Amalan minum teh hijau memang banyak manfaatnya kerana miliki antioksidan yang amat bagus terutamanya dalam membantu menurunkan berat badan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa kandungan flavonoid dan kafein yang ada pada teh hijau mampu meningkatkan metabolisme, membakar lemak dan meningkatkan kadar penggunaan tenaga.
Namun, impian untuk menurunkan berat badan akan lebih lancar dan berkesan jika anda mengamalkan minuman menyihatkan ini dengan cara yang betul.
Ketahui dahulu jenis-jenis teh hijau yang terbaik untuk anda amalkan.
Selain memilih teh hijau yang tidak mempunyai rasa sebagai pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan, The Beauty Gyspy pula menyarankan anda menggunakan dua jenis teh hijau daripada jenis matcha dan hojicha.
a. Matcha mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia merupakan daun teh hijau yang telah digiling halus menjadi serbuk.
b. Hojicha pula diperbuat daripada daun teh hijau yang dipanggang sehingga berwarna coklat gelap. Kandungan kafein pada hojicha cukup rendah kerana daunnya dipetik pada akhir musim menuai dan dipanggang pada suhu yang jauh lebih tinggi daripada daun teh yang lain.
Artikel berkaitan: Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Kalau Nak Berat Badan Turun Cepat
Artikel berkaitan: Kenali 5 Jenis Teh Ini, Ia Mempunyai Fungsi Buang Lemak Barulah Badan Lebih Segar & Ringan!
Jika anda ingin mendapatkan manfaat teh hijau untuk tubuh badan, pastikan anda menikmatinya pada waktu yang sesuai agar badan anda dapat menyerap setiap kebaikan yang dibekalkan oleh teh ini.
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut anda kosong kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya boleh menyebabkan dehidrasi dan perut berangin akibat rembesan asid gastrik.
Waktu terbaik untuk mengamalkannya adalah 30 minit selepas sarapan. Minum pada waktu ini dapat menyegarkan tubuh dan fikiran untuk anda memulakan aktiviti sepanjang hari. Seelok-eloknya ambillah minuman ini antara jam 10 hingga 11 pagi.
Minum teh hijau 30 minit sebelum bersenam dapat meningkatkan tenaga supaya anda dapat bersenam dengan lebih lama, sekali gus membakar lemak. Ini kerana kandungan kafein yang ada di dalam teh ini dapat membantu meningkatkan stamina.
Teh hijau juga boleh memberikan manfaat terbaik jika anda mengamalkannya selepas makan. Cara ini berguna untuk mereka yang mengalami perut sensitif. Ini kerana teh hijau bersifat alkali dan merangsang rembesan zat asid gastrik lebih banyak. Elak mengambil teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).
Jangan ambil teh hijau kurang dua jam sebelum tidur kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya akan membuatkan anda sukar tidur. Apabila anda kurang tidur, ia akan mengganggu proses metabolisme tubuh sehingga pembakaran lemak di dalam tubuh tidak optimal. Sebaiknya, minumlah teh hijau setelah makan malam iaitu empat jam sebelum anda masuk tidur.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN