Mesti anda tertanya-tanya apakah maksud simbol bercahaya yang ada pada permukaan Dashboard papan meter kereta anda? Sekiranya terjadi situasi di mana ada antara simbol yang menyala pada papan pemandu, adakah anda faham maksud logo-simbol tersebut?
la penting kerana pemandu perlu mengetahui apakah yang berlaku pada kenderaan terutamanya yang membabitkan enjin. Malah ia juga boleh mengurangkan risiko kenderaan terkandas di tepi jalan akibat rosak.
Simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake ataupun handbrake sedang aktif. Malah ia menyala disebabkan masalah yang jarang dihadapi sama ada ia bermasalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan (low brake fluid).
Simbol ini bertujuan untuk mengukur suhu pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ia bermaksud air coolant di dalam radiator berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi, segera hentikan kenderaan dan buka bonet. Kemudian biarkan sehingga suhu panas berkurangan. Setelah sejuk, periksa radiator. Lihat paras air dan bawah radiator sama ada ia bocor atau tidak.
Simbol ini bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator berada dalam tahap yang rendah. Seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant/ penyejuk yang rendah. Jadi sila periksa dan tambah cecair penyejuk/ coolant sebelum menggunakan kenderaan.
Simbol berlampu ini bermaksud minyak enjin. Sekiranya masa memandu dan lampu merah pada simbol ini menyala, ia bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/ minyak enjin. Jadi top up dengan minyak enjin yang baharu sebelum meneruskan perjalanan.
Indikator ini bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula bergerak, ia bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, masalah kabel, power steering ataupun kemungkinan adanya masalah pada cooler pump enjin anda.
Simbol ini bermaksud beg udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak. Jika masih menyala, kemungkinan ia mengesan kerosakan dan perlu diganti sekiranya perlu. TPMS secara manual.
Ia bermaksud cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang rendah. Jadi periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis. Sekiranya simbol ini menyala, ini menandakan berlakunya kekurangan cecair. Jadi, sila rujuk pada bengkel kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.
Ini bermaksud enjin anda memerlukan servis disebabkan pelbagai faktor. Kemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan. Antaranya ia menyala mungkin disebabkan kekurangan kuasa enjin ataupun elektrikal sensor bermasalah.
Sinar terang umpama berlian yang berkilau ini adalah simbol untuk lampu tinggi. Ia akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi. Pastikan anda tahu bila untuk menggunakannya dan biarlah ia kena pada tempatnya.
Simbol ini bermaksud lampu kabus di hadapan dan juga di belakang. Ia berguna khususnya apabila anda berada dalam pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas. Cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, selain mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Ia bermaksud TCS anda berada dalam mod pilihan Off – tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System iaitu sistem yang mengawal tayar daripada tergelincir, selain memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan jalan raya yang basah atau licin.