Melihatkan bentuk tubuh lelaki sado, sudah pasti anda tahu yang lelaki sado mempunyai gaya hidup sihat. Bukan senang nak jadi lelaki sado. Selain gigih bersenam untuk membentuk badan, lelaki sado juga tak terlepas hadapi masalah.
Dalam pada lelaki sado rasa bangga, rupa-rupanya mereka hadapi 10 masalah ini. Jom kita tengok.
1. SUKAR CARI PAKAIAN
Masalah utama lelaki berbadan sado ini adalah pakaian. Masalah ini berlaku kerana lelaki sado mempunyai ukuran bahu, lengan dan pinggang yang lebar serta jauh berbeza daripada saiz lelaki normal. Terlalu sedikit jenama di pasaran yang bersesuaian dengan ukuran bentuk lelaki sado. Kebanyakan pakaian yang dijual terlalu ketat di bahagian lengan, dada dan paha.
2. RASA BERSALAH LEPAS MAKAN
Lelaki sado ni juga akan rasa tidak kena apabila mereka terlebih makan. Apabila tibanya waktu untuk bertanding, lelaki sado akan menjaga pemakanan mereka dari A to Z. Namun apabila tiba hari-hari biasa, terlebih mengambil makanan juga akan membuatkan mereka bimbang. Mana tidaknya, berpenat lelah membuat six pack, tiba-tiba perut naik buncit.
3. SUSAH NAK ADA TEMAN HIDUP
Ads
Ada yang kata, lelaki sado senang untuk mendapat pasangan. Namun tak kurang juga yang forever alone. Bukan sebab memilih, mungkin kerana rutin hidup mereka yang asyik ke gimnasium, membuatkan masa mereka untuk mencari pasangan dan bersosial semakin terhad. Jadi pandai-pandailah membahagi masa ye, bro!
4. TIDAK SELESA BILA SELALU DIPANDANG
Apabila badan sudah segak, mesti ada sahaja mata yang sibuk melihat sambil berbisik. Walaupun kadang kala rasa bangga, namun apabila terlalu kerap pastinya ia akan menimbulkan rasa kurang selesa. Biasanya lelaki yang buat badan ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya ia lebih kepada kepuasan diri dan kesihatan. Jadi, janganlah membuatkan lelaki sado ini kelihatan pelik dan aneh pula.
5. SERING JADI RUJUKAN
Ads
Bagus kalau kita selalu berkongsi ilmu dan info, tetapi jika kerap sangat bertanya siapa pun akan rasa bosan dan marah. Jangan asyik bertanya tanpa mengambil langah untuk memulakan gaya hidup seperti lelaki sado. Kan lebih baik pergi terus ke gimnasium dan ikut lelaki sado ini bersenam.
6. DIGANGGU RAMAI
Nampak je lelaki sado ini gembira, namun sebenarnya mereka juga tidak terlepas daripada diganggu oleh orang yang ingin berkenalan. Kalau yang berniat baik, tak kisahlah. Tapi jangan sampai menguji tahap kesabaran lelaki-lelaki sado ini.
7. RUANG ASYIK TAK MUAT
Satu lagi masalah yang lelaki sado ini hadapi, apabila menaiki kenderaan awam atau masuk ke rumah orang, mereka terpaksa memberi ruang yang lebih sedikit. Maklum saja badan mereka ni lain macam besarnya!
Ads
8. KOS BELANJA MAKANAN SIHAT
Ingin badan cantik dna segak, memanglah memerlukan pengorbanan. Duit lelaki sado ini juga banyak dihabiskan pada pembelian protein, juga makanan sihat. Semua itu memerlukan bajet yang sangat tinggi. Itulah yang dinamakan pengorbanan.
9. DITUDUH PUNYA ALAT SULIT KECIL
Bukan semua lelaki sado memiliki saiz alat sulit yang kecil kerana ia bergantung pada individu. Lain orang, lain saiz alat sulitnya.
10. DICOP LELAKI TAK LURUS
Biasanya lelaki berbadan sasa atau sado ni memakai pakaian yang ketat untuk menunjukkan susuk tubuh mereka. Ada yang melabelkan golongan kaki gim ini songsang, walhal bukan semuanya begitu. Ingat! Jangan sesuka hati menuduh orang yang bukan-bukan tanpa usul periksa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rutin atau senaman treadmill mungkin dipandang ringan. Malah ramai beranggapan, senaman treadmill dengan posisi berlari atau berjalan laju di atas lantai yang bergerak membosankan, membuang masa dan tidak berkesan. Namun anda silap!
Senaman treadmill juga sebenarnya sama faedahnya seperti anda mendaki bukit yang tinggi kerana ia mampu membakar kalori dan lemak dengan cepat. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, ada cara tersendiri yang perlu anda ikuti ketika melakukan senaman treadmill.
Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.
1. Sesuaikan diri bila menggunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya. Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.
2. Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan. Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.
3. Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
4. Jadikan treadmill sebagai rutin harian
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
5. Tidak perlu masa lama
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.
Amalkan tabiat dengan mengosongkan perut anda terlebih dahulu sebelum memulakan senaman treadmill ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak dapat dinafikan kawasan abdomen merupakan lokasi yang sangat penting bagi penampilan seorang lelaki.
Jika tidak dikawal corak pemakanan harian maka bahagian tersebut akan muda menjadi tempat lemak bersuka-ria lepak dengan gembira.
Tak hairanlah ramai lelaki berdepan masalah ini terutamanya bila sudah mencecah usia 30 tahun ke atas.
Jadi apakah senaman yang sesuai untuk anda atasi masalah seperti ini? Sebenarnya senaman abdomen ada banyak jenis. Tapi kali ini MASKULIN ingin kongs 5 jenis teknik senaman yang mampu bantu badan anda lebih sihat dan secara tak langsung membentu abdomen six-pack!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
Tahan hingga beberapa minit
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan menghayunkannya seperti sedang melakukan menghayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki berjaya menurunkan berat badannnya lebih 40kg dalam masa 7 bulan hanya dengan menari ikut lagu K-pop sahaja.
Lelaki berkenaan, Wawan berkongsi video tentang perkembangan penurunan berat badannya sambil menari lagu k-pop Fine nyanyian Taeyeon menerusi Twitter.
Kerana terlalu gemarkan muzik k-pop, tidak menjadi masalah buat Wawan untuk menari mengikut rentak berdasarkan lagu pilihannya.
Berat asal 154 kg
Menariknya lagi, dia yang pernah memiliki berat sehingga 154 kg berjaya menurunkannya kepada 116 kg selain memastikan dirinya sering mengamalkan diet sihat.
Dalam masa yang sama, Wawan tidak lokek berkongsi tip makanan yang diambilnya setiap hari seperti mengurangkan pengambilan gula, ambil lebih banyak protein berbanding karbohidrat serta banyakkan minum air kosong.