Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperbaharui wajah skuter XMAX250 dengan 4-lenjang 4 -injap silinder tunggal 250cc SOHC penyejuk cecair dengan sister suntikan bahan api (FI) yang dibantu teknologi BlueCore. Kuada kuda dihasilkan 22.5hp @7,000rpm dan tork 25.3Nm @ 5,500rpm manakala transmisi jenis CTV.
Ia di datangkan dengan 3 varian warna matte yang baharu untuk dipilih; Matte Blue, Matte Silver dan Matte Grey
Ada beberapa ciri menarik yang terdapat di motor ini, antaranya ialah soket 12V untuk mengecas telefon pintar, bar hendal boleh dilarakan secara manual, ruang storan yang boleh memuatkan dua helmet bersaiz XL.
Untuk harganya pula ia masih kekal dengan harga RM 21,500 (tidak termasuk cukai jalan, insurans pedaftaran dan lain-lain.