Di sebalik kejayaan dan statusnya sebagai bintang bola sepak paling terkenal dan berjaya dalam sejarah, terdapat pelbagai kisah duka serta mencabar pernah dihadapi oleh Cristiano Ronaldo.

Mungkin sekarang ramai orang melihatnya sebagai antara pemain bola sepak paling kaya di dunia. Namun segalanya cukup berbeza sepanjang dia membesar di Lisbon.

Pemain yang kini menyarung jersi pasukan juara Itali iaitu Juventus telah menyeru orang ramai untuk mencari seorang wanita yang juga pekerja McDonalds yang membantunya memberi makanan ketika dia kelaparan. Kejadian yang cukup memberi kesan kepadanya itu berlaku ketika dia masih kecil dan hidup dalam keluarga yang susah.

Wanita Bantu Ronaldo Semasa Dia Kelaparan Ketika Kecil Kini Tampil
Temubual yang paling emosional pernah dilakukan oleh Ronaldo di kaca TV.

BACA: Top 10 Pemain Bola Sepak Berpendapatan Paling Tinggi

Seruan Ronaldo itu dilakukan ketika dia ditemubual oleh Piers Morgan menerysi sebuah program ITV. Menurut Ronaldo, wanita yang berhati mulia itu hanya dikenalinya dengan nama Edna.

IKLAN

Mengimbau kenangan lama, Ronaldo berkongsi bagaimana dia dan beberapa kanak-kanak lain di kelab Sporting Lisbon sering mengetuk pintu kaca McDonalds bersebelahan stadium. Wanita bernama Edna itu bersama dua pekerja lain sering memberikannya makanan secara percuma.

Wanita Bantu Ronaldo Semasa Dia Kelaparan Ketika Kecil Kini Tampil
Ronaldo yangh kecil pada suatu ketika dahulu.

MULA TAMPIL KE HADAPAN

Ronaldo mempunyai hasrat untuk bertemu dengan Edna dan dua lagi pekerja wanita itu untuk makan malam bersama dan mengenali mereka dengan lebih lanjut.

Dan terbaru, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata telah tampil ke hadapan dan mengaku dia merupakan salah seorang pekerja McDonalds tersebut.

IKLAN
Wanita Bantu Ronaldo Semasa Dia Kelaparan Ketika Kecil Kini Tampil
Paula Leca bersama suaminya.

Wanita dikenali dengan nama Paula Leca tampil kepada pihak media dan berkata dia bersedia untuk menerima pelawaan Ronaldo untuk makan malam bersama.

Jelasnya kepada sebuah stesen radio Portugal, “Ronaldo dan kawan-kawannya sering muncul di pintu hadapan restoran. Dan bila ada burger yang berlebihan pengurus kami akan berikan kebenaran untuk diberikan kepada mereka.

“Salah seorang daripadanya ialah Ronaldo yang pada ketika salah seorang kanak-kanak paling kecil di kalangan mereka,” jelasnya lagi.

IKLAN

Tambahnya lagi, suaminya juga tahu akan perkara ini kerana dahulu dia sering mengambilnya pulang daripada tempat kerja dan bertemu kumpulan kanak-kanak ini termasuklah Ronaldo.

Semoga Ronaldo akan dipertemukan dengan wanita yang pernah membantu dan memberikan kesan mendalam terhadap perjalanan karier bola sepak dirinya.

Sumber: Mirror UK

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI