Wanita Ini Bawa Definisi Awet Muda Sebenar, Usia 53 Tapi Nampak Macam 23 Tahun!

Share

Semua orang akan laluinya tidak mengira bangsa dan status sosial. Setiap orang akan meningkat usia dan berdepan hari tua jika ditakdirkan umur panjang. Bagi kebanyakan orang terutamanya wanita, mencari formula untuk awet muda merupakan satu keajaiban yang dicari.

Lihat sahaja di pasaran pelbagai produk penjagaan kulit, wajah dan kecantikan dikeluarkan dengan promosi bertindak sebagai ejen awet muda.

Tappi tidak dinafikan juga bahawa sesetengah orang memang lahir secara semula jadi awet muda. Selain memiliki wajah yang nampak muda, tubuh badan fizikal juga nampak tidak langsung dimamah usia.

Itulah yang dipamerkan oleh wanita ini yang sudah berusia 53 tahun tapi berpenampilan tak ubah seperti anak gadis berusia 23 tahun. Dan lebih mengejutkan wanita dikenali denngan nama Puspa Dewi ini turut mempunyai cucu!

‘Nenek’ gorgeous yang berasal dari Indonesia ini kian tular di laman media sosial kerana penampilannya yang sangat awet muda.

PERNAH TULAR

Memetik laporan Tribunenews, Puspa Dewi yang turut mesra disapa dengan panggilan Mama Hadi ini pernah tular sekitar tahun 2017. Rupa parasanya yang cantik dan fizikal yang mulus bak anak gadis membuatkan ramai warganet terpesona dengan penampilannya.

Dahulu dia pernah tular kerana anak lelakinya memuat naik sekeping foto bersama ibunya sambil membawa kek ulang tahun. Menerusi foto itu mereka tidak langsung kelihatan seperti emak dan anak kerana nampak sebaya.

Bukan hanya wajah dan bentuk badannya, penampilan Puspa Dewi banyak dikagumi kerana citarasanya dalam berfesyen begitu up-to-date dan sesuai dengan trend semasa.

Jadi tidak hairalah dia kini mempunyai jumlah follower di Instagram mencecah hampir 530 ribu orang. Selain itu, wanita yang menjadi idola ramai ini juga telah menerima banyak tajaan dan menjadi duta pelbagai jenis produk.

RAHSIANYA

Ramai follower-nya tertanya-tanya, apakah rahsia awet mudanya. Baginya ia muda bukanlah rahsia yang bukan-bukan. Puspa Dewi merupakan seorang yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa bersenam sejak zaman remaja lagi.

Mungkin ramai wanita yang ingin tampil awet muda boleh menjadikan dia sebagai contoh.

Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!

Sumber: Instagram Puspa Dewi & Tribunenews

Published by
Farizul Izwany Ibrahim