Whitehead dan blackhead yang sering menempel pada bahagian dagu dan hidung pasti membuatkan anda rasa tak selesa. Tangan ni tak pernah duduk diam sebab rasa nak picit-picit sampai merah hidung dan dagu.
Pasti anda rasa membazir kerana asyik membeli produk di drugstore, tapi tak semua whitehead dan blackhead keluar. Nak berjimat, apa kata buat sendiri cara-cara buang whitehead dan blackhead seperti yang dikongsikan oleh Puan Noorlela menerusi laman Facebooknya.
Caranya lebih mudah, hanya menggunakan 3 bahan murah sahaja. Jom ikuti perkongsiannya!
??? Sis nak share cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan white + black head degil nauzubillah di muka… Yang penting bahan dia murah n senang cari…
#bolehshare
1. Tumbuk n lumat-lumatkan bedak ni bagi hancur macam loose powder tu. Guna cukup-cukup je. Bukan guna seketul besar tu.
2. Campurkan bedak sejuk yang hancur tadi dengan putih telur di dalam mangkuk, then kacau bagi sebati.
3. Dah sebati, rendam sekejap kapas yang dipotong tadi, then lekap kat muka camni ???. Bagi rata kat tempat-tempta yang banyak whitehead+blackhead tu. Jangan basah sangat kapas tu, nanti meleleh-leleh n lambat kering.
Disebabkan sis keje malam n perlu tidur pagi tadi ni. So sis buat la cara ni supaya benda ni melekap lama kat muka n tak rasa menunggu lama ??? Sis pakai tadi kol 9am n terjaga kol 2 lebih petang tadi, almost 5-6 jam. Sis tidur kat bawah kipas supaya cepat kering. Kalau dah kering sikit kat muka n kapas tu tak bergerak-gerak baru la boleh tidur dengan amannya.
Buat masa tidur malam pun bagus jugak. Tapi bagitau cik Abe awal-awal, takut dia bangun terkena heart attack nengok muka bini bertampal-tampal ??Puas hati sangat walaupun leceh sikit la… ???
Yang ni kat bawah dagu punya…
Memang bersih. Licin kulit hidung sis… ???