Semua orang mahu memiliki kediaman sendiri, namun keadaan ekonomi terkini dengan harga rumah yang tidak menentu membuatkan impian berkenaan terpaksa disimpan dahulu.
Jalan termudah adalah dengan menyewa. Walaupun pada dasarnya anda nampak ia bagaikan rumah sendiri, tetapi tidak kerana setiap bulan anda terpaksa membayar sewa kepada pemilik rumah.
Walaupunbegitu, setiap cabaran & dugaan pasti ada jalan penyelesaian. Disebabkan itu, seorang pemuda telah berkongsi melalui akaun Twitter miliknya bagaimana dia mampu memiliki sebuah rumah landed dan lebih menarik rumah corner lot pada usia 26 tahun dengan kadar gaji sebanyak RM2K.
Ikuti twitter thread milik Amat Larbsib yang kini telah mendapat ulang kicau sebanyak 4K serta 4.9K tanda suka.
BACA: ‘Beli Rumah Lebih Baik Dari Beli Kereta’, Konsultan Ini Jelaskan Sebab Rumah Boleh Jana Duit!
Dia berkongsi bagaimana gaji RM2k boleh beli rumah landed
Kena ada mindset ‘Rumah semakin hari semakin mahal’
Dia bersyukur kerana setelah menyewa selama 26 tahun, kini sudah memiliki rumah sendiri
Rumah yang dibelinya terletak di Jitra, Kedah
Pergi berjumpa dengan Konsultan bank untuk dapatkan maklumat berkenaan dokumen yang diperlukan bank
Jika kali pertama beli rumah, bank akan beri diskaun. Namun bergantung kepada bank, setiap bank nilai diskaunnya berbeza
Terdapat masalah terhadap kadar permohonan pinjaman kerana komitmen yang dia miliki
Selepas itu, bank akan ambil alih urusan mencari lawyer untuk urusan seterusnya
Kerap ulang-alik Damansara & Kedah untuk urusan berkaitan dokumen dengan lawyer
Rumah yang dia akan beli harganya sangat murah kerana rumah tengah di kawasan yang sama harganya cecah RM140K
Proses bersama lawyer mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan pelbagai pihak
Terdapat isu yang timbul bersama Pejabat Tanah kerana dia tidak dilahirkan di Malaysia
Proses terakhir membeli rumah agak susah kerana melibatkan urusan bank dengan duit kerajaan. Ia juga melibatkan banyak aspek yang perlu ditimbang tara kerana melibatkan duit yang banyak
Dia berkongsi kadar bayaran untuk khidmat lawyer
Kena buat permohonan pinjaman yang lebih kerana terdapat kos lain untuk membeli rumah seperti kos ubahsuai rumah dan lain-lain
Jika tidak cukup, kena ada duit backup seperti duit simpanan sendiri. Selepas itu, penama rumah mesti dibuat dengan pergi ke Pejabat Daerah untuk permohonan tukar nama pemilik dengan kadar bayaran RM30 sahaja
Niatnya membeli rumah adalah kerana untuk kesejahteraan ibunya serta tidak sanggup untuk menyewa lebih lama
Tidak kisah walaupun masih belum mempunyai teman istimewa kerana niatnya untuk membantu keluarga
Terdapat 2 faktor peminjam tidak perlu bayar kepada bank jika pemilik meninggal dunia serta pemilik cacat kekal hingga tidak boleh bekerja. Selain itu, niat dia berkongsi adalah untuk membuatkan golongan muda memiliki rumah sendiri dengan membelinya tidak kira di mana lokasi, asalkan berada dalam kemampuan anda
BACA: Walaupun Hanya Bergaji RM800, Lelaki Ini Berjaya Kumpul RM12K Dalam Masa 3 Bulan
Walaupun komitmennya kini sudah bertambah, namun nekadnya sudah disemai untuk membantu keluarga