Gaya Hidup

Wanita Ini Kongsi Resipi Tortilla Yang Ringkas & Sedap, Nak Buat Pun Mudah!

Share

Ramai yang suka membuat resipi tortilla ketika berdiet. Selain sedap dan ringkas, ia juga membuatkan perut menjadi kenyang kerana kandungan roti dan intinya yang padat.

Kini anda boleh buat sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nurul Ain Syed Mohd. Resipi tortilla buatnya sedap dan menggunakan beberapa langkah mudah sahaja.

Malah ia juga sesuai dinikmati oleh seisi keluarga mahupun untuk anda yang sedang berdiet. Jom ikuti perkongsiannya.

Ramai yang tertanya tanya resipi Tortilla untuk Kanda itu hari.

Sebenarnya saya selalu juga buat namun bahan bahannya saya ubah ikut apa yang ada di dapur saja. Jadi, tiada resipi tetap, hanya ‘campak’ saja. Apa yang penting ada wrap, ‘lauk’, sayur dan sos, cukuplah kan.

Oleh kerana ramai yang tanya, ini saya taip khas untuk kalian resipi ringkas tortilla yang inshaAllah sedap dan enak. Bahan dan cara ada pada setiap gambar ya.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

1. Isi ayam: Dipotong sesuka hati, dadu boleh, besar nipis pun boleh. Tukar dengan sotong dan udang pun sedap juga.

2. Sayur: Salad romain, karot dan tomato. Boleh tukar/tambah lettuce, bawang holland, kubis, timun dan lain lain ikut citarasa sendiri. Saya memang ikut apa yang ada dalam peti.

3. Telur.

4. Tepung ayam goreng Bestari. Macam macam cara dah saya cuba untuk salutan ayam namun setakat ni, tepung Bestari ini yang paling sedap (ikut citarasa sayalah). Tahu pun daripada seorang kakak yang juga peniaga tortilla pernah kongsikan di FB suatu ketika dulu. Lama dah.

5. Sos: Mayonis, Caesar dressing, dan 1000 Island. Boleh juga tambah sos cili dan sos lada hitam.

6. Wraps

Pilihan wraps yang boleh guna

Wholegrain untuk orang diet, Original untuk orang tak diet.

Konsepnya sama macam roti wholegrain dan roti putih.

* Ada juga wraps yang berperisa seperti Garlic, Onion & Chive dan lain lain. Terpulang nak yang mana, cita rasa masing masing kan.

Cara masak ayam:

1. Perap ayam bersama tepung dan air selama 30 minit.

2. Pecahkan telur dan masukkan ayam tadi.

3. Salutkan dengan tepung semula tanpa air.

4. Goreng dalam minyak hingga masak. Jika diet, mohon kurangkan minyak ya. Hehe.

Nota: Taknak guna telur pun takpa. Sedap juga. Boleh skip step 2.

Wraps:

1. Panaskan sekejap dalam pan tanpa minyak selama lebih kurang 5 saat setiap belah wrap. Jangan lama sangat nanti keras jadinya. Krupkrapkrup, mudah pecah apabila digigit.

2. Angkat dan letak semua sayur, ayam, sos.

3. Gulung. Wrap wholegrain tu saya letak ayam saiz besar. Wrap biasa, ayam kecil-kecil. InshaAllah dua dua sedap.

Refer gambar pertama untuk hasilnya ya. Yummy.

Sumber: Nurul Ain Syed Mohd

Published by
Roselinda