Gaya Hidup

Wajah Suami Isteri Makin Lama Makin Seiras Lepas Kahwin

Share

Wajah suami isteri makin lama makin seiras lepas kahwin. Pernahkah anda perasan bahawa ada pasangan suami isteri yang kelihatan seperti memiliki wajah yang seiras? Terutamanya bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga.

Wajah Suami Isteri Makin Lama Makin Seiras Lepas Kahwin

Meskipun tidak serupa sepenuhnya, namun ada persamaan dalam bentuk wajah, ekspresi dan aura yang mereka bawa, sehingga kadangkala nampak seperti adik-beradik. Kebetulan semata-mata atau ada sebab di sebaliknya?

Menurut kepercayaan ramai, pasangan yang mempunyai wajah mirip cenderung lebih serasi dan berpotensi memiliki hubungan yang berkekalan. Dari sudut psikologi, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pasangan suami isteri kelihatan seiras. Berikut adalah empat sebab utama yang menjelaskan fenomena ini.

1. Banyak Menghabiskan Masa Bersama

Menurut kajian psikologi yang dikongsikan oleh Newheathadvisor(dot)com, pasangan yang sering meluangkan masa bersama akan mula menyerupai antara satu sama lain. Ini kerana gaya hidup mereka telah sebati dan saling mempengaruhi.

Dalam kehidupan berumah tangga, banyak pengalaman dan aktiviti dilakukan bersama – daripada rutin harian hinggalah aktiviti khas yang mencipta kenangan. Tanpa disedari, pengalaman ini sedikit demi sedikit membentuk perubahan pada diri mereka, termasuk ekspresi wajah dan gerak-geri.

2. Emosi Mempengaruhi Bentuk Wajah

Ahli psikologi sosial, Robert Zajonc, telah mengemukakan teori Social Facilitation pada tahun 1965 yang menjelaskan bagaimana emosi dan ekspresi wajah boleh berubah berdasarkan interaksi sosial seseorang.

Teori ini menunjukkan bahawa individu akan menunjukkan reaksi yang berbeza ketika bersendirian berbanding ketika bersama orang lain. Ini kerana manusia secara semula jadi memiliki empati, dan ekspresi wajah mereka sering dipengaruhi oleh individu yang dekat dengan mereka.

Selain itu, otot wajah yang sering digunakan akan berkembang dan membentuk struktur tertentu. Contohnya, jika pasangan sering ketawa bersama, mereka cenderung memiliki kedutan di tempat yang sama. Begitu juga jika mereka kerap berbual dan tersenyum, bentuk pipi mereka boleh berubah secara serupa.

3. Saling Meniru Kebiasaan Dan Minat Pasangan

Kajian dari Yale University menunjukkan bahawa suami isteri secara tidak sedar akan    meniru tabiat dan kegemaran pasangan mereka. Ini termasuk cara bercakap, gaya ketawa, serta pilihan pakaian atau makanan. Akibatnya, mereka bukan sahaja semakin memahami antara satu sama lain tetapi juga mulai kelihatan serupa.

Hal ini boleh dilihat dalam gambar pasangan yang telah bersama selama lebih dari dua dekad, di mana wajah mereka kelihatan hampir sama. Ini berlaku kerana mereka telah berkongsi begitu banyak pengalaman dan kebiasaan dalam tempoh yang lama.

4. Daya Tarikan Terhadap Wajah Yang Mirip

Tanpa kita sedari, kita cenderung tertarik kepada individu yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan diri kita. Sama ada dari segi gaya berpakaian, minat, hobi, atau bahkan bentuk wajah, manusia secara semula jadi merasa lebih selesa dengan sesuatu yang sudah dikenali.

Malah, sesetengah wanita mencari pasangan yang memiliki ciri-ciri yang serupa dengan ayah mereka. Jika sejak awal pasangan sudah kelihatan mirip, perbezaan kecil yang wujud akan semakin pudar dengan masa, menjadikan mereka kelihatan lebih serupa.

Kesimpulannya, faktor psikologi dan interaksi sosial memainkan peranan besar dalam bagaimana pasangan suami isteri boleh menjadi semakin seiras dari segi wajah. Sama ada disebabkan oleh kebiasaan bersama, pengaruh emosi, atau daya tarikan sejak awal, fenomena ini membuktikan betapa rapatnya hubungan antara dua insan yang berkongsi kehidupan sebagai pasangan.

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle dan Mima Lana 

BACA:Selain Awet Muda, Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan Setiap Malam Akan Lebih Bahagia!

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Has