Walaupun Bangga Dengan Badan Berketul, Lelaki Sado Juga Tak Terlepas Hadapi 10 Masalah Ini!

Share

Melihatkan bentuk tubuh lelaki sado, sudah pasti anda tahu yang lelaki sado mempunyai gaya hidup sihat. Bukan senang nak jadi lelaki sado. Selain gigih bersenam untuk membentuk badan, lelaki sado juga tak terlepas hadapi masalah.

Dalam pada lelaki sado rasa bangga, rupa-rupanya mereka hadapi 10 masalah ini. Jom kita tengok.

1. SUKAR CARI PAKAIAN

Masalah utama lelaki berbadan sado ini adalah pakaian. Masalah ini berlaku kerana lelaki sado mempunyai ukuran bahu, lengan dan pinggang yang lebar serta jauh berbeza daripada saiz lelaki normal. Terlalu sedikit jenama di pasaran yang bersesuaian dengan ukuran bentuk lelaki sado. Kebanyakan pakaian yang dijual terlalu ketat di bahagian lengan, dada dan paha.

2. RASA BERSALAH LEPAS MAKAN

Lelaki sado ni juga akan rasa tidak kena apabila mereka terlebih makan. Apabila tibanya waktu untuk bertanding, lelaki sado akan menjaga pemakanan mereka dari A to Z. Namun apabila tiba hari-hari biasa, terlebih mengambil makanan juga akan membuatkan mereka bimbang. Mana tidaknya, berpenat lelah membuat six pack, tiba-tiba perut naik buncit.

3. SUSAH NAK ADA TEMAN HIDUP

Ada yang kata, lelaki sado senang untuk mendapat pasangan. Namun tak kurang juga yang forever alone. Bukan sebab memilih, mungkin kerana rutin hidup mereka yang asyik ke gimnasium, membuatkan masa mereka untuk mencari pasangan dan bersosial semakin terhad. Jadi pandai-pandailah membahagi masa ye, bro!

4. TIDAK SELESA BILA SELALU DIPANDANG

Apabila badan sudah segak, mesti ada sahaja mata yang sibuk melihat sambil berbisik. Walaupun kadang kala rasa bangga, namun apabila terlalu kerap pastinya ia akan menimbulkan rasa kurang selesa. Biasanya lelaki yang buat badan ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya ia lebih kepada kepuasan diri dan kesihatan. Jadi, janganlah membuatkan lelaki sado ini kelihatan pelik dan aneh pula.

5. SERING JADI RUJUKAN

Bagus kalau kita selalu berkongsi ilmu dan info, tetapi jika kerap sangat bertanya siapa pun akan rasa bosan dan marah. Jangan asyik bertanya tanpa mengambil langah untuk memulakan gaya hidup seperti lelaki sado. Kan lebih baik pergi terus ke gimnasium dan ikut lelaki sado ini bersenam.

6. DIGANGGU RAMAI

Nampak je lelaki sado ini gembira, namun sebenarnya mereka juga tidak terlepas daripada diganggu oleh orang yang ingin berkenalan. Kalau yang berniat baik, tak kisahlah. Tapi jangan sampai menguji tahap kesabaran lelaki-lelaki sado ini.

7. RUANG ASYIK TAK MUAT

Satu lagi masalah yang lelaki sado ini hadapi, apabila menaiki kenderaan awam atau masuk ke rumah orang, mereka terpaksa memberi ruang yang lebih sedikit. Maklum saja badan mereka ni lain macam besarnya!

8. KOS BELANJA MAKANAN SIHAT

Ingin badan cantik dna segak, memanglah memerlukan pengorbanan. Duit lelaki sado ini juga banyak dihabiskan pada pembelian protein, juga makanan sihat. Semua itu memerlukan bajet yang sangat tinggi. Itulah yang dinamakan pengorbanan.

9. DITUDUH PUNYA ALAT SULIT KECIL

Bukan semua lelaki sado memiliki saiz alat sulit yang kecil kerana ia bergantung pada individu. Lain orang, lain saiz alat sulitnya.

10. DICOP LELAKI TAK LURUS

Biasanya lelaki berbadan sasa atau sado ni memakai pakaian yang ketat untuk menunjukkan susuk tubuh mereka. Ada yang melabelkan golongan kaki gim ini songsang, walhal bukan semuanya begitu. Ingat! Jangan sesuka hati menuduh orang yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

Published by
Roselinda