Sesetengah lelaki bila usia mencecah 30-an dan mula ada anak, kadangkala sudah mula mengabaikan gaya mereka.
Apa yang dipakai tidak banyak berubah setiap hari. Sampaikan penampilan itu nampak sama sahaja. Walhal lelaki dan gaya sepatutnya tidak boleh berpisah sampai bila-bila.
Penampilan itu perlu dijaga bukan hanya untuk nampak lebih segak dan kemas tetapi untuk kepuasan diri sendiri juga.
Salah satu jenis pakaian yang penting ialah baju. Dan bila berbicara tentang baju ia tidak semestinya tertumpu pada kemeja sahaja.
Foto kredit: Samir Hussein/WireImage
Tahukah anda tidak kiralah pada usia berapa sekali pun, t-shirt merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki . Ia menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.
Walaupun kerap memakai t-shirt mesti anda tak tahu, t-shirt sebenarnya mempunyai pelbagai jenis untuk keperluan yang berbeza-beza.
Namun begitu sebagai sebagai lelaki versatil yang pentingkan penampilan anda tidak semestinya hanya memakai t-shirt sahaja.
Memadai anda memiliki sekurang-kurangnya lima jenis t-shirt untuk disimpan dalam almari pakaian sebab t-shirt-shirt ini antara yang kerap anda gunakan.
Ads
Undershirt
T-shirt jenis ini ramai yang tidak ambil peduli. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas anda menyarungkan undershirt.
Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh askar Rom dan China. Namun zaman itu pemakaian undershirttidak berapa popular berbanding sekarang. Pada zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.
T-shirt Polos
Jika anda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, t-shirt polos amat sesuai untuk anda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. T-shirt ini menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.
Jenis t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos dan padankan ia dengan jaket. Anda boleh memilih warna-warna basic seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Ads
Ketika memakainya, pastikan t-shirt ini fit dengan badan anda. Anda juga boleh memilih variasi t-shirt seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.
T-shirt jenis ini boleh membuatkan penampilan anda nampak versatil. Siapa sangka t-shirt Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.
T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.
Ads
T-shirt Henley
T-shirt Henley hampir sama dengan t-shirt polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan anda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.
Pemakaian t-shirt jenis ini dijamin membuatkan penampilan anda lebih manly. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan anda lebih ‘seksi’.
Sweatshirt
Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada t-shirt biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga anda tak rasa panas. T-shirt jenis ini membuatkan penampilan anda lebih kasual dengan gaya sporty. Agar anda nampak smart ketika menggayakan sweatshirt, pilihlah warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Semoga perkongsian tip ini mampu membangkitkan gaya penampilan anda menjadi lebih menarik!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube & TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik.
Siapa sempat tengok majlis perkahwinan diraja petang semalam. Jika anda peminat setia keluarga diraja England, anda pasti tahu yang anak ke dua mendiang Puteri Dayana Putera Harry telah pun selamat berkahwin dengan aktres Hollywood Meghan Markle. Jika anda menonton siaran langsung majlis tersebut, pasti anda akan sebak dengan keindahan Harry dan Maghan.Rata-rata yang menonton, melihat mimic mulut Putera Harry yang berkata “You look Amazing” cukup untuk membuktikan bahawa adik kepada Putera William itu bahagia dengan perkahwinan yang bakal ia tempuh.
https://www.youtube.com/watch?v=yDk8-t3pYe0
Pasangan pengantin ini akan memegang gelaran Duke and Duchess of Sussex. Terdahulu rakyat England berkumpul di perkarangan gereja St. George di England untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja ini yang dihadiri 600 para jemputan, 30 daripadanya merupakan keluarga diraja. Putera Harry 33 tahun dan Meghan Markle 36 tahun telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan setelah bertemu dalam temu janji rahsia awal tahun lepas. Meghan merupakan seorang janda kepada penerbit Trevor Engelson, dan telah bercerai pada tahun 2011.
Tahniah buat pasangan ini!
*sumber: Skynews
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam tangan Tissot tidak asing di kalangan peminat sukan bermotor. Sejak daripada tahun 2001 lagi Tissot menjadi Penjaga Masa Rasmi bagi sukan yang berprestij tinggi iaitu MotoGP
Sebagaimana tradisi yang lepas, tahun ini Tissot memperkenalkan barisan jam tangan rasmi MotoGP yang diinspirasikan daripada jentera-jentera lumba MotoGP yang bermula pada tahun 2003.
Ianya terdiri daripada lima buah model yang berbeza yang mana setiap satu daripada jam tangan tersebut mempunyai ciri-ciri dan karekteristik yang tersendiri.
Jam tangan ini hanya ditawarkan sebanyak 4,999 unit sahaja. Pada jam ini kelihatan rekaan berbentuk cakera brek serta bahagian belakang casis diukir dengan logo rasmi MotoGP.
Selain itu, ia turut diperhebatkan dengan pergerakan Kuartza Swiss yang dilitupi oleh casis keluli tahan karat serta mampu bertahan di dalam air sehingga kedalaman 100m. Masa yang sama, ia hanya seberat 124 gram dan didatangkan dengan tali jam yang diperbuat daripada getah dengan kemasan kulit lembu & sintetik.
Terdapat satu lagi siri jam tangan edisi terhad Tissot yang mana ia hadir dengan pergerakan automatic chronograph. Ciri-cirinya lebih kurang sama dengan model di atas dan hanya dibezakan dengan salutan bahan PVD hitam dan Rose Gold serta hanya seberat 153g sahaja.
Namun, terdapat tarikan lain yang ada di bahagian belakang jam ini iaitu rekaan seakan-akan roda motosikal. Ia membuatkan anda melihat sendiri kehebatan fungsi mekanikal jam tangan ini dan ia hadir sebanyak 3333 unit sahaja.
Tidak cukup dengan 2 model diatas, Tissot juga turut menawarkan 3 model jam tangan bersempena nama pelumba terkemuka di dalam MotoGP.
Ketiga-tiga model tersebut ditampilkan dengan spesifikasi yang sama iaitu dikuasakan dengan pergerakan kuartza Swiss di dalam casis keluli tahan karat serta berat hanya 118g sahaja.
Selain itu, ia juga mempunyai ketahanan kedalaman air sehingga 100m dan permukaan jam dilindungi oleh kaca Sapphire yang disaluti bahan anti-reflektif. Lebih menarik lagi setiap model jam tangan dihasilkan mengikut nombor jentera lumba masing-masing iaitu jam tangan T-Race Marc Marquez 1999 unit, diikuti T-Race Jorge Lorenzo dan akhir sekali T-Race Thomas Luthi sebanyak 1212 unit sahaja.
Epidermis kulit lelaki nyata punya tekstur yang berbeza namun rejim penjagaan dan perapian wajah nyata perlu selari. Tidak hairan jika kini lebih ramai lelaki gemar untuk menjaga kulit wajah seiring dengan kelahiran lebih banyak produk penjagaan wajah khas buat lelaki. Namun, perlu diketahui bahawa setiap produk punya spesifikasi tersendiri bergantung kepada jenis kulit. Kenali kulit wajah diri sebelum mengaplikasikan apa jua produk yang terdapat di pasaran.
Normal
Keadaan kulit normal nyata terhindar daripada sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum di permukaan tekstur kulit wajah adalah lebih rendah. Tekstur kulit wajah juga adalah lebih lembut manakala keadaan liang roma yang agak kecil. Hal ini adalah disebabkan kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat. Kulit normal hanya akan mengalami sedikit berminyak yang terdapat pada zon T (dari atas dahi ke hujung hidung). Jarang sekali akan mengalami masalah jerawat dan bintik hitam mahu pun jeragat pada permukaan kulit normal. Lakukan rejim penjagaan wajah bermula dari mencuci wajah dengan pembersih sebanyak dua kali sehari di samping rejim yang lain seperti serum dan sapuan pelembap.
Kering
Meski terlalu minima menghasilkan minyak dan sebum pada permukaan wajah, kekeringan kulit wajah ini adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan lelaki. Kekeringan yang ketara akan lebih kelihatan pada bahagian bibir lantas akan memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering. Liang roma pada permukaan kulit juga kadangkala langsung tidak kelihatan. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak mengelupas kadangkala melahirkan rasa ketidakselesaan pada wajah. Fokus harus diberikan ke atas rejim penjagaan wajah secara lebih rapi. Pastikan penggunaan pembersih wajah yang berbuih kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk. Elakkan daripada mencuci wajah dengan menggunakan air panas. Aplikasikan serum dan pelembap setiap enam jam dalam sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Berminyak
Tekstur wajah dengan kulit berminyak nyata paling tidak disukai oleh lelaki. Namun, kebanyakan lelaki mengalami masalah ini sejak dari usia remaja. Wajah sentiasa akan kelihatan berminyak terutamanya di bahagian zon T. Hal ini nyata menjadikan wajah tidak bersih dan tidak diuruskan dengan sempurna. Liang roma yang sederhana besar terbuka dan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah dan terkumpul pada tekstur kulit. Ini nyata memudahkan mereka yang punya jenis kulit berminyak lebih terdedah untuk mengalami masalah jerawat dan bintik hitam. Penjagaan khas dan rapi harus diamalkan untuk mengatasi maslah kulit berminyak ini. Aplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh digunakan untuk menyerap minyak terhasil pada permukaan kulit ketika menjalani aktiviti harian di luar.
Kombinasi
Meski masih dikategorikan sebagai kulit wajah yang sihat dan normal, jenis kulit kombinasi juga akan menghasilkan tekstur berminyak dan kering pada beberapa bahagian tertentu kulit. Penjagaannya juga harus rapi kerana perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah. Kulit jenis ini disarankan untuk menggunakan pembersih wajah biasa namun jika perlu menggunakan produk khas dan tertentu untuk beberapa bahagian yang bermasalah adalah tidak menjadi halangan.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.