Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan menyumbang kepada obesiti.
FAKTOR MAKAN MALAM DIKAITKAN DENGAN MASALAH KEGEMUKAN TERMASUK:
PANDUAN MAKAN MALAM YANG SIHAT:
TOKSIN TERDIRI DARIPADA DUA JENIS
1.TOKSIN DARI LUAR (EKSOTOKSIN)
Disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga. Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestik seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
2.TOKSIN DALAMAN (ENDOTOKSIN)
Berpunca daripada gangguan emosi, stres, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Kepentingan membuang toksin dalam badan
Kajian menunjukkan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolesterol. Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.
Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.