Episod keempat ‘MASKULIN Who’s Your Bro’benar-benar membawa intensiti yang mendebarkan dengan cabaran Utama bertajuk Muddle Trouble. Dalam episod ini, dua pasukan, masing-masing diketuai oleh Saddam dan Chee Wai, diuji dengan misi yang memerlukan kekuatan fizikal, strategi, dan kerja berpasukan yang mantap. Inilah seperti yang dikongsi oleh Syafiq, salah seorang peserta WYB.
Mereka ditugaskan untuk menempatkan bendera dari poin A ke poin B. Namun, perjalanan itu tidak semudah yang disangka kerana mereka perlu berhadapan dengan blockers, sekumpulan pemain ragbi berpengalaman yang bersedia menghadang setiap langkah mereka.
Pembahagian Pasukan yang Sengit
Segalanya bermula dengan mini challenge yang dimenangi oleh Chee Wai, memberinya kelebihan untuk memilih anggota pasukannya.
Chee Wai dengan penuh keyakinan memilih Bros seperti Irwan, Nad, Ikmal, dan Hakimi. Sementara itu, Saddam bersama kumpulan Bros selebihnya – Theeban, Dr. Shazif, dan Syafiq – tidak gentar walaupun terpaksa menerima apa sahaja baki anggota yang tinggal.
Syafiq, salah seorang anggota pasukan Saddam, berkongsi cabaran yang mereka hadapi,
“Cabaran episod ni memang sangat susah sebab memerlukan kerja berpasukan.
“Kalau kawan tak lepas, semua tak akan lepas dan tak boleh nak dapatkan bendera tu,” katanya dengan penuh semangat.
Semangat brotherhood jelas terserlah apabila mereka terpaksa menyusun strategi secara spontan bagi mengatasi taktik blockers yang bijak mencari kelemahan setiap individu.
Strategi dan Semangat Brotherhood
Menurut Syafiq, Theeban menjadi sasaran utama para blockers, menyebabkan pasukan mereka perlu memikirkan cara untuk menyelamatkannya.
“Macam mana nak selamatkan Theeban, itulah cabarannya,” jelasnya. Kesukaran itu memaksa mereka bergantung sepenuhnya kepada kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan. Walaupun ada cabaran dan tekanan, semangat brotherhood dalam pasukan Saddam jelas menyerlah.
Namun, bukan hanya pasukan Saddam yang memberi saingan sengit. Pasukan Chee Wai juga tidak mahu kalah, apatah lagi dengan kelebihan memilih anggota.
Namun, menurut Syafiq, selepas Chee Wai tidak memilih mereka, ia menjadi pembakar semangat buatnya yang bersama dengan pasukan Saddam.
Ads
“Ini personal ek Chee Wai, sebab dia tak pilih kitorang. Walaupun dia tak pilih, kitorang boleh menang,” kata Syafiq sambil berseloroh tapi dengan nada penuh tekad.
Persaingan antara dua pasukan ini bukan sekadar untuk memenangi cabaran tetapi juga untuk membuktikan keupayaan masing-masing dalam situasi penuh tekanan.
Walaupun begitu, nilai persahabatan tetap menjadi tunjang utama. Mereka adalah Bros yang sentiasa menyokong antara satu sama lain walau berbeza pasukan.
Ads
Apa pula cabaran yang menanti dalam episod kelima nanti? Adakah mereka masih kekal atau ditukar dengan Bros yang lain untuk cabaran seterusnya?
Jangan lupa saksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ episod kelima pada 27 Disember, jam 9 malam di Astro Ria. Semestinya lebih panas dan mencabar.
Siapa bro, siapa lawan?
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam detik mencabar semasa episod ke-8 Who’s Your Bro, Chee Wai menunjukkan peranan besar sebagai rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan kepada Nad.
Ketika Nad jatuh dari halangan ‘warped wall’ dan mengalami kecederaan serius pada tangan kanannya, Chee Wai pantas bertindak membantu.
“Saya cuba yang terbaik untuk tolak kaki dia ke atas sebab tangan kanan dia dah tak boleh tarik sendiri,” kata Chee Wai.
Selain bantuan fizikal, Chee Wai juga memberikan motivasi kepada Nad, memuji ketabahan dan keupayaannya.
“Saya rasa sangat mengagumkan dia boleh habiskan cabaran itu. Tak ramai bodybuilder pun yang boleh buat perkara yang sama,” tambahnya.
Sokongan moral seperti ini menjadi pendorong utama bagi Nad untuk terus berjuang walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.
Bersedia Menghadapi Cabaran Baru Bersama
Selepas cabaran tersebut, fokus utama Chee Wai dan Nad adalah untuk memulihkan kecederaan masing-masing sebelum menghadapi episod seterusnya.
Chee Wai sendiri mengalami kecederaan bahu ketika membantu Nad mendaki ‘warped wall’, menjadikan persiapan mereka lebih mencabar.
“Selepas cabaran ini, semuanya tentang recovery untuk tangan Nad dan bahu saya,” jelas Chee Wai.
Mereka hanya dapat berharap agar episod seterusnya menawarkan cabaran yang lebih sesuai dengan kekuatan mereka.
Pengajaran Dari Cabaran
Bagi Chee Wai, menghadapi cabaran besar bersama Nad bukan sahaja menguji fizikal tetapi juga memberikan pelajaran berharga tentang diri sendiri.
“Saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan pasukan, tetapi saya juga sedar ada perkara yang di luar kawalan saya,” kata Chee Wai.
Dia belajar untuk menerima takdir, melepaskan kegagalan dan terus fokus kepada cabaran seterusnya.
Sikap ini mencerminkan ketabahan seorang individu yang memahami bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada kemenangan, tetapi juga usaha dan pengorbanan sepanjang perjalanan.
Dengan semangat juang yang tinggi, Chee Wai dan Nad bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang bakal mendatang.
Kecekalan mereka dalam mengatasi kesukaran bersama menjadi inspirasi kepada penonton bahawa kekuatan sejati bukan sahaja datang daripada fizikal, tetapi juga daripada sokongan dan kerjasama yang tulus antara rakan sepasukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semalam, episod kedua rancangan realiti yang paling dinanti-nantikan, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), telah ditayangkan dengan tema Metal Mania yang penuh mencabar.
Selepas episod pertama yang menguji ketahanan dan kepantasan di Menara KL, kali ini 12 peserta WYB dibawa ke kawasan junkyard yang sarat dengan besi-besi terpakai dan bahagian kenderaan yang dileraikan.
Cabarannya? Ujian kekuatan, strategi, stamina, dan functional movement.
“Bros” dan Bebanan Besi
Dalam misi semalam, setiap pasukan perlu mengangkut seberapa banyak muatan besi menggunakan kargo dari Poin A ke Poin B.
Namun, ia bukan sekadar soal kekuatan fizikal – peserta juga perlu bijak merancang strategi agar tidak membebankan diri sehingga gagal menamatkan cabaran dalam masa yang diberikan.
Pasukan yang tidak berjaya disqualified, manakala pasukan yang membawa beban paling berat mendapat imuniti.
Pasukan dan Strategi
Selepas kejayaan mereka di episod pertama, enam peserta terbaik diberi peluang memilih rakan pasukan masing-masing:
Saddam (juara terpantas minggu lalu) memilih Asyraf.
Chee Wai memilih Irwan.
Hakimi memilih Ikmal.
Theeban memilih Nad, “The Tank”.
Dr. Shazif memilih Syafiq.
Kelvin memilih Faidzal.
Setiap pusingan mempertemukan dua pasukan secara serentak untuk berlumba.
Drama dan Kejutan
Pusingan pertama menjadi pembuka tirai penuh kejutan apabila pasukan kegemaran, Saddam dan Asyraf, gagal menamatkan misi dalam masa ditetapkan. Percaturan mereka membawa muatan yang terlalu berat menyebabkan mereka kecundang.
Pusingan kedua menyaksikan Chee Wai dan Irwan bertemu Dr. Shazif dan Syafiq. Kedua-dua pasukan bersaing sengit, tetapi Dr. Shazif dan Syafiq berjaya melangkah ke garisan penamat terlebih dahulu, mencatatkan kemenangan.
Seterusnya, Hakimi dan Ikmal bertarung dengan Theeban dan Nad. Mereka menunjukkan strategi bijak dengan mengimbangi berat dan masa. Kedua-dua pasukan berjaya menyelesaikan cabaran tanpa sebarang kesilapan.
Tiga Pasukan Terbaik
Hasil daripada gabungan masa terpantas dan beban terberat, tiga pasukan terbaik diumumkan:
Theeban dan Nad
Hakimi dan Ikmal
Dr. Shazif dan Syafiq
Namun, siapakah yang bakal mendapat imuniti? Jawapannya akan diumumkan pada episod akan datang.
Tiada Penyingkiran, Hanya Cabaran Lebih Sengit!
Semua peserta menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran berlaku semalam. Namun, ini hanya memberi ruang untuk cabaran lebih sukar pada episod seterusnya.
Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan episod ketiga MASKULIN Who’s Your Bro pada 13 Disember, jam 9 malam di Astro Ria. Siapa tahu, mungkin bro pilihan anda pula untuk bersinar!
Siapa bro, siapa lawan?
MASKULIN Who’s Your Bro bukan sekadar pertandingan, tapi medan kejantanan sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat kecergasan, aksi lasak, dan semangat persaudaraan sejati, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) pastinya satu program yang sudah tidak asing lagi buat anda pada ketika ini.
Kini bergelar sebagai program realiti nombor satu, WYB telah tampil dengan empat episod memaparkan pelbagai cabaran epik yang benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal setiap Bros. Namun, apa lagi yang menanti para Bros dalam episod kelima kali ini?
Episod pertama mereka bermula dengan cabaran mendaki Menara KL, para Bros telah mempamerkan daya tahan mereka dalam cabaran larian ekstrem
Kemudian mereka diuji pula dengan cabaran Metal Mania di junkyard – satu medan ujian kekuatan dan ketangkasan yang memerlukan keberanian luar biasa. Selepas itu, ke hutan dalam Log Challenge, cabaran yang menuntut kerjasama dan strategi mantap.
Dan siapa boleh melupakan pertempuran sengit di sawah bersama pemain ragbi profesional? Setiap episod adalah pertempuran yang menguji sempadan kecergasan, ketahanan mental, dan semangat kerjasama mereka.
SIAPA KING OF THE HILL?
Kini dengan 10 Bros yang masih kekal dalam saingan bakal menghadapi satu lagi cabaran yang tidak kurang hebatnya dalam episod kelima – ‘King of the Hill’!
Cabaran di lereng bukit ini menjanjikan aksi yang lebih mencabar, penuh dengan liku dan ujian ketabahan. Lebih menarik, gandingan pasukan Bros akan dirombak sepenuhnya. Siapakah yang bakal menjadi sekutu, dan siapa pula yang akan menjadi lawan dalam pertempuran mendaki puncak?
Dengan nama cabaran ‘King of the Hill’, apakah yang anda jangkakan? Adakah ianya sekadar larian menawan bukit atau melibatkan beban yang perlu ditarik?
Atau mungkinkah terdapat elemen kejutan yang akan mengubah keseluruhan dinamik pertandingan? Apa pun, satu perkara pasti – para Bros akan memberi segala yang mereka ada untuk membuktikan siapa yang layak bergelar juara!
Jangan lepaskan peluang menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod kelima pada 3 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Anda juga boleh menikmati aksi mereka secara digital melalui platform Sooka dan Astro GO. Saksikan sendiri, siapa bro, siapa lawan, dan siapakah yang akan menguasai cabaran terbaharu ini.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Siapa bro, siapa lawan? Nantikan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.