Wahai Lelaki, Ini 10 Perkara Biasa Anda Buat Tapi Dianggap Sangat ‘Hot’ Di Mata Wanita

Share

Bercakap tentang daya tarikan di antara lelaki dan wanita ini memang tidak akan habis. Setiap orang tidak kiralah lelaki atau wanita pastinya mempunyai pendapat dan kecenderungan mereka sendiri apa yang didefinisikan sebagai menarik atau seksi.

Setiap orang pasti ada penanda aras mereka tersendiri bila bercakap tentang soalan tarikan. Ia satu soal yang sangat subjektif. Jadi usahlah terlalu serius apabila MASKULIN kongsikan perkara seperti ini. Ia hanyalah berdasarkan pemerhatian kasar kami.

Di antara soalan yang amat sukar boleh anda tanyakan kepada wanita ialah apakah perkara paling menarik dan seksi lelaki lakukan di mata mereka. Dan usah terkejut jika jawapannya tidaklah seperti anda bayangkan selama ini.

Berikut MASKULIN kongsikan 10 lelaki lakukan yang dianggap sangat menarik oleh wanita.

MEMANDU SEBELAH TANGAN

Car photo created by freepik – www.freepik.com

Ya, memandu sebelah tangan sebenarnya tidak elok, Tapi apabila menelusuri lebuh raya atau jangan yang lengang ramai lelaki mula memandu seperti ini. Bagi sesetengah wanita ia adalah satu perkara yang seksi kerana menonjolkan ciri-ciri lelaki sedang mengawal keadaan dengan baik. Sisi maskuliniti yang terserlah!

MELETAKKAN TANGAN DI BELAKANG KERUSI

Ketika berada di restoran bersama pasangan cuba anda letakkan tangan di belakang kerusinya. Ia sebenanrya mungkin perkara yang sering anda lakukan. Bagi anda itu mungkin reaksi spontan tapi untuk pasangan anda ia satu ‘signal’ kepada orang sekeliling terutamanya wanita lain bahawa anda miliknya. Dan itu sangat seksi baginya!

MERANGKUL PINGGANGNYA

Satu lagi rekasi atau bahasa badan yang cukup digemarioleh wanita. Ia terutamanya apabila anda berdua melalui kawasan yang sesak atau ramai orang. Malah jika anda menjawabpanggilan usah lepaskan rangkulan itu. Ia memberi signal kepadanya bahawa dialah invidu terpenting untuk anda.

LIPAT LENGAN KEMEJA

Antara perkara yang sering lelaki lakukan dan anggap perkara normal tetapi sangat menarik di mata wanita. Melipat lengan kemeja boleh membuatkan anda nampak lebih menarik pada pandangan wanita. Jadi sebab itulah pentingnya untuk anda tahu beberapa cara berbeza melipat lengan baju kemeja.

JELINGAN MANJA

Vintage photo created by wirestock – www.freepik.com

Apabila mata bertemu mata segalanya boleh berubah dengan pantas. Kuasa pandagang mata merupakan rahsia hubungan yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Bagi wanita kuasa pandangan lelaki boleh mencairkan hati mereka. Ini kerana dari mata mereka boleh merasakan keihlasan hati dan budi anda. Walhal bagi sesetengah lelaki ia mungkin hanyalah jelingan manja yang sudah biasa mereka lalakukan.

BETULKAN RAMBUT DENGAN JARI

Ini terutamanya buat lelaki yang mempunyai rambut lebat dan panjang. Tabiat anda membetulkan rambut dengan menggunakan tangan dan jari sebenarnya sentiasa berjaya menangkap perhatiannya!

SKIL BERTUKANG & BAIKI KEROSAKAN BARANG

Technology photo created by master1305 – www.freepik.com

Lelaki yang mempunyai skil bertukang atau memperbaki kerosakan pada alatan rumah sebenarnya cukup seksi di mata wanita. Kemahiran lelaki itu membuatkan wanita merasakan mereka boleh bergantung harap kepada mereka bila-bila masa sahaja diperlukan. Jadi buat lelaki yang membaca ini pergilah belajar beberapa skil untuk baiki apa jua jenis kerosakan.

PANDAI MEMASAK

Ia bukan lagi rahsia bahawa ramai wanita menganggap lelaki yang pandai memasak sangat seksi. Bahagiakan bukan sahaj hatinya malah perutnya dengan makanan yang sedap dan enak.

SETIA MENDENGAR

Bila dia bercakap dengarlah sebaiknya. Kadang-kadang wanita hanya ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Sebagai contoh apabila dia berceloteh tentang ‘drama’ yang berlaku di tempat kerjanya. Usah mencelah, dengar sahaja. Itu sudah cukup buat anda nampak sangat menarik di hatinya.

JAGA KEBERSIHAN GIGI & KUKU

Kebersihan diri itu cerminan seseorang. Lelaki yang pandai menjaga kondisi gigi dan selalu memotong kukunya dengan baik memang sangat menarik pada pandangan wanita. Kebersihan merupakan elemen sangat penting untuk tampil lebih menarik. Jadi janganlah lalai untuk sentiasa jaga kebersihan diri!

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim