Iklan-iklan hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad memang punya mesej yang padat!
Pasti ramai yang masih mengingati iklan kemerdekaan popular dengan penuh makna tersirat antaranya iklan kempen kemerdekaan ke-50 yang mengisi slot iklan Petronas pada tahun 2007.
Wajah Terkini Kanak-Kanak Iklan Petronas Selepas 16 Tahun, Ummi & Tan Hong Ming!
Walau iklan tersebut hanya berdurasi 33 saat, namun iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ itu nyata meninggalkan impak yang besar. Hasil sentuhan magis Yasmin Ahmad ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia tersentuh hati dan tersenyum melihat aksi kecomelan dua teraju utamanya, Tang Hong Ming dan juga Ummi Khazriena.
Mesej Keharmonian Kaum
Malah, iklan ini menyaksikan Tan Hong Ming dengan penuh keikhlasan, naif dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena Skhrudin, dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian kaum kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.
Selepas 16 tahun, kini mereka berdua disatu dan dipertemukan kembali menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Ads
Bergandingan Semula
Di dalam video tersebut, jelas kelihatan keterujaan Ummi Khazriena dan Tan Hong Ming yang dipertemukan semula selepas terputus hubungan. Walaupun timbul sedikit kejanggalan berikutan sudah lama tidak bertentang mata, namun kedua-duanya masih lagi erat dan akrab seperti dahulu.
Bila kali terakhir anda berdua berjumpa? “Beberapa tahun lepas, pada tahun 2016 untuk satu iklan tidak silap, dah lama dah.” Jelas Ummi. Selepas itu apa yang terjadi? Ujar Tan Hong Ming, “Kami berdua terus terputus hubungan, mungkin kedua-duanya sibuk dengan kehidupan masing-masing”.
Ads
Ummi yang kini bertugas sebagai seorang eksekutif dan Tan Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Sunway University sempat mengimbas kenangan bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad.
Apakah pendapat Tan Hong Ming tentang arwah Yasmin Ahmad? “Arwah Yasmin Ahmad berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam karyanya. Dan saya rasa itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. “Dia seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, dia adalah seorang dalam sejuta”, ulas Ummi pula.
Ads
Saksikan video penuh iklan hari kebangsaan Ummi & Tan Hong Ming : Remembering Yasmin Ahmad dibawakan secara eksklusif oleh Lokalteez dibawah :
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak dua hari lalu laman media sosial dan corong-corong bertia dipenuhi dengan tragedi yang diakibatkan dari banjir luar biasa melanda beberapa lokasi di Lembah Klang dan beberapa buah negeri seperti Melaka dan juga negeri-negeri Pantai Timur
Hujan yang menimpa bumi bertuah Malaysia selama dua hari tanpa henti telah dikenal pasti sebagai salah satu punca utama berlakunya banjir luar biasa. Selain banjir kejadian tanah runtuh juga menjadi ancaman yang cukup bahaya kepada orang ramai.
Laluan utama sama seperti jalan raya dan lebih raya juga turut terjejas. Pelakon, pengacara dan ahli perniagaan berpengaruh, Fizo Omar turut berkongsi pengalamannya terperangkap di atas lebuh raya akibat kejadian banjir dan tanah runtuh.
Menerusi beberapa hantaran di laman media sosial di Intagram, Fizo menceritakan pengelamannya ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Karak-KL pada tengah malam dua hari lalu. Ratusan buah kendraan telah terkandas dalam beberapa tempoh yang lama setelah berlakunya ranah runtuh serta pokok tumbang di kilometer 62.9 menghala ke Bentong.
Kongsi Fizo, dia berada di tempat kejadian kira-kira pada jam 11 malam dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuantan, Pahang dan menuju ke ibu negera setelah menghadiri sebuah majlis di spa milik rakannya.
Disebabkan terkandas Fizo hanya tiba di ibu negara pada jam tiga pagi semalam.
“Kami tersangkut dekat tanah runtuh inilah malam tadi dan ambik keputusan untuk patah balik dan cross ke sebarang jalan (wrong way) heading to KL. Malam tadi air sebelah jalan yg menghala ke kuantan tu tinggi sangat macam dalam video ni dah macam sungai dah tu,” jelasnya menceritakan keadaan yang mencemaskan.
“Terima kasih kepad semua semalam yang bersama buka jalan (emergency divider) utk masuk ke opposite lane dan gamble jugak menghala ke KL. So sepanjang jalan tu tanah runtuh dan pokok tumbang semua bersepah di karak highway tu. Masyallah,” jelasnya lagi.
Menurutnya ramai juga mangsa yang terkandas terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat yang selemat kerana risau tanah runtuh lebih teruk atau air naik dengan mendadak.
“Mereka tiada hala tuju di tengah-tengah highway dalam hujan lebat dan gelap gelita. Ramai weh beratus-ratus orang termasuk bayi kecil dan warga emas. I can’t help it!! Seriously sedih giler tengok!!”
Fizo juga turut memberikan pandangan dan cadangan kepada pihak berkenaan agar mengambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai orang yang terkandas seperti dilaluinya pada masa akan datang.
Kredit: IG Fizo Omar
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan semua lelaki mampu menuturkan kata ‘maaf’ apabila berbuat salah terhadap isteri. Lebih-lebih lagi lelaki yang tidak pandai memujuk. Memang haru dibuatnya.
Usah risau. Ada cara tertentu untuk kembali menyejukkan hati si isteri yang sedang marah. Cuba 5 trik ini seperti yang cadangkan oleh laman sesawang Boldsky.
1. Bersiap sedia dengan jawapan sebelum ‘diserang’
Sebelum isteri menghujani anda dengan soalan-soalan yang menimbulkan kemarahannya, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan jawapan yang sesuai. Jangan banyak beri alasan, sebaliknya berikan jawapan dengan penuh yakin. Bagaiaman nak dapat jawapan menyakinkan? Pertama, anda sendiri perlu yakin ketika menjawab dan kedua, jawab dengan cara baik bukannya dengan anda sinis atau marah.
2. Minta maaf dengan ikhlas
Walaupun bukan anda yang salah, minta maaf dan cakap elok-elok. Seorang lelaki memang susah nak minta maaf apatah lagi jika berasakan bukan dia yang buat salah. Atapun anda buat salah, tetapi tidak berniat melakukan kesalahan tersebut. Minta maaf dengan ikhlas, bukan dengan nada sinikal atau buat statement yang memarakkan lagi api kemarahan seperti “Yelah you saja yang betul dalam rumah ni.”
3. Minta maaf tetapi jangan berlebih!
Minta maaf sekali sahaja sudah cukup. Tak perlu follow up dengan hantar surat ke mejanya di tempat kerja, tulis panjang-panjang di akaun Facebook dan sebagainya. mengapa? Sebab ini akan membuatkan si isteri berasa lagi tertekan kerana rakan-rakan akan mula bertanya apa yang berlaku antara kamu, suami-isteri. Kamu ingat dengan berbuat begitu kami sweet. Hakikatnya, si isteri boleh jadi lagi marah!
4. Jangan Lepaskan Emosi & Sabar
Jangan terlalu banyak tanya apabila isteri sedang marah. Sebaliknya, anda yang perlu menjawab pertanyaannya dengan tenang apabila ditanya. Jangan sekali-kali membandingkan
isteri anda dengan perempuan lain bila hati anda sendiri berasa ‘panas’ dan cuba kawal kemarahan. Ingat, berikan dia ruang dan waktu untuk berfikir dan kawal emosi anda sendiri.
5. Berikan Waktu Berfikir
Ini paling penting. Jangan expect selepas minta maaf, isteri akan melupakan begitu sahaja kesalahan anda umpama. Bagi dia ruang dan masa untuk berfikir serta tenangkan kembali perasaan dia. Oleh itu, suami kena bersabar dan jangan anda pula yang bertukar menjadi marah!
Sumber : Boldsky
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang benar-benar berperwatakan lelaki. Dari segi penampilan, dia berbadan sasa dan berfikiran matang.
Bila Bermula
Saya bermula dalam industri bina badan ini sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Ketika saya berumur 17 tahun , saya sudah berjinak-jinak dalam pertandingan bina badan peringkat junior. Pertandingan pertama saya ialah Mr Kuala Lumpur dan sejak itu minat saya dalam aktiviti bina badan makin mendalam sehingga lah sekarang.
Rutin Harian
Jika ada pertandingan, saya akan melewati gimnasium sebanyak enam kali seminggu. Ini semua dilakukan untuk persediaan saya menghadapi sesebuah pertandingan. Kalau rutin harian biasa saya, selalunya 4-5 hari seminggu.
Inspirasi dan Idola
Ketika saya di zaman sekolah menengah, saya seorang yang kurus. Justeru saya mendapat inspirasi untuk membina badan ketika saya melihat David Kimmerle. Dia seorang ahli bina badan merangkap seorang peragawan. Saya mahu menjadi seperti dia.
Tip dan Nasihat
Tip saya mudah, perkara pertama yang perlu diterapkan jika mahu membina badan adalah displin. Bila kita berdisplin, kita boleh melaksanakan banyak perkara yang berkaitan bina badan. Displin juga mengajar kita supaya menjaga perihal pemakanan. Segala latihan dan training akan lebih bersemangat. Akhir sekali, nasihat saya , gunalah dan manfaatkan kecergasan dan badan kita ke arah perkara positif.
Perancangan akan datang
Saya mahu maju membina badan sehingga saya dikenali dan diangkat sebagai idola seseorang. Saya juga mahu membuka gimnasium saya sendiri dan mengajar ilmu saya dalam bidang ini kepada semua orang yang memiliki semangat yang sama dengan saya.
Tun Mahathir pada kacamata Generasi Y
Sebagai Generasi Y itu sendiri, saya melihat cara kepimpinan Tun Mahathir lebih teratur. Cara pemikiran beliau juga tidak sama sekali dengan orang lain. Maksudnya, Tun Mahathir melihat sesuatu menjangkaui masa. Dia seorang yang idealistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.