
Tidak dapat dinafikan salah satu karakter wangian atau perfume yang cukup popular di kalangan lelaki adalah bersiat ‘kayu’ atau woods.
Lebih menarik jika wangian itu adalah datang dari kategori Eau de Parfum atau EDP yang pastinya lebih tahan lama dan kuat.
Jenama yang cukup popular dengan penjagaan diri, Aesop kini memperkenalkan Eidesis Eau De Parfum yang hadir dengan ketelitian haruman wood, rempah hipnotik dan kesegaran lebih elegan.
Ia merupakan kesinambungan dari koleksi wangian Othertopias yang diimaginasikan dari elemen refleksi bauan mantap.
Eidesis dihasilkan oleh Aesop khusus buat mereka yang ingin mencari keunikan serta aroma kompleks yang tidak mengenal sempadan jantina. Ia bukan sahaja dekat dengan karakter alam semula jadi tetapi mampu memberikan cabaran persepsi unik pemakainya.
Eidesis dipakejkan dalam botol ember 50ml serta pembungkusan menampilkan hasil seni pelukis asal Belfast, Jack Coulter. Buat anda yang berminat boleh dapatkannya di pasaran menerusi outlet Aesop serta laman e-dagangnya.
https://www.youtube.com/watch?v=84VDkrOK08U&t=55s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mencukur Tanpa Luka, Kulit Jadi Licin & Tak Sakit!

Mencukur bulu badan adalah rutin yang biasa bagi kebanyakan orang, terutamanya bagi lelaki yang ingin mengekalkan kulit yang licin dan bersih.
Namun, masalah seperti luka kecil, kulit kering, dan rasa sakit sering mengganggu proses mencukur. Jangan risau! Dengan teknik dan alat yang betul, anda boleh mencukur dengan selamat tanpa rasa sakit dan mendapatkan hasil kulit yang licin seperti sutera.
1. Pilih Alat Cukur yang Berkualiti
Langkah pertama untuk mencukur tanpa luka ialah memilih alat cukur yang berkualiti. Gunakan pisau cukur dengan bilah yang tajam dan reka bentuk ergonomik. Pisau cukur yang tumpul boleh menyebabkan iritasi dan memaksa anda menekan lebih kuat, yang meningkatkan risiko luka.
Tip: Tukar bilah pisau cukur secara berkala, terutama jika ia sudah kelihatan berkarat atau tidak tajam.
2. Bersihkan Kulit Sebelum Mencukur
Sebelum mencukur, pastikan kulit anda bersih. Gunakan air suam untuk membuka pori-pori dan melembutkan bulu. Langkah ini membantu mengurangkan rintangan ketika mencukur dan menjadikan prosesnya lebih selesa.
Bonus: Skrub ringan sebelum mencukur boleh menghilangkan sel kulit mati, menjadikan hasil cukuran lebih licin.
3. Gunakan Krim atau Gel Cukur
Krim atau gel cukur adalah kunci untuk mengurangkan geseran antara pisau cukur dan kulit anda. Ia membantu pisau meluncur dengan lancar dan mengurangkan risiko luka atau iritasi. Elakkan mencukur dengan kulit kering kerana ini adalah penyebab utama luka.
Tip: Pilih produk cukur yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada untuk kulit sensitif, kering, atau berminyak.
4. Teknik Cukur yang Betul
Pastikan anda mencukur searah pertumbuhan bulu terlebih dahulu, terutama jika kulit anda sensitif. Walaupun mencukur melawan arah pertumbuhan bulu memberikan hasil yang lebih dekat, ia boleh menyebabkan iritasi dan bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair). Jangan menekan pisau cukur terlalu kuat; biarkan bilah yang tajam melakukan kerjanya.
5. Melembapkan Kulit Selepas Cukur
Selepas mencukur, basuh kawasan tersebut dengan air sejuk untuk menutup kembali pori-pori. Kemudian, sapukan pelembap atau losen bebas alkohol untuk menenangkan kulit dan mencegah kekeringan.
Bonus: Gunakan produk yang mengandungi aloe vera atau chamomile untuk menenangkan iritasi.
6. Elakkan Kesilapan Biasa
- Mencukur terlalu cepat: Luangkan masa dan jangan tergesa-gesa.
- Menggunakan pisau cukur lama: Pisau yang tumpul lebih cenderung menyebabkan luka.
- Tidak membersihkan alat cukur: Pastikan pisau cukur sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan.
Mencukur tanpa luka dan rasa sakit sebenarnya mudah jika anda mengikuti langkah yang betul. Dengan penjagaan yang konsisten, kulit anda bukan sahaja licin tetapi juga sihat dan bebas iritasi. Jadi, ubah rutin mencukur anda hari ini untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!
BACA LAGI : Nak Umur Panjang, Lelaki Peluklah Dua Minit ‘Wanita’ Kesayangan Anda!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Trik Listerine Untuk Lebih Kacak

Listerine dikenali sebagai ubat kumur untuk membersihkan gigi dan membasmi kuman di dalam mulut. Ubat kumur ini juga digunakan untuk mulut sentiasa berbau wangi.
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang anda tak pernah tahu. Di sini terdapat 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan.
1. Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.
2. Hilangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.
3. Membasmi Kuman di Mangkuk Tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
4. Membantu Hilangkan Kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.
5. Menghilangkan Kutu di Bulu Haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.
6. Membersihkan Muka yang Berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.
7. Membasmi Kuman di Berus Gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
8. Bersihkan Skrin TV atau Monitor Komputer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
9. Hilangkan Bau Busuk di Dalam Tong Sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan Masalah Kaki Anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Berambut Keriting, Ini Antara Stail Yang Sesuai & Boleh Buat Anda Nampak Smart!

Untuk mereka yang mempunyai rambut keriting, kadalangkala tidak tahu apakah stail yang sesuai kerana rambut mereka tidak tumbuh dengan lurus.
Kebanyakan gaya potongan moden pada hari ini amat sesuai untuk digayakan oleh pelbagai jenis rambut. Ia tidak lain tidak bukan untuk memperhebatkan lagi gaya anda.
Ini MASKULIN sediakan panduan senarai 5 gaya yang sesuai anda buat walaupun berambut keriting.
BACA: ‘Elak Belanja Dulu, Baru Simpan’, Lelaki Ini Kongsi Tip Urus Gaji Agar Tak Sempit Tengah Bulan
1. Potongan curly pompadour
Pompadour merupakan salah satu gaya rambut yang paling popular untuk lelaki. Biasanya setelah rambut dipotong, tukang gunting akan menggunakan pengering rambut untuk meluruskan rambut yang keriting, lalu rambut akan di blow untuk membuat efek ikal yang sempurna.
2. Potongan low fade
Potongan rambut ini memiliki gaya rambut yang lebih panjang di bahagian atas dengan tekstur keriting yang sedikit. Selain itu rambut di bahagian kanan dan kiri kepala dipotong rapi dengan potongan pendek. Panjang atau pendeknya rambut bahagian atas dapat disesuaikan mengikut bentuk wajah anda.
3. Potongan modern afro
Stail ini merupakan pilihan gaya rambut yang sangat tepat. Potongan rambut dengan gaya yang tipis di sisi kiri dan kanan kepala akan menimbulkan kesan yang lebih mendalam di garis wajah serta bentuk muka. Potongan rambut ini sangat sesuai digunakan bila anda mempunyai jambang nipis sehingga membuatkan anda nampak lebih jantan.
4. Potongan rambut pendek
Potongan rambut yang pendek adalah salah satu cara termudah untuk mengawal rambut keriting anda. Namun, anda kena pastikan agar ia tidak terlalu pendek hingga rambut keriting anda dicukur habis.
BACA: Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Mudah Orang Kurus Nak Naikkan Badan Secara Sihat & Sado
5. Potongan rambut side part
Ini adalah potongan yang sangat bergaya namun masih lagi mengekalkan nilai klasik rambut keriting dan ia nampak unik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI