Siapa tak kenal dengan pelakon kacak dari negara Filipina ini. Tidak kira golongan remaja hingga ke golongan dewasa, boleh dikatakan drama bersiri Filipina ini pernah menjadi fenomena rakyat Malaysia dan dekat di hati ramai.
Gandingan pelakon muda Filipina yang baru naik daun ketika itu iaitu Jericho Rosales dan Kristin Hermosa cukup serasi dan ikonik. Bayangkan, drama bersiri ini bukan hanya popular di negara Asia Tenggara bahkan ia turut disiarkan di Tanzania dan Kenya.
STILL HOT!
Jadi apa khabar terkini pelakon utama lelaki drama ini, Jerico Rosales yang meniti usia 44 tahun? Biarpun usia hampir setengah abad, namun kekacakannya masih jelas terlihat dan kekal awet muda. Dengan bentuk tubuh yang tegap, dia kerap menghiasi kempen dan juga muka hadapan majalah.
Ads
Masih lagi aktif sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berjinak-jinak sebagai seorang penerbit. Pada tahun 2018 dia menjadi penerbit kepada filem yang bertajuk The Girl In The Orange Dress yang menyaksikan dia turut berperanan sebagai pelakon utama lelaki.
Jerico yang memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia belasan tahun lagi sepanjang kerjanya telah memenangi lebih 30 anugerah yang merangkumi pengiktirafan terhadap kerja kerasnya sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi.
KISAH CINTA & ANAK
Ads
Dikaitkan rapat dan pernah bercinta dengan rakan pelakonnya seperti Kristin Hermosa dan Heart Evangelista, hubungan tersebut tidak berakhir di jinjang pelamin. Sebaliknya pada tahun 2014, Jericho atau lebih mesra digelar Echo menikahi Kim Jones yang merupakan seorang warga Australia yang bekerja dalam bidang digital kreatif.
Ads
Bersama anaknya, Santino Rosales.
Walaupun perkahwinannya bersama Kim belum dikurniakan cahaya mata, Jericho memiliki seorang anak lelaki berusia 23 tahun hasil perhubungannya dengan model, Kai Polamores. Anaknya, Santino Rosales dilahirkan pada tahun 2000 ketika dia berusia 21 tahun.
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Santino yang memiliki ketinggian 180cm menceburi dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, dan pernah telah mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Viva Artist Agency.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
G-Dragon, nama yang tak asing dalam industri Korea Selatan.
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan fesyen, G-Dragon kini menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya sebagai pensyarah.
G-Dragon jadi pensyarah
G-Dragon Jadi Profesor, Sumbang Kepakaran Bidang Pendidikan Korea Selatan
Pemilik nama Kwon Jiyong itu dilantik sebagai profesor jemputan di Korea Advanced Institute of Science & Technology atau dikenali sebagai KAIST. Ia merupakan salah satu universiti penyelidikan kebangsaan paling berprestij dan ketiga terbaik di Korea Selatan.
Menurut perjanjian yang ditandatangani oleh KAIST dan agensi Galaxy Corporation, penyanyi itu ditempatkan di bawah jabatan kejuruteraan mekanikal. Tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun dari 4 Jun 2024 hingga 6 Jun 2026.
@tsrmakerz G-Dragon has become a special professor at KAIST. #GD will teach undergraduate and graduate students in the Department of Mechanical Engineering, giving lectures on leadership until June 2026. #GDRAGON is also set to give a speech at today’s event at KAIST, “Innovate Korea 2024.” 🫡🫡🫡 #kwonjiyong#gd#KAIST♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity
G-Dragon akan menggunakan teknologi terkini KAIST dalam industri K-budaya untuk meningkatkan daya tarikan antarabangsa. Selain mengajar subjek kepimpinan buat pelajar sarjana muda, dia juga bertanggungjawab menganjurkan acara kebudayaan dan membawa pengalaman artistik untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Pada masa sama, penyanyi itu dilantik sebagai duta global dalam usaha mempromosikan KAIST di persada antarabangsa.
Rasa Teruja & Penghormatan Besar
Dalam acara Innovate Korea 2024 pada 5 Jun, G-Dragon, idola fesyen dan profesor jemputan di KAIST, meluahkan penghargaan menerusi rancangan bual bicara bersama Presiden KAIST. Beliau menganggap pelantikan ini sebagai penghormatan besar dan mengharapkan sinergi antara kepakaran sains dan hiburan akan membawa kejayaan besar seperti Bigbang.
Acara tersebut membincangkan teknologi masa hadapan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan K-pop. Ini bukan kali pertama KAIST bekerjasama dengan nama besar dalam hiburan; sebelum ini, Lee Soo Man dan Jo Sumi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di KAIST.
Terbaik G-Dragon!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya kita akan melihat majikan yang membuat posting mahu merekrut pekerja baharu jika terdapat sebarang kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Namun konsep berkenaan bagaikan sudah berubah ketika ini apabila muncul seorang pemuda Malaysia, Azmil Hakim dengan satu trend rare yang tak pernah disangka-sangka.
Posting gambar kerusi kosong untuk penemu duga
Unik tentang posting ini adalah Azmil Hakim menulis dia memerlukan penemu duga untuk duduk di kerusi berkenaan di samping menyatakan pengalaman kerja dan kelulusan yang dimilikinya.
Dapat perhatian bos-bos besar dan lebih 15,000 likes dalam masa 2 minggu
Posting Azmil menjadi tular dan hangat diperkatakan dalam LinkedIn selain ramai bos-bos besar tampil munculkan diri puji konsep yang diperkenalkan Azmil.
Cara-cara ini sudah tentu berbeza dengan kebanyakan calon-calon lain tetapi untuk mendapat perhatian sebegini, hanya mereka yang bernasib baik sahaja akan menerima pelbagai manfaat.
Selebihnya, mungkin ada netizen yang kritik, “Kau siapa nak suruh majikan pula yang cari kau?”
Tetapi sebagai perkongsian, buatlah apa sahaja tentang diri anda selagi anda rasa ia betul dan memberi manfaat kepada anda.
Dengar kata orang yang cuma pandai cakap tetapi bukan boleh kenyangkan perut kita setiap bulan pun macam tak ada function jugak.
Semoga berjaya Azmil Hakim dan kepada pembaca Maskulin, jadilah seseorang yang bukan klise!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ahli kumpulan BTS, Jin mencipta sejarah pagi ini apabila menjadi penyanyi pertama dari Korea Selatan yang diberikan penghargaan untuk mengangkat obor Sukan Olimpik dalam acara larian obor di Paris sempena #SukanOlimpik#Paris2024 yang bakal membuka tirai pada 26 Julai.
Jin BTS Bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024, Penyanyi Pertama Wakili Korea Selatan
Acara ini menjadi sangat istimewa kerana bersempena dengan Hari Bastille, hari cuti besar di Perancis. Jin akan mewakili Korea Selatan sebagai pembawa obor dalam acara larian berganti-ganti di Paris, dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre.
Kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada peminat yang telah berkumpul di lokasi dengan sepanduk dan sorakan semangat.
Rasa terhormat dan bangga
Dalam wawancaranya dengan KBS News, Jin berkata,
“Saya amat berbangga untuk terlibat dalam larian obor pada hari ini. Saya berterima kasih kepada ARMY dan kepada semua peminat yang menyokong saya hinggakan saya mampu mengangkat obor pada hari ini.”
Melalui agensinya, Big Hit Music, Jin juga menyampaikan harapannya agar atlet Korea Selatan mencapai kejayaan dalam Olimpik dan Paralimpik Paris ke-17 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Untuk pengetahuan, acara obor Olimpik ini akan melalui lebih 400 lokasi di Perancis, meliputi perjalanan kira-kira 12,000km. Tambahan, terdapat 11,000 pembawa obor yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ini termasuklah Jin, Didier Drogba, Tony Parker dan ramai lagi.