet tak makan nasi rugi weh ???????