Gaya Hidup

Wah.. ‘Mowgli Malaysia’ Sudah Terima Tawaran Jadi Pelakon?

Share

Siapa tidak kenal dengan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Mohd Syukur Khamis yang berusia 14 tahun ini?

Lebih-lebih lagi gambarnya menjadi model bersama kerbau hasil bidikan jurugambar tempatan mendapat perhatian ramai termasuk netizen luar negara.

Sumber : Google Image

Syukur dah jadi pelakon?

Kebetulan penulis gemar mengikuti perkembangan sebuah produksi tempatan, Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. menerusi Facebpok rasmi mereka.

Dalam satu posting yang dikeluarkan hari ini, produksi tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar yang mereka sedang menjalani penggambaran di Terengganu.

Sumber : Facebook Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Menariknya dalam gambar tersebut, mata penulis terpaku melihat satu susuk tubuh remaja yang cukup dikenali iaitu Syukur yang pernah tular suatu ketika dahulu.

Berlakon sebaris dengan nama besar

Menerusi popularitinya itu, pihak produksi nampaknya telah menggandingkan Syukur dengan pelakon berbakat besar seperti Wan Hanafi Su dan Fizz Fairuz.

Sumber : Facebook Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Dengan mengekalkan suasana ladang ternakan, telefilem berjudul ‘Kobo’ yang merujuk kepada kerbau dijangka akan menemui penonton menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Melihat pada gambar, analisis ringkas yang dapat dibuat adalah Syukur mungkin melakonkan watak yang menceritakan tentang dirinya.

Sumber : Facebook Arie Zaharie production Sdn. Bhd.

Bagaimana agaknya lakonan Syukur ya? Sama-sama kita nantikan di Astro Citra pada waktu tayangannya nanti! – MASKULIN

Published by
Akyem Samad